Memaparkan catatan dengan label Resipi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resipi. Papar semua catatan

Resepi Kerabu Mangga

on Khamis, Mei 29, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Kerabu mangga atau kerabu pelam memang jadi kegemaran aku. Kalau dulu makan di kedai, selalu juga order somtam tapi kerabu buatan sendiri lebih puas makan. Suka hati nak buat berapa banyak yang penting ada pelamnya.

Aku biasa buat resepi ringkas sahaja dan tak pedas sangat. Kalau nak pedas, boleh tambah cabai melaka atau cabai burung yang halus tu..

Bahan kerabu:

1 biji mangga muda (lebih suka guna mangga mengkal -  kekuningan tu)- sagat memanjang
1/2 biji bawang besar - hiris halus.
3 tangkai cabai Melaka - hiris halus
Sedikit garam dan gula
Kacang tanah -  goreng dan tumbuk kasar
Ikan bilis -  goreng dan tumbuk kasar
Sos ikan (aku tak bubuh pun)

Gaulkan semua bahan dalam satu bekas. Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba.

Resepi Durian Crepe

on Sabtu, Disember 08, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia


Durian Crepe ni dah heboh 1 Malaysia. Aku pun sudah merasainya. Susah juga nak cari Durian Crepe ni sebelah utara melainkan kena order, baru peniaga tu buatkan. Itu pun tak boleh order sikit-sikit. Ataupun boleh buat sendiri. Nampak macam resipi kulit kuih ketayap je.

Satu hari aku ada terjumpa senarai peniaga seluruh Malaysia, jadi aku pun tag hubby. Dengan segera, dia order dan kirimkan ke kampung. Dapat la merasa Durian Crepe.

Katanya di Perak sekarang musim durian dan tentunya durian tengah murah. Harga Durian Crepe pun murah juga. Kalau tak silap 1 paket RM4. Harga durain kampung pun murah, 1 guni dalam RM25. Ruginya musim durian aku balik kampung. Kalau tidak, boleh makan durian hari-hari.

Satu lagi kelemahan bila ada kereta baru, hubby tak nak beli durian takut kereta berbau dengan aromanya yang kadang-kala boleh memeningkan kepala. Ada satu hari tu, lalu di kampung Gajah (kampung yang paling banyak durian/dusun) sanggup balik rumah dan tukar ambil kereta buruknya (khas untuk kerja) untuk membeli durian.

Kalau ada yang berminat untuk membuat Durian crepe ni, boleh la cuba resipi di bawah.

Cara-cara Membuatnya..

Bahan2 crepe;-
250g gandum
3 biji telur
500ml santan
1 sudu teh esen pandan
1 sudu teh pewarna hijau atau kuning

Cara2:
1. Satukan semua bahan dalam bekas dan kacau.
2. Masukkan dalam blender dan blend. Kemudian tapis.
3. Sediakan kuali leper non stick.
4. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.
5. Tuang 1 senduk kecil dan masak crepe. Tak perlu di terbalikkan.
6. Buat sampai habis adunan.

Bahan2 filling:
Isi durian secukupnya
1 cawan non dairy whippg cream

Cara-caranya:
1. Pukul whipping cream dalam mixer hingga kental.
2. Asingkan isi durian dengan biji. Lumatkan sidikit.

Cara-cara bungkus crepe:
1. Bentangkan 1 keping crepe.
2. Letakkan whipping cream.
3. Letakkan isi durian.
4. Kemudian tutup semula dengan whipping cream.
5. Lipat crepe. Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.

Ramai yang kata sedap. Bila aku rasa, ok la. Paling banyak boleh makan hanya 3 biji kerana krimnya itu membuatkan tekat rasa kurang selesa. Mungkin juga kesedapan Durian Crepe ini bergantung pada rasa sedap buah durian itu sendiri. Kalau durian tak sedap, tak sedap la jadinya. Itu hanya pendapatku sahaja.

Biskut Coklat Chips.

on Sabtu, Ogos 11, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Ini merupakan projek biskut raya yang terakhir. Tak tau nak buat bentuk apa untuk biskut ni jadi aku guna acuan yang sama untuk membuat biskut samperit cuma berbeza matanya sahaja. Acuan tu ada sebanyak lapan mata (kalau tak silap) yang boleh ditukar. Dah macam hand drill pulak. Sapa pernah guna hand drill pasti tau.


Biasanya biskut coklat chips ni dibentuk bulat dan leper seperti biskut chips small tapi malas pulak nak bentukkan macam tu. Dan kalau buat macam tu, mesti hasilnya akan dapat sikit. Tak cukup nak bahagi kepada 5 buah rumah nanti. Untuk rumah sendiri, untuk mama, kakak, kakak ipar dan mak mertua. Walaupun hasilnya tak banyak mana, dapat juga merasa sorang sedikit.

Tamat sudah projek kuih raya sebelum aku bertolak balik ke kampung pada hari Isnin nanti. Kena ambil cuti awal-awal sebab raya ke dua, hubby dah kena kerja. Aku pulak mungkin (tak pasti lagi) akan bercuti panjang di kampung sehingga 31 Ogos.

Biskut Mazola

on Isnin, Ogos 06, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Selepas siap Biskut Samperit Rangup, projek kuih raya diteruskan lagi. Kali ini terdapat 2 versi biskut mazola. 

Biskut Mazola versi rajin:

Sebabnya, rajin sungguh aku guling-gulingkan dan gelintil-gelintilkan bulat-bulat kecil. Waktu tengahari mulakan projek, lepas berbuka puasa sambung semula untuk habiskan adunan berbaki. Memang penat, letih semua ada. Rasa sayang pulak nak bawak balik kampung.

Masih dalam oven.

Biskut Mazola versi malas:

Sebabnya, aku hanya gelek-gelek dan tekapkan dengan acuan berbentuk love. Bermula projek selepas Zohor dan berakhir ketika waktu Asar. Cepat kan. Jadi, inilah hasilnya.

Biskut Mazola yang sudah siap dibakar.

Biskut Mazola ni sedap kerana ada kacang. Buat macam mana pun mesti sedap. Kalau yang ada jerawat, jangan makan banyak-banyak ye. 

Acuan kuih sudah tak ada lagi. Ada jual acuan kuih online tak? Aku susah sikit nak keluar cari acuan kuih apabila hubby kena standby. Susah sungguh nak ajak ke mana-mana kalau keadaan jalan yang sesak ketika bulan Ramadhan ni. Nasib baik persiapan baju raya sudah dibuat awal-awal Ramadhan lepas.

Ada juga terfikir nak buat biskut yang tak perlu menggunakan acuan iaitu biskut makmur. Biskut tradisional ni tapi malas pulak nak buat, mesti lambat siap nanti.

Bagaimana pula dengan rakan-rakan yang lain? Dah buat biskut apa untuk hidangan hari raya nanti? Ke buat biskut tunjuk je?

Biskut Samprit Rangup.

on Sabtu, Ogos 04, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Hampir 2 minggu aku menyepikan diri dari dunia maya, akhirnya muncul juga. Ada yang rindu tak? hehe... Tak ada yang perasan pun kan samada aku ada atau tiada. Lepas saja up date pada 23 Julai lalu, adapter Wifi rosak. Sebab tu la aku bagaikan terputus hubungan dengan dunia luar. Dalam tempoh tersebut, sengaja aku menyibukkan diri dengan membuat biskut raya (termasuk shopping baju raya dan projek kait-mengait) Maklum la, sudah ada oven baru yang menambah kesemakan ruang dalam rumahku.





Masa remaja dulu, rajin tolong mama buat biskut raya. Lepas kahwin, 1st time buat biskut samprit a.k.a biskut dahlia. Menjadi juga akhirnya walaupun dah lama aku tinggalkan bab-bab menguli tepung.

Biskut samprit aku ni lain sikit dari biskut orang lain. Biskut ni akan terasa rangup bila digigit dan cair di mulut serta tidak akan mengembang bunganya bila dibakar. Kalau biskut orang lain akan terasa gebunya bila dipegang atau dikunyah dan akan mengembang bila di bakar. Itulah bezanya biskut samprit aku dengan biskut orang. 

Apabila biskut menjadi, hati mula terdetik untuk buat business biskut raya. Tak ada fikir lain dah. Hmmm..lepas ni boleh kot cari rezeki dengan jual biskut raya sebagai rezeki bermusim. Angan-angan je dulu...

Sekali buat guna 4 cawan tepung dan sudah dua kali aku buat biskut samprit ni. Hasilnya, dapat la 2 tin besar (tin nestum 500g) dan 2 tin kecil biskut. Harap-harap cukup la untuk mama, kakak dan mak mertuaku.

Resipinya mudah sahaja.
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung ubi
1 setengah cawan gula icing
2 biji kuning telur,
esen vanila
buttercup

Mencabar juga sebenarnya buat biskut raya ni apabila ada anak kecil. Aku sibuk nak menguli tepung, si kecil sibuk nak punggah (sepah-sepahkan periuk belanga, pinggan mangkuk dan segala apa yang ada dalam almari lauk.

Puding Pelangi Senja

on Selasa, Julai 17, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.


Puding ni aku buat sempena jamuan di Tadika KEMAS sehari selepas tamatnya pertandingan di Mini Karnival KEMAS di Bagan Datoh tempoh hari.

Oleh kerana aku tidak dapat menghadirkan diri untuk tolong memasak di malam hari untuk jamuan esoknya, jadi aku buatkan pencuci mulut ini sebagai buah tangan. Tak syok la kalau sekadar nak pi makan saja kan? Orang berbudi, kita berbahasa...

Ramai yang minta resepi puding ni selepas merasainya. Mereka kata sedap. Sebelum ni banyak kali juga aku buat tapi hubby tak pernah kata apa-apa pun. Jadi, aku agak mungkin tak sedap kot. Setiap kali aku buat, anak sulungku sahaja yang pulun makan. Tak simpan lagi dah untuk hubby. Tak sempat lagi dah nak simpan lama-lama. Sekejap saja sudah habis.

Panduan untuk suami (u/p my hubby) -  Kalau isteri masak apa-apa yang sedap, sila lah puji. Lain kali boleh makan lagi. Kalau diam je, rasanya sekali je kot dapat rasa masakan tu.

Kalau ada yang nak cuba, aku selitkan resepinya di sini.

RESIPI PUDING PELANGI SENJA.

Bahan-bahannya:
Air
1½  cawan gula
10gm agar-agar (lebihkan kalau nak sedikit keras)
2 biji kuning telur
1 sudu esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastad
1 cawan susu cair
secubit garam
4 keping roti (dicarik-carikkan)
2 sudu besar majerin
Perisa atau pewarna - ros/strawberry, pandan, kopi/koko, emulco dan sebagainya.

Cara menyediakannya:

  1. Didihkan 9 cawan air bersama agar-agar. Apabila sudah larut, masukkan gula dan kacau hingga larut. (Kalau guna serbuk agar-agar, biar gula larut dulu baru masukkan serbuk agar-agar sedikit demi sedikit agar tidak berketul)
  2. Blender kuning telur, esen vanila, tepung jagung, tepung kastad, 1½ cawan air, garam, susu cair dan roti hingga hancur.
  3. Masukkan campuran di langkah 2 tadi ke dalam agar-agar dan masukkan majerin. Kalau seketika biar sebati dan tutup api.
  4. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk perisa dan tuangkan ke dalam loyang berselang-seli. Biarkan beku.
Selamat mencuba. Boleh juga dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa nanti.





Kuih Akok

on Selasa, Julai 03, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Awal tahun ni ketika ke Kelantan, tak dapat nak merasa Kuih Akok. Beberapa hari lepas, hubby ke Terengganu dan ketika balik, sempat dia singgah di Kelantan untuk mencari kuih akok.
Jam 3 pagi aku makan kuih akok ni. Nak simpan esoknya takut basi pulak. Walaupun hanya boleh makan sebanyak 2 biji sahaja (kekenyangan sudah...), syukur sangat sebab boleh juga merasa. Nak buat sendiri malas dan tak ada acuannya. Kuih akok yang kat atas tu dah masuk dalam bakul sampah setelah simpan dalam peti ais beberapa hari. Memang sayang nak buang sebab susah nak jumpa tapi apa boleh buat, dah kenyang. 

Tiramisu Strawberry

on Sabtu, Jun 30, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Nak buat Pavlova, oven masih belum ada. Nak beli oven baru, harganya memang mahal. Baru ni aku survey jenama Pansonik 19L dalam RM2++. Terbantut lagi semangatku. Nak baiki, kena order barang yang rosak dulu. Jadilah aku ni penunggu setia. Kalau boleh baiki oven tu, aku lah orang yang paling gembira sebab kalau beli baru, mungkin akan kecil dari tu.

Ini dia percubaan pertama membuat Tiramisu Strawberry.

Tiramisu.
Tiramisu adalah kek paling mudah untuk disediakan. Tak perlu bakar, tak perlu kukus. Jadi boleh la aku cuba. Ada pelbagai cara dan bahan untuk sediakan Tiramisu namun yang utama pastinya ada Cream Cheese, Whipping Cream dan gula.

Bahan-bahan Kek Tiramisu.
250gm Whipping cream
250gm Cream Cheese
150gm gula halus
Biskut Marry
1 sudu serbuk nescafe
1 cawan air suam
Hiasan: Filling, serbuk koko, ceri dan sebagainya.

Cara Penyediaan Tiramisu.
1. Putarkan gula halus, whipping cream dan cream cheese hingga kembang.
2. Celupkan biskut marry ke dalam bancuhan nescafe (dan air suam) dan susun biskut marry ke dalam loyang. Boleh guna gunakan kek chiffon pelbagai perisa.
3. Ratakan 1/3 cream yang telah diputar tadi ke atas susunan biskut marry. Aku juga letakkan sedikit lapisan serbuk koko.

4. Ulang langkah ke 2 di atas. Aku letakkan juga filling strawberry di atas lapisan biskut sebelum sapukan cream.
5. Ulang lagi langkah ke 2 di atas untuk kali terakhir.
6. Lapiskan juga dengan serbuk koko dan hias sesuka hati. Masukkan dalam peti sejuk antara 3 hingga 6 jam.

Rupa kek Tiramisu dah siap dihias simple. No idea. Ceri untuk kuih samprit, guna dulu untuk kek sebab oven belum ada nak bakar kuih. Kek ni siap jam 2 pagi, otak pun dah blur dengan mengantuknya, terlupa pulak nak hias dengan coklat rise yang aku beli khas untuk hias kek ni.


Gula boleh kurangkan sikit sebab dah guna filling. Anak aku suka makan krim atas tu sahaja. Setengah dari kek ni telah habis aku bekalkan pada hubby and the geng ketika pergi memancing di Pantai Timur.

Resipi Pavlova

on Rabu, Jun 27, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Sejak dua tiga hari ni, aku nampak ramai yang dok menayang Pavlova. Meleleh ayaq liuq tengok Pavlova. Lepas blog Eyriqazz - Pavlova Sedap, Cikgu Isza pulak nak Pavlova Biskut Merry tapi tayang Mini Pavlova. Dekat facebook, Instagram lagi... Bulih kata rata-rata dan di mana-mana ada Pavlova.

Mai layan Pavlova bawah ni dulu...




Sumber google.

Mentang-mentang oven aku rosak dan semangatku terbantut, depa dok layoq depan mata no...Kalau nak cari banyak lagi bahan untuk menjamu mata, jom terjah Joy Of Backing.

Mula tu, aku heran jugak, apa dia Pavlova ni? Aku pun google dan terjumpa blog irmadilondon.blogspot.com. Menurut Irma dalam terjemahannya, 

Pavlova (pav) adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Tekstur pavlova ni ringan bila dipegang. Jangan cuba-cuba nak lambung ye. Kang ada yang nangis berjurai air mata. Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow. 

Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue. 

Ada perbalahan di zaman dulu kala di antara Australia dan New Zealand yang berebut hak siapa yang mula mencipta Pavlova. Tak pa lah. Biar depa bergaduh. Pentingnya kita cuba resepi yang menggoda ni. Apa yang perlu kita tahu, nama Pavlova ni dipilih sempena penghormatan kepada jaguh ballerina dari Russia, Anna Pavlova yang mengelilingi Australia dan New Zealand pada tahun 1926.

Resipi Pavlova

Bahan-bahan :
4 biji putih telur 
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Tip sebelum membakar :
1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.

Cara-cara :

1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. 

2. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3. Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit. 

4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. 

5. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova. 

6. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat. 

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan.

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven. 

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 

2. Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah. 

3. Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. 

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.

Sumber: http://irmadilondon.blogspot.com/2011/06/resepi-pavlova.html

Resipi dah ada ni. Oven je belum beli lagi. Sekarang dah gaji. Entah macam mana rupa ovenku nanti. Pada yang nak cuba, boleh la try.

Ais Krim Goreng

on Jumaat, Jun 01, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Hari Khamis lepas, aku blogwalking ke blog Myra Jay (MJ). Adehh, MJ tayang dia punya Ais Krim Goreng. Aku ni dah la pantang nampak ais krim. Tak kira apa jenis ais krim, sedap atau tidak belakang kira. Tau makan je. Satu bekas pun boleh habis sorang-sorang.

Sudah lama sebenarnya teringin nak cuba buat Ais Krim Goreng tapi bila tengok resipi Ais Krim Goreng yang ada di internet, ai...renyah juga. Nak guna cornflake la, coklat cip la, aku ni malas sikit kalau renyah-renyah ni. Buat macam mana pun benda tu masuk dalam perut juga akhirnya.

Tapi MJ dah jumpa cara yang mudah untuk sediakan Ais Krim Goreng, segera aku suruh hubby dapatkan roti gardenia dan sebekas ais krim. Inilah rupa ais krim goreng tapi belum goreng lagi. Rupa macam Kuih Pau kan?

Menurut MJ, ais krim yang dibungkus ni kena simpan dalam peti ais dulu lebih kurang 2 hingga 3 jam. Jadi aku snap siap-siap rupa ais krim yang belum digoreng tu. Anak-anak sekalian, sabar ye. Esok ibu gorengkan.

Pada yang belum tahu cara nak buat ais krim ni, boleh la google sekarang atau ke blog MJ. hehe..Senang je.
Hanya sediakan roti, ais krim dan cawan yang paling besar di permukaannya atau sama besar dengan roti. Kalau guna cawan kecil, rasa sayang pulak lebihan-lebihan roti yang terbuang.

Letakkan sekeping roti atas pinggan leper, sendukkan ais krim menggunakan senduk separa bulat (tak bulat pun tak mengapa), letakkan sekeping roti lagi di atas ais krim dan tekapkan dengan cawan dan buang baki-baki roti di keliling luar cawan tu. 

Sebuku roti tu dapat dalam 10 biji ais krim goreng. Rasa macam tak cukup pulak. Kalau order ais krim goreng di restoran, 1 set RM3. Dalam 1 set hanya ada 3 biji sahaja. Tak puas makan. Kalau nak buat business, sekali buat boleh la dapat RM10 ni. Ada ke orang nak beli?







Sila kongsikan artikel ini jika bermanfaat

Resipi Ayam BBQ

on Selasa, Mei 29, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Hidangan ayam BBQ untuk 2 orang. Anak sulung suka makan "ayam kaki satu". Oleh kerana paha ayam tu sejengkal lebih besar, maka aku potong dua bahagian. Maka tak ada lagi ayam kaki satu. 

Ayam kan ada dua kaki? Tau tak macam mana rupa ayam kaki satu? Ala..yang macam Upin Ipin suka makan tu. Dulu aku pun tak tau tapi bila dah anakku katakan macam tu, sampai sekarang aku pun terikut-ikut panggil ayam kaki satu.

Lihatlah hasilnya...


Semua paha ayam ini dipanggang menggunakan Pemanggang Ajaib. Mudah dan menjimatkan masa tanpa menggunakan minyak yang banyak. Sebelum ni, aku tak pernah pun panggang ayam. Biasanya terus goreng je selain buat gulai atau sup.

Apabila sudah ada kemudahan, jangan disia-siakan. Hanya dengan beberapa titis minyak, sudah boleh panggang ayam.

Resipi Ayam BBQ.

1. Basuh ayam dan toskan.
2. Masukkan sedikit garam dan Sos Barbeku *.
3. Gaul rasa dan perap ayam seelok-eloknya semalaman.
4. Boleh panggang di atas pemanggang.

* Kalau tak ada Sos Barbeku, boleh je gunakan campuran gula atau madu, sos tiram, sedikit garam dan kicap pekat.

Selamat mencuba.

Resipi mudah ni sesuai untuk yang nak berdiet (ya ka?) kerana tidak menggunakan minyak yang banyak.







Kongsikan entri ini jika bermanfaat.

Pulut Mangga

on Khamis, Mei 10, 2012

Assalamualaikum, 
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia. 

Tukar selera sikit. Kali ni hubby teringin nak makan Pulut Sibaq. Tau ke pulut sibaq tu macam mana? Pulut sibaq ni, panggilan orang utara iaitu pulut santan kukus. Bila sebut Harum Manis, pasti terbayangkan buah pelam yang baunya harum dan manis rasanya.

Trip ke Hatyai dulu, mereka sempat jamu selera dengan Pulut Pelam/ Mangga. Oleh kerana terbayangkan sedapnya makan pelam manis bersama pulut, hubby minta aku buatkan. Aku tak pernah lagi buat pulut sibaq tapi kalau pulut durian selalu la aku masak.
 Pelam Harum Manis

Pulut sibaq cukup untuk 3 orang.

Kalau Pulut Durian, pulut dimasak seperti nasi tetapi dikurangkan airnya. Pulut durian dimakan bersama buah durian, sedikit gula dan santan mentah berlainan dengan pulut sibaq.

Pulut Mangga

Kalau pulut mangga atau pulut sibaq, pulut dikukus hingga hampir masak dan dijiruskan di atasnya pekatan santan dicampur sedikit garam yang dimasak terlebih dahulu. Rasanya yang lemak masin (garam) sedap dimakan bersama pelam manis. Menu makan malam.

Karamel Sagu.

on Jumaat, Mac 02, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Mood rajin kembali lagi. Kali ini aku cuba resipi baru iaitu Karamel Sagu. Sebelum ini aku pernah buat intan mentabur (entah dari mana muncul nama ni) atau kuih sagu atau sagu delima (nama lain, kuih yang sama) tapi anakku tak suka makan sebab ada kelapa. Tercari-cari resipi yang simple, mudah dan senang menggunakan sagu memandangkan ada sagu dalam simpanan.

Mungkin cara penyediaan begini lebih disukai kanak-kanak. Dengan bekas yang comel dan warnanya, pasti memikat hati. Harap-harap begitu lah. Rasanya pun tak terlalu manis.

 pandangan sisi

pandangan atas.

Kalau ada yang nak cuba, aku kongsikan resipinya di sini.

Bahan-bahannya:
15 sudu besar sagu kecil (boleh dapat 10-12 bekas seperti di atas)
3 sudu besar gula
air secukupnya
Pewarna (merah/ hijau)
Susu cair/ santan (masak seketika)

Bahan Karamel:
3 sudu besar gula  
sedikit air 

Caranya:
1. Panaskan gula dan masukkan sedikit air apabila gula tadi nampak keperangan. Biarkan sejuk dan tuangkan dalam bekas yang disediakan. Ketepikan seketika.

2. Masak sagu bersama air dan gula hingga sagu kembang.
3. Masukkan sedikit sagu putih ke dalam bekas tadi. Bakinya, letakkan pewarna yang disukai. (boleh pelbagaikan warna sesuka hati).
4.  Masukkan sagu yang bewarna tadi ke dalam bekas yang sama (di atas sagu putih)
5. Tuangkan susu cair dan sejukkan.

*kalau nak manis, boleh tambah gula lagi.




Kisah Betik Dan Resipi Sayur Manis.

on Selasa, Februari 28, 2012


Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Masih ingat dengan Kisah 1 tentang betik? Ini merupakan Kisah ke 2 tentang betik tapi tiada kesinambungannya. Seperti kisah yang lepas, kisah ini juga tiada kaitan dengan sesiapa. Sekadar rekaan semata-mata.

Kisah 2.
Aku sekali lagi mengunjungi rumah jiran yang terletak di kampung sebelah bersama keluargaku. Sudah lama kami tidak menjengahnya. 

Setelah duduk seketika, kami dihidangkan dengan air teh dan juga buah betik (betik lagi). Namun buah betik tersebut tidak dikupas dengan sempurna. Maksud aku, buah betik itu hanya dihiris memanjang tanpa membuang kulit luar dan juga biji. #$*&#@???

Setelah tuan rumah menghilang ke dapur, kami berpandangan seketika setelah melihat buah betik yang dihidangkan itu. Setelah bertanyakan khabar, berborak seketika dan meminum air yang dihidangkan, kami meminta diri untuk pulang.

Agaknya, apakah perasaan "Kami" apabila melihat buah betik yang dihidangkan tadi? Apakah andaian anda? Boleh tinggalkan di ruangan komen.

Sekadar selingan.
Resipi berasaskan betik. Resipi ni aku dapat setelah tengok mak mertuaku masak. Tapi aku modify sikit resipi ni. Kurang suka merebus, aku suka menumis. Sedap sangat. Aku namakan Resipi Sayur Manis. Ada juga yang panggil Resipi Sayur Air. Apa-apa pun boleh lah. Gambar resipi tak ada kerana dah lama aku tak makan sayur ni, sejak banjir melanda Perlis tahun lepas. Pokok betik ni sensitif dengan air. Sekali air bah, terus pokok betik tumbang.

Resipi Sayur Manis.
Bahan-bahannya:
Setengah biji betik muda (kupas, basuh dan hiris nipis)
Segenggam ikan bilis.
air.
sedikit belacan, secubit garam dan gula.
Bahan hiris:
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
1-2 tangkai cabai besar

Caranya:
1. Goreng ikan bilis hingga rangup. Tumis bahan yang dihiris. 
2. Masukkan belacan dan air. Biar mendidih seketika.
3. Masukkan buah betik. Biar hingga buah betik sedikit lembut. Masukkan garam dan sedikit gula (gula tak letak pun tak mengapa).
p/s: Boleh juga dirampai dengan daun selasih.

Cempedak Dan Kegunaannya.

on Selasa, Februari 14, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Sekarang masih dalam musim buah cempedak. Sejak 3 minggu lepas lagi aku pesan cempedak pada hubby tapi baru minggu ni dapat. Pakcik tu asyik terlupa je nak beli. Bila aku tanya, bila nak bawak balik cempedak, dia kata aku nak buat eksperimen, bukannya nak makan. hehe..

Ada la juga nak buat ala-ala experimen gitu tapi boleh juga di makan. Dah lama aku nak buat experimen ni, sejak tengok resipi kat blog Mak Lagenda. Tertarik pula nak mencuba. Kiranya semua dalam satu la.

Sebenarnya cempedak ni banyak kegunaannya. Dari kulit hingga ke biji boleh di makan. Kulitnya baru aku tahu boleh di makan. Sebelum ni hanya makan isinya yang manis sahaja. Kalau yang tak pernah makan, mesti terkejut kan, ada ke punca nak makan kulit cempedak? Kalau kulit nangka tu pernah la juga makan apabila dibuat gulai nangka. Rasa macam daging gitu. Tetiba teringat gulai mamaku di kampung. Aku tak makan gulai tapi makan isi gulai sahaja. Bagi aku, gulai ni pedas lain macam sikit ditambah pula dengan bau rempah yang menusuk hidung. Awal-awal lagi aku tolak gulai jika ada pilihan lain seperti sambal atau masakan sayur. Dah melalut pulak..

Ok, cerita pasal cempedak tadi dari kulit hingga ke biji. Kita mulakan dengan kulitnya dahulu. Kulit cempedak boleh dibuat Mandai atau Mandei, bak kata Mak Lagenda. Mandei ni merupakan makanan dan masakan dari Johor. Kalau nak tau resipi Mandei lebih lanjut, boleh cari kat blog Mak Lagenda.

Ini sesi aku mengupas kulit cempedak untuk dibuat Mandai atau Mandei. Caranya, kupas semua kulit cempedak yang bermata halus tu hingga licin dan asingkan ulas-ulas buah dalam bekas lain. Setelah dikupas kulit kasarnya tu dan di asingkan ulasnya, basuh pulurnya (orang negeri lain panggil apa ek antara kulit dan isi tu?) hingga bersih. Isikan dalam balang dan curah air garam suam. Biarkan air garam tu sejuk, tutup tudung dan simpan selama 5 hari dan boleh tahan berbulan-bulan lamanya. Kiranya dijerukkan la sebelum di buat Mandai. Kat sini belum ada rupa gambar Mandai sebab pulur cempedak tu masih dalam proses pengeraman (jeruk). Next time kalau aku dah masak Mandai, boleh la aku kongsikan di post yang akan datang.

Isi atau ulas buah cempedak yang diasingkan tadi, boleh dimakan begitu sahaja atau kalau rajin, boleh dibuat cucur cempedak. Ramai yang suka makan cucur cempedak kerana rasanya yang harum dan manis.
Cara sediakan adunan tepung untuk dibuat cucur cempedak berlainan antara seorang individu dengan individu yang lain. Dulu, mama aku buat adunan menggunakan tepung gandung dicampur dengan sedikit tepung Adabi, sedikit kapur dan sedikit garam serta air panas bagi melarutkan semua bahan. Oleh kerana bahan yang ada tidak lengkap, aku hanya masukkan tepung gandum, sedikit serbuk kunyit, garam dan air panas. Kalau nak rangup dan keras, boleh gunakan sedikit tepung jawi. Ada juga yang lebih suka asingkan biji cempedak sebelum dibuat cucur.

p/s: Masa kecil dulu keliru juga antara tepung beras atau tepung jawi, tepung gandum, tepung pulut, tepung ubi. Sekarang tidak lagi.

Masakan yang seterusnya adalah gulai udang biji cempedak. Orang Kedah biasa buat sebab mama aku pernah buat. Ingatkan semua orang utara tahu tentang gulai biji cempedak, rupanya hubby aku tak pernah makan walaupun dia juga orang utara (berlainan negeri)
Aku buat gulai ni khas untuk hubby sebab aku tak makan gulai tapi hubby aku makan kuah gulai dan udang sahaja. Tinggal la biji-biji cempedak tu tanpa di makan sesiapa. Kalau mamaku ada, mesti habis biji yang digulaikan ni. Nasib engkau la biji..

Cara nak buat gulai udang biji cempedak ni seperi buat gulai udang biasa cuma biji cempedak ni kena rebus dahulu sehingga lembut dan buangkan kulitnya. Kalau rajin boleh kikiskan kulitnya itu. Selepas rempah mereneh dan naik minyak, masukkan air dan biji cempedak. Biarkan hingga empuk sebelum dimasukkan santan, udang dan garam. Biji cempedak ini sebagai ganti ubi kentang. Selamat mencuba.

Apa lagi yang tinggal? Kegunaan cempedak dari kulit hingga ke bijinya. Boleh buat Mandai, cucur cempedak dan gulai udang biji cempedak. Sekian sahaja untuk kali ini.



Cucur Kodok Oat.

on Ahad, Februari 12, 2012

Assalamualaikum. 
Salam sejahtera, Salam 1 Dunia.
Hari ini aku merajinkan diri untuk membuat cucur kodok oat ala-ala orang pemalas. Resipi ini ciptaan aku sendiri mengikut bahan-bahan yang ada di dalam almari lauk yang dijadikan tempat simpan bahan-bahan kering. 

Kalau ada yang nak cuba, boleh la tapi kalau tak sedap, jangan marah. Test and error. Maaf la, cucur yang terhasil tak cantik dan tak sebulat cucur kodok pisang. Edisi masak cepat-cepat, anak kecil dah merengek.

Bahan-bahannya : 
7 sudu besar tepung gandum diayak. 
4-5 sudu gula (semanis rasa ikut suka) 
3 sudu besar oat 
3 sudu besar susu tepung - boleh juga guna susu cair @ susu pekat tapi kena kurangkan gula. 
Sedikit garam 
setengah sudu baking powder 
setengah sudu soda bikarbonat 
air panas ikut keperluan 

Caranya: 
1. Masukkan semua bahan di atas kecuali air panas. Gaul hingga sebat. 
2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Bagi adunan tu jadi sedang-sedang saja. 
3. Panaskan minyak. Biar minyak panas dulu, baru goreng. 

Hasilnya, cucuq kodok oat ni rasa manis, rangup di luar dan lembut di dalam. Lebih kurang macam apom gula hangus. Baunya macam honey star, kata anakku.

Resipi Burung Ayam-ayam Iza.

on Khamis, Februari 02, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Jika saudara Ozzy boleh buat Tom Yam Ozzy, aku pun ada cipta resipi sendiri juga atau lebih dikenali sebagai resipi campak-campak (ikut stail Chef Wan). Sebab tu aku tak tau nak letak nama pada resipi ni.

Aku up date dulu resipinya di sini. Jangan ditanya tentang rasanya kerana aku sendiri belum rasa lagi (ketika entry ini ditaip) resipi burung ayam-ayam campak-campak. Aku kurang sikit makan burung ni sebab rasa kasihan yang teramat mendalam (cewahh..) pada makhluk Allah yang satu ini. Sebab tu juga aku tak rasa lagi enak atau tidak.


Bahan-bahannya:
2 ekor burung ayam-ayam (kerat 4) - gaulkan dengan garam dan kunyit.
1 ulas bawang besar (hiris)
1-2 biji cili merah (hiris) - aku gantikan dengan cili benggala sebab cili merah tak ada.
4-5 tangkai cili padi (cabai Melaka dibelah 2) - nak lagi pedas, boleh tambah lagi.
2 ulas bawang putih (tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
2 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
air dan minyak.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Panaskan minyak, goreng burung ayam-ayam sederhana garing dan ketepikan.
2. Tumis bahan yang ditumbuk hingga bau aromanya.
3. Masukkan sedikit air. Biar mendidih seketika dan masukkan burung ayam-ayam. Biarkan burung menjadi sedikit lembut.
4. Masukkan bahan hirisan serta garam. Gaul rata hingga semuanya sebati. 
5. Boleh hidangkan.

Tak tau mana nak cari burung ayam-ayam? Tak kenal burung ayam-ayam? Mai tengok kat Teratak Senja. Kalau tak jumpa juga burung ayam-ayam, boleh belajar cara nak menjerat burung karuak wak-wak) dari Bro Benjy

Selamat mencuba.



Resipi Lain:

Apam Polkadot Rasberi

on Khamis, Disember 15, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Seawal 5.50 pagi tadi aku bangun. Selepas solat subuh, aku merealisasikan impian yang terpendam selama ini. Anak-anak pun masih tidur, maka aku mulakan dengan "Bismillah..." untuk cubaan kali pertama membuat apam polkadot.

Satu alat tak ada iaitu penimbang jadi aku agak-agak sahaja sukatan tepung dan gula. Alhamdulillah, menjadi juga akhirnya. Gambar di atas tu adalah hasil kerja tangan yang pertama.

Anak sulungku panggil Apom Octopus. Setiap hari nak suruh aku buat Apom Octopus sejak tengok gambar dalam internet. Resepinya aku baca dari myresepi, blog kak Yatie, blog cik Tom dan banyak lagi. Aku pula setiap hari asyik buka resepi Apom Polkadot ni tapi tak boleh nak buat sebab semua bahan belum dibeli. Sebelum hubby bertolak ke PD, Negeri Sembilan, aku ajak dia pergi cari bahan-bahan untuk buat apam ni.

Aku kongsikan resepinya di sini:

Bahan-bahan:
3 biji telur dari peti ais
275 gm tepung gandum di ayak - aku guna 2 cawan setengah.
220 gm gula halus - aku guna 2 cawan.
150 ml susu segar/ susu cair
3 sudu teh baking powder di ayak.
1 sudu kecil ovalette
filling - blueberry/ strawberry- aku guna rasberi.
pewarna.
1 sudu kecil esen vanila.

Caranya:
1. Pukul telur bersama gula dan esen vanila sehingga kembang menggunakan kelajuan maksima.
2. Masukkan susu cair, tepung gandum dan ovalette. Pukul lagi hingga sebati dan sekata.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna yang disukai.
4. Picit adunan separuh cawan dan letakkan filling. Seterusnya picit lagi hingga penuh.
5. Buatkan dot dot dot di atasnya dan kukus 10 hingga 15 minit.

Selamat mencuba.




Resipi Qhasidah.

on Isnin, Ogos 08, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Oleh kerana ramai yang tidak mengenali atau tak pernah makan kuih Qhasidah, dan ada yang bertanyakan resipinya, maka aku berikan resipi (Ibu Mertuaku) untuk membuat kuih tersebut. Mungkin kuih ini merupakan tinggalan nenek moyang kita terutamanya bagi orang utara kerana di tempat lain sukar untuk menjumpai kuih Qhasidah ini. Kata orang, ini merupakan kuih tradisional.

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum.
1 cawan gula
4 cawan air
sedikit garam.
5 ulas bawang merah India - lebih rangup (dihiris, digereng dan *diketepikan seketika)
*Masukkan sedikit minyak supaya nampak berkilat.


Caranya:

1. Kisar semua bahan (tepung, gula, air dan garam) hingga sebati.
2. Masukkan sebatian dalm periuk dan kacau hingga sebatian menjadi pekat, likat dan sedikit keras.
3. Tuangkan sebatian tersebut di dalam loyang dan biarkan sejuk.
4. Taburkan bawang goreng di atas sebatian tadi hingga rata.
5. Boleh dipotong dan dihidangkan untuk juadah berbuka.

Selamat mencuba.

Pulut Durian.

on Khamis, Julai 28, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Pak Cik Google punya.

Rata-rata tempat sekarang ni dah musim buah dan yang paling popular adalah raja buah iaitu durian walaupun ada sesetengah dari kita tidak menggemarinya. Setiap hari aku di Perlis sejak balik kampung, pasti akan makan sebiji atau lebih buah durian yang di beri oleh jiran. Belum ku sentuh lagi ubat yang Doktor bagi sejak balik ke sini. Lupakan seketika ubat-ubatan yang perlu di ambil kerana aku tak boleh bau atau nak tengok sahaja buah durian tu.

Jika tak ada orang makan, nanti akan rosak. Daripada biarkan ia rosak, baik aku tolong habiskan. He..he..Hantu durian la katakan. Nak habiskan semua durian tu, semua orang bimbang akan kesihatanku. Jadi aku makan la sikit-sikit.

Kalau di utara ni, selain meratah durian mentah-mentah, ada juga yang makan bersama pulut dan dipanggil pulut durian. Mungkin negeri-negeri lain tak pernah makan pulut durian kerana hanya orang utara sahaja yang makan pulut durian seperti ini.

Caranya:
Masak pulut seperti menanak (masak) nasi tetapi air dikurangkan sedikit. Biarkan hingga ia masak. Ada sesetengah tenpat yang masak pulut sibaq iaitu dimasukkan santan ke dalam pulut supaya pulut menjadi lemak manis.

Perah santan (kata orang Kedah) bersama sedikit garam. Sebenarnya perah nyiur (kelapa sagat) bersama sedikit garam.

Setelah pulut masak, cedok (sendukkan) pulut ke dalam pinggan. Letakkan beberapa ulas buah durian di tepi pulut. Taburkan sedikit gula di atas pulut tadi.

Akhir sekali tuangkan santan yang telah diperah tadi ke atas pulut mengikut kesukaan anda. Kalau nak banyak kuah, tuang la banyak sikit.

Dulu-dulu pernah juga makan pulut durian bersama air garam sahaja (menggantikan santan) kerana ketiadaan santan. Dulu nak kait nyiur (kelapa) susah sebab pokok nyiur tinggi. Hanya tunggu buah nyiur luruh sahaja, baru boleh guna. Masa ni santan belum dijual di kedai. Sekarang ni semuanya mudah. Pokok nyiur dah rendah. Santan pun mudah untuk dibeli di pasar-pasar.

Kalau durian tu dibuat pengat durian, serawa atau bubur durian, aku langsung tak teringin nak makan. Kalau di Perak, my hubby yang selalu masakkan bubur durian sendirian dan makan dengan anakku sahaja. Kalau durian mentah, InsyaAllah aku boleh habiskan semua.




 
© TERATAK USANG All Rights Reserved