Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Sejak dua tiga hari ni, aku nampak ramai yang dok menayang Pavlova. Meleleh ayaq liuq tengok Pavlova. Lepas blog Eyriqazz - Pavlova Sedap, Cikgu Isza pulak nak Pavlova Biskut Merry tapi tayang Mini Pavlova. Dekat facebook, Instagram lagi... Bulih kata rata-rata dan di mana-mana ada Pavlova.
Mai layan Pavlova bawah ni dulu...
Sumber google.
Mentang-mentang oven aku rosak dan semangatku terbantut, depa dok layoq depan mata no...Kalau nak cari banyak lagi bahan untuk menjamu mata, jom terjah Joy Of Backing.
Mula tu, aku heran jugak, apa dia Pavlova ni? Aku pun google dan terjumpa blog irmadilondon.blogspot.com. Menurut Irma dalam terjemahannya,
Pavlova (pav) adalah sejenis meringue kek yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Tekstur pavlova ni ringan bila dipegang. Jangan cuba-cuba nak lambung ye. Kang ada yang nangis berjurai air mata. Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow.
Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.
Ada perbalahan di zaman dulu kala di antara Australia dan New Zealand yang berebut hak siapa yang mula mencipta Pavlova. Tak pa lah. Biar depa bergaduh. Pentingnya kita cuba resepi yang menggoda ni. Apa yang perlu kita tahu, nama Pavlova ni dipilih sempena penghormatan kepada jaguh ballerina dari Russia, Anna Pavlova yang mengelilingi Australia dan New Zealand pada tahun 1926.
Resipi Pavlova
Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - saya pakai gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla
Tip sebelum membakar :
1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.
2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.
Cara-cara :
1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.
2. Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
3. Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.
4. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi.
5. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova.
6. Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat.
7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan.
Masa membakar :
1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.
2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)
Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.
Cara menghias :
1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.
2. Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.
3. Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.
Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.
Sedia untuk dimakan.
Sumber: http://irmadilondon.blogspot.com/2011/06/resepi-pavlova.html
Resipi dah ada ni. Oven je belum beli lagi. Sekarang dah gaji. Entah macam mana rupa ovenku nanti. Pada yang nak cuba, boleh la try.
Resipi dah ada ni. Oven je belum beli lagi. Sekarang dah gaji. Entah macam mana rupa ovenku nanti. Pada yang nak cuba, boleh la try.
47 comments
Nak buat tentunya saya tak tahu.. Tapi nak menghabiskannya tentu sahaja boleh! :D hehe..
Itu lah perkarang paling senang..hehe
dah lama nak try buat, tp tak berani lg takut tak jd. hehe.
Kena cari kekuatan dulu..
tgn saya tak sesuai pegang kuali periuk especially utk buat kek..haha...memang tebakor la kek tu nanti
hehe..Ya ka?
Tapi chef lelaki ok je pegang kuali..hehe..
tak pernah try lagi..ada resipi ni boleh la mencuba nanti..kalo dah menjadik, nanti leh keluarkan entri..hehehe
Cuba la..
wah sedap plak nampaknya kek pavlova
Pavlova sedap jika cream dicampur dgn cream cheese. lebih sodap
dan creamy.. kena buat lagi ni.. har3..
Dah ada pengalaman buat pavlova la ni ek?
x pernah mkn lg
sama la kita.
uiiii nampak tersangat manis tu.... :D
Ya, kalau ada diabetis, jangan cuba-cuba nak rasa..hehe..
ada rakan aku yang jadi cikgu terror buat benda ni
Sudah pernah rasa Pavlova ini memang sedap. Tidak salah saua Pavlova berasal daripada Australia.
Ya ka? nampak pun sedap.
perghh.. sedapnya mata memandang..
kat mana ada jual pavlova yang sedap punya?
Entah la.
Kalau order online, elok sampai depan pintu, habis hancusss...
dah cuba wat ke?
Kalau dah jangan lupa tayang tau..
Oven belum ada lagi.
lorrr... resepi dah ada tapi nak kena ada oven la pulok... takde ruang nak letak oven kat rumah... kalo dah buat nanti, nak sket ye... he he heee
hehe..boleh..boleh..
ada sejarah tersendiri, sampai nak gaduh penciptanya. takpe, jangan sampai nak makan pun bergaduh sudah
Kalau tak boleh nak rasa atau tak cukup, boleh bergaduh ni..
pavlova tu apa kebende nya..huhu
macam kek tapi bukan kek,
macam mashmallow tapi bukan mashmallow. Sukar untuk ditafsirkan..hehe..
Dah try 2 kali.Hmmm...sedap!cair di mulut!Agak-agak, kalau kurangkan lagi gula tu, jadi tak?
Wahh, dah 2x buat.
Hmm..caya lah.
Saya tak pandai nak agak bahan2nya ni..
kite baru nak try kak..tapi tak taula jadik ke tak.hehe
Gud luck..
Farhana blog apa ya? tak ada link la nak terjah balik. Terima kasih sudi singgah sini.
wah nmpk sedap..ciktom nak try jgk resepi ni bila berpeluang nanti...nanti iza masukkanlah pic pavlova yg iza kl dh beli oven ye.. :)
InsyaAllah..
Assalamualikum,
kalau dah pandai buat sendiri lagi bagus.. anytime boleh buat di rumah jadi boleh jimat sikit kos berbanding membelinya
W'salam..
Betul tu, lebih jimat kalau buat sendiri. Harap2 menjadi la nanti.
Teringin nak buat, resepi dah ambik.. tengok la bila2 rajin :D
Moga berjaya. Kalau dah cuba, jangan lupa tunjuk tau.
haha. macam best. lucu pula melihat kembali sejarah pavlova. Sehingga identitinya pun jadi rebutan. Padahal yang mengelilingi negara2 itu orang Russia.
Nak buat Pavlova ni nampak cam rumit, tapi nak gak try nanti..
Kertas minyak tu yang nak kena cari ;D
ssssssssssssssssseeeeeeeeeeeeeeeeeddddddddddddddddaaaaaaaaaaaaaaaaapppppppppppppppp nye .pavlova.
2x buat still xjd...gerammmm
2x buat still xjd...gerammmm
3x bt xjd gak la. x mau keras.. tension!!!
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini