Cempedak Dan Kegunaannya.

on Selasa, Februari 14, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Sekarang masih dalam musim buah cempedak. Sejak 3 minggu lepas lagi aku pesan cempedak pada hubby tapi baru minggu ni dapat. Pakcik tu asyik terlupa je nak beli. Bila aku tanya, bila nak bawak balik cempedak, dia kata aku nak buat eksperimen, bukannya nak makan. hehe..

Ada la juga nak buat ala-ala experimen gitu tapi boleh juga di makan. Dah lama aku nak buat experimen ni, sejak tengok resipi kat blog Mak Lagenda. Tertarik pula nak mencuba. Kiranya semua dalam satu la.

Sebenarnya cempedak ni banyak kegunaannya. Dari kulit hingga ke biji boleh di makan. Kulitnya baru aku tahu boleh di makan. Sebelum ni hanya makan isinya yang manis sahaja. Kalau yang tak pernah makan, mesti terkejut kan, ada ke punca nak makan kulit cempedak? Kalau kulit nangka tu pernah la juga makan apabila dibuat gulai nangka. Rasa macam daging gitu. Tetiba teringat gulai mamaku di kampung. Aku tak makan gulai tapi makan isi gulai sahaja. Bagi aku, gulai ni pedas lain macam sikit ditambah pula dengan bau rempah yang menusuk hidung. Awal-awal lagi aku tolak gulai jika ada pilihan lain seperti sambal atau masakan sayur. Dah melalut pulak..

Ok, cerita pasal cempedak tadi dari kulit hingga ke biji. Kita mulakan dengan kulitnya dahulu. Kulit cempedak boleh dibuat Mandai atau Mandei, bak kata Mak Lagenda. Mandei ni merupakan makanan dan masakan dari Johor. Kalau nak tau resipi Mandei lebih lanjut, boleh cari kat blog Mak Lagenda.

Ini sesi aku mengupas kulit cempedak untuk dibuat Mandai atau Mandei. Caranya, kupas semua kulit cempedak yang bermata halus tu hingga licin dan asingkan ulas-ulas buah dalam bekas lain. Setelah dikupas kulit kasarnya tu dan di asingkan ulasnya, basuh pulurnya (orang negeri lain panggil apa ek antara kulit dan isi tu?) hingga bersih. Isikan dalam balang dan curah air garam suam. Biarkan air garam tu sejuk, tutup tudung dan simpan selama 5 hari dan boleh tahan berbulan-bulan lamanya. Kiranya dijerukkan la sebelum di buat Mandai. Kat sini belum ada rupa gambar Mandai sebab pulur cempedak tu masih dalam proses pengeraman (jeruk). Next time kalau aku dah masak Mandai, boleh la aku kongsikan di post yang akan datang.

Isi atau ulas buah cempedak yang diasingkan tadi, boleh dimakan begitu sahaja atau kalau rajin, boleh dibuat cucur cempedak. Ramai yang suka makan cucur cempedak kerana rasanya yang harum dan manis.
Cara sediakan adunan tepung untuk dibuat cucur cempedak berlainan antara seorang individu dengan individu yang lain. Dulu, mama aku buat adunan menggunakan tepung gandung dicampur dengan sedikit tepung Adabi, sedikit kapur dan sedikit garam serta air panas bagi melarutkan semua bahan. Oleh kerana bahan yang ada tidak lengkap, aku hanya masukkan tepung gandum, sedikit serbuk kunyit, garam dan air panas. Kalau nak rangup dan keras, boleh gunakan sedikit tepung jawi. Ada juga yang lebih suka asingkan biji cempedak sebelum dibuat cucur.

p/s: Masa kecil dulu keliru juga antara tepung beras atau tepung jawi, tepung gandum, tepung pulut, tepung ubi. Sekarang tidak lagi.

Masakan yang seterusnya adalah gulai udang biji cempedak. Orang Kedah biasa buat sebab mama aku pernah buat. Ingatkan semua orang utara tahu tentang gulai biji cempedak, rupanya hubby aku tak pernah makan walaupun dia juga orang utara (berlainan negeri)
Aku buat gulai ni khas untuk hubby sebab aku tak makan gulai tapi hubby aku makan kuah gulai dan udang sahaja. Tinggal la biji-biji cempedak tu tanpa di makan sesiapa. Kalau mamaku ada, mesti habis biji yang digulaikan ni. Nasib engkau la biji..

Cara nak buat gulai udang biji cempedak ni seperi buat gulai udang biasa cuma biji cempedak ni kena rebus dahulu sehingga lembut dan buangkan kulitnya. Kalau rajin boleh kikiskan kulitnya itu. Selepas rempah mereneh dan naik minyak, masukkan air dan biji cempedak. Biarkan hingga empuk sebelum dimasukkan santan, udang dan garam. Biji cempedak ini sebagai ganti ubi kentang. Selamat mencuba.

Apa lagi yang tinggal? Kegunaan cempedak dari kulit hingga ke bijinya. Boleh buat Mandai, cucur cempedak dan gulai udang biji cempedak. Sekian sahaja untuk kali ini.



Ranking: 5

27 comments

14 Februari 2012 pada 11:05 PG

salam..
erkk..tak biasa makan gulai
biji cempedak..kalau makan
biji rebus biasa dah..tapi kembong
tak boleh makan banyak :)

14 Februari 2012 pada 11:13 PG

Hah?? Gulao bj cempedak?? Hahaha..kali ni,mak plak pelik tgk resepi gulai biji cempedak. Biasanya, direbus je..

14 Februari 2012 pada 11:24 PG

oo tak tau plak kulit cempedak pn boleh makan jgk huhu

14 Februari 2012 pada 11:39 PG

takde satu pun bahagian cempedah dibazirkan ye. selalu makan cempedak grg aje. tapi tak boleh mkn banyak2 sbb angin kan...

14 Februari 2012 pada 11:48 PG

Uiii sedap tu :D

14 Februari 2012 pada 2:31 PTG

ada rupanya gulai udang biji cempedak. kira biji cempedak ganti kentanglah ye.

14 Februari 2012 pada 5:41 PTG

tgh2 ujan baca pasal cempedak! aduihhhhs.. sodapnyers

14 Februari 2012 pada 6:32 PTG

erm gulai? xpelik ke tu? aha. klu sdp bleh cuba rase. hee :D

14 Februari 2012 pada 9:47 PTG

Cempedak sekarang mahal sungguh la.

Tak pernah tau segala resepi kulit tu. Huhu.. Tapi biji cempedak dengan biji nangka saya makan je.

14 Februari 2012 pada 10:02 PTG

cempedak kalau goreng sedap...boleh makan sekali dengan biji-bijinya

14 Februari 2012 pada 10:21 PTG

Tak tahu pula kulit cempedak tu boleh dimakan ... tetapi cucur cempedak tu sedap maaa .... :D

15 Februari 2012 pada 12:15 PG

Sedap buat Cucur cempedak. Bijinya kalau direbus makan pun boleh layan juga.

15 Februari 2012 pada 9:08 PG

wah.. idea bagus ni..
musim cempedak di sabah ni

15 Februari 2012 pada 9:37 PG

W'salam..
Lagi satu..angin.
Rebus tu memang dah biasa la kan..

15 Februari 2012 pada 9:39 PG

Rebus memang dah biasa...
Cuma Mandai je belum buat lagi, masih dalam proses peram.

15 Februari 2012 pada 9:41 PG

Ni resipi dari Johor,
sebelum ni pun memang tak pernah dengar jugak..

15 Februari 2012 pada 9:43 PG

Yup, guna sepenuhnya...
A'a, angin....

15 Februari 2012 pada 9:54 PG

Apa yang sedap?
Yang mana satu?

15 Februari 2012 pada 9:59 PG

Yup...cuba la buat kalau nak rasa..

15 Februari 2012 pada 10:02 PG

Ujan ke???
Memang sedap makan panas2 ni..

15 Februari 2012 pada 10:04 PG

boleh je..

15 Februari 2012 pada 10:06 PG

Ya ka? tak tau pulak sebab ni first time beli.
Biasanya ambik kat kg je...
Resipi kulit dari Johor.
Biji nangka lebih sedap buat gulai.

15 Februari 2012 pada 10:07 PG

Kalau makan cucur cempedak sekali dengan biji, bertambah kembung la nanti. Biji tu kena rebus bagi lembut dulu baru boleh makan..

15 Februari 2012 pada 10:08 PG

Saya pun baru tahu....
Cucurnya tak ada orang yang tak suka lagi nih...

15 Februari 2012 pada 10:09 PG

Betul tu...

15 Februari 2012 pada 10:10 PG

Ya ka?
Boleh la cuba nanti..

16 Februari 2012 pada 5:00 PTG

betul2...
kulit dia pun boleh makan...saya ada tengok dekat Makan Angin dekat tv9
:-)


P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2 dengan Klik Semua Share Button(Facebook, Twitter, Google + dan LinkedIn) dan Komen di entri(link dibawah) LEBIH Dari 7 Perkataan :-)

http://denaihati.com/ipad-2-gadget-impian-hans

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved