Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Ini merupakan hari ke 3 aku berada di kampung. Sebab tu boleh up date blog. Kalau duduk kat Perak, belum tentu lagi boleh online kerana modem rosak dan mungkin my hubby tak sempat nak mencari modem baru. Aku mungkin akan berada di kampung mertua bersama anakku dari sekarang sehingga bulan Oktober nanti, InsyaAllah. My hubby dah balik ke Perak untuk mencari rezeki.
Best juga bila berada di kampung kerana macam-macam buah boleh rasa, percuma pulak tu. Dari buah durian, buah rambutan, buah setoi, buah sete, buah salak, buah mempelam, nira nipah, buah manggis, semuanya aku dah rasa. Alhamdulillah...Terima kasih daun keladi tahun depan bawak mai banyak lagi pada semua saudara-mara yang bersusah-payah membawa buah-buahan ini untukku. Untungnya masa pregnant, nak buah apa, semua orang sanggup cari sampai dapat.
Kebetulan sekarang ni di utara sudah musim buah, buah-buahan dah semakin murah dan mudah untuk didapati. Lagi seronok kalau ada dusun sendiri....Aku sekadar tumpang merasa buah dari dusun saudara-mara je la...
Ketika aku sedang menaip ni pun, ada jemputan kenduri pulut durian dari jiran sekampung, Alhamdulillah, rezeki lagi. Bagi negeri lain selain utara, mungkin agak janggal makan pulut bersama durian kan? Lain kali aku up date tentang pulut durian pulak jika berkesempatan snap gambarnya nanti.
Sekadar ini dahulu untuk hari ini.
8 comments
salam..
kat perlis bukan ada
pulut cicah pisang..
ermm..sedap tu..
Salam;
kat kpg saya Swak,buahan belum byk lagi..cuma musim ikan buntal..mungkin org semananjung tak mkn buntal.kami di bhg Betong ikan Buntal makanan kegemaraan.Pesta Ikan Buntal bermula pada 29-3o/7/2011.
P/S; tunggu atrikel ikan buntal/pesta buntal serta resepi masak ikan beracun ni..
pulut mangga pun banyaaaakk :)
@zulkbo
W'salam...
Pulut cicah pisang? Mmmm..tak tau pulak. tak pernah nampak pun mak mertua buat.
@yusuf Laili
W'salam..
Kan dah tahu beracun, kenapa masih nak makan? berduri pulak tu...Baru pertama kali dengar orang makan ikan buntal...
@Khairul Hakimin B. Muhammad
Haaa....pulut makan dgn pelam pernah la rasa masa kecik dulu2.
Salam;
sebenarnya benda yg beracunlah penawar..Tapi mesti mahir sewaktu menyiang ikan buntal..Racunnya ada pada urat telur buntal buang urat tersebut ikan selamat dimakan..
P/S;paling sedap buntal kering,pekasam buntal apabila dipais daun mangkudu....
@yusuf Laili
W'salam..
Oooo, ingatkan segala isinya pun beracun...Selalunya terubuk masin yang popular kat sana kan???
aduuuu dengar je pulut durian... aduuuu mengamit kenangan silam nih.
best no kerap dok balik kg.ni nk tunggu raya baru nk balik.. sedih sedih.. dah nasib badan... huhu
@zaryl
Tak kerap sangat dah, minyak dah mahal. Dulu boleh la sebulan sekali balik kg. Balik kg pun ada sebabnya...
Jumpa raya nanti no..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini