Contest Pertama Teratak Usang.

on Isnin, Ogos 01, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Kini tibalah masanya untuk aku anjurkan contest yang tak seberapa ini sebagai permulaan pertama memandangkan selepas ini aku bakal berehat panjang ketika berpantang nanti (mungkin dalam 2 bulan lebih).

Tujuan contest ini hanya sekadar suka-suka sahaja. Jadi sesiapa pun layak untuk menyertainya samada blogger otai, blogger sederhana atau blogger baru. Hadiah yang ditawarkan pun tidaklah seberapa.

Apakah gambar di atas?

Syarat-syarat penyertaan:

Pertama,
- Wajib jadi follower Teratak Usang
- Wajib buat entry tentang contest yang dianjurkan.
- Wajib komen entry Teratak Usang.
- Wajib melawat Teratak Usang setiap hari.

Kedua,
Sila abaikan syarat-syarat penyertaan yang pertama. Syarat-syarat pertama memang menyusahkan. Anda hanya dikehendaki meneka apakah gambar di atas dan meninggalkan jawapan di ruangan komen di sini. Tiada sebarang klu diberikan. Klu ada di SINI. Digalakkan untuk mewar-warkan contest yang sedang berlangsung. Anda hanya boleh meneka sekali sahaja dua kali. Jawapan kali ke dua atau tiga (jika betul pun) akan dibatalkan.

Hanya jawapan yang tepat akan di ambil kira. Sekiranya ramai yang memberikan jawapan yang betul, undian akan dibuat. Ganjarannya adalah wang tunai sebanyak RM20 untuk jawapan yang tepat. Maklumla, ini merupakan contest pertama dan aku pun tak bekerja.

Contest akan berlangsung mulai 1 Ogos 2011 (00:01 pagi) dan berlanjutan hingga 31 Oktober 2011 (11:59 malam) . Keputusan akan diumumkan kemudian (akan diberitahu setelah contest tamat). Anda digalakkan untuk meletakkan url Teratak Usang di bloglist anda supaya dapat mengetahui sebarang up date di Teratak Usang.

Sekiranya tiada sebarang jawapan yang tepat, wang tersebut akan dibawa ke contest yang akan datang, InsyaAllah.

Selamat Menjawab!!

Senarai Peserta.
Info Terbaru.
Ranking: 5

39 comments

1 Ogos 2011 pada 12:36 PG

salam..
ermm..tu dia?
susah jugak nih..
nanti cari jawapan dulu
contest lambat tamat
lagi nih..

1 Ogos 2011 pada 5:48 PG

biji asam?

1 Ogos 2011 pada 5:53 PG

Assalamualaikum....

Saya meneka gambar yang dimaksudkan ialah "buah prune".

1 Ogos 2011 pada 1:53 PTG

Apa erk? BUAH KANA ☺☺☺

1 Ogos 2011 pada 2:33 PTG

Kurma? :)

1 Ogos 2011 pada 5:18 PTG

Saya teka buah pala.

3 Ogos 2011 pada 10:19 PTG

Salam..
Hmm, cam berat jer nak taip jawapan. Nati salah jawapan pertama xleh nak join daaa :p

nati pikir dulu laa :D

4 Ogos 2011 pada 10:06 PG

salam..
saya dah join Iza :)

http://www.zulkbo.com/2011/08/contest-pertama-teratak-usang-jawapan.html

4 Ogos 2011 pada 10:49 PG

susah juga kalau mata dah rabun ni .. tapi tak apa masa lambat lagi kan !

4 Ogos 2011 pada 11:28 PG

puas dah dua tiga kali terbalikkan laptop x tau ke bendenya la tu :)

menarik nih

4 Ogos 2011 pada 12:49 PTG

Tak tahu apa dia pun. Tetapi sebab bulan puasa, nampak cam kuih jer. Hahaha

jadi nak teka jawapan ialah kuih. Kuih apa tak tahu. Hahajah

4 Ogos 2011 pada 10:42 PTG

masih pikir ag bende la gambar tu :P

4 Ogos 2011 pada 10:43 PTG

erk.. ape tuh? jenuh dah pikir.. nanti dpt jawapan sy sent kat sini yer.. ^^

5 Ogos 2011 pada 9:24 PG

saya join

http://canteek-selalu.blogspot.com/2011/08/contest-pertama-teratak-usang.html

5 Ogos 2011 pada 10:09 PG

salam Azila..atie rasa buah zuriat sbb sebijik mcm buah yg HB bwk blk dr Mekah dulu!

5 Ogos 2011 pada 10:22 PG

join,

http://my-khalish.blogspot.com/2011/08/contest-pertama-teratak-usang.html

5 Ogos 2011 pada 5:00 PTG

saya join...

id : Fadzillah Kamarudin

http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/08/contest-pertama-teratak-usang.html

5 Ogos 2011 pada 6:02 PTG

saya cuba abaikan syarat yg pertama tu, mmg leceh pon hahaha..

jwapan saya adalah....

jeng..

jeng,,

jeng;;

DUA BIJIK KURMA YUSUF TAYOB DIDALAM BEKAS PLASTIK TAUFU FAA!!! *err yakin je, betul ke x ni??

5 Ogos 2011 pada 10:27 PTG

Buah apa erk..Buah Zuriat kot..

7 Ogos 2011 pada 10:13 PTG

biji getah.....ha3 tak tau la btol ke x?

8 Ogos 2011 pada 12:08 PG

salam..
ermm..keras dan tak boleh di makan?
apa mende ni ye..?saya teka......



nanti fikir dulu lah..
:)

21 September 2011 pada 10:48 PTG

saya join

http://fatinlovecontest.blogspot.com/2011/09/contest-pertama-teratak-usang.html

jawapan : biji asam

22 September 2011 pada 1:54 PTG

join...

http://hairulizacontestga.blogspot.com/2011/09/contest-pertama-teratak-usang.html

Buah keras Kot...Biasanya orang letak dalam masakan...Walaupun letak dalam masakan tapi tak boleh makan...

22 September 2011 pada 8:26 PTG

join..

http://atienabila.blogspot.com/2011/09/korang-tau-pic-ape-2-tau-klau-tau-ape.html

atien teka biji buah salak...
hope btl la ea...

24 September 2011 pada 6:10 PTG

nak teka .

biji buah salak . :)

Tanpa Nama
25 September 2011 pada 9:39 PTG

As Salam... Ninie join..
(Biji buah salak kot)

http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2011/09/contest-pertama-teratak-usang.html

26 September 2011 pada 6:25 PTG

nak juga join.

http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2011/09/contest-pertama-teratak-usang.html

saya teka BIJI BUAH SALAK.

thank you :D have a good day!

27 September 2011 pada 7:43 PG

Dah cuba teka dalam hati , tapi nanti dulu...

3 Oktober 2011 pada 3:56 PTG

salam perkenalan.
uh.. tk yah buat entry ke?

4 Oktober 2011 pada 6:25 PTG

butir/biji buah salak kot..huhu

13 Oktober 2011 pada 1:39 PG

salam,
nak teka jugak tp x sure....
emmm.... pikir dlu lah

16 Oktober 2011 pada 10:59 PTG

Biar aku teka..
Biji buah salak

17 Oktober 2011 pada 5:19 PTG

salam,

nak teka
jawapan dia biji buah salak
btol tak?2x....
hehe...
salam

27 Oktober 2011 pada 5:26 PTG

mcm bijik buah salak...btul x??

29 Oktober 2011 pada 4:03 PTG

Salam akak.. saye pon nak cuba jawap.. tak tahu la betol ke tak.

Jawapan saya:

Tempayan
atau
pasu seramik

Antara dua ni la. arap-arap salah satu ada yang betol. mekasih kak.

30 Oktober 2011 pada 1:54 PTG

As-salam..

Nida turut mencuba.. moga-moga jawapan mengena... ameeeeennnn

Tekaan:
1. Biji buah mata kucing
2. Biji buah laici

Sudah diwar-warkan di link ini:
http://alongnidar.blogspot.com/2011/10/contest-pertama-teratak-usang.html

id follower: Nida
terima kasih.

31 Oktober 2011 pada 11:52 PG

dah update yg terbaru.

http://my-khalish.blogspot.com/2011/08/contest-pertama-teratak-usang.html

31 Oktober 2011 pada 4:19 PTG

saya teka batu tu iza heheh keras dan tak boleh dimakan

31 Oktober 2011 pada 5:26 PTG

salam,

today last day for this contest...
cepat2 teka...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved