Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Hidangan ayam BBQ untuk 2 orang. Anak sulung suka makan "ayam kaki satu". Oleh kerana paha ayam tu sejengkal lebih besar, maka aku potong dua bahagian. Maka tak ada lagi ayam kaki satu.
Ayam kan ada dua kaki? Tau tak macam mana rupa ayam kaki satu? Ala..yang macam Upin Ipin suka makan tu. Dulu aku pun tak tau tapi bila dah anakku katakan macam tu, sampai sekarang aku pun terikut-ikut panggil ayam kaki satu.
Lihatlah hasilnya...
Semua paha ayam ini dipanggang menggunakan Pemanggang Ajaib. Mudah dan menjimatkan masa tanpa menggunakan minyak yang banyak. Sebelum ni, aku tak pernah pun panggang ayam. Biasanya terus goreng je selain buat gulai atau sup.
Apabila sudah ada kemudahan, jangan disia-siakan. Hanya dengan beberapa titis minyak, sudah boleh panggang ayam.
Resipi Ayam BBQ.
1. Basuh ayam dan toskan.
2. Masukkan sedikit garam dan Sos Barbeku *.
3. Gaul rasa dan perap ayam seelok-eloknya semalaman.
4. Boleh panggang di atas pemanggang.
* Kalau tak ada Sos Barbeku, boleh je gunakan campuran gula atau madu, sos tiram, sedikit garam dan kicap pekat.
Selamat mencuba.
Resipi mudah ni sesuai untuk yang nak berdiet (ya ka?) kerana tidak menggunakan minyak yang banyak.
27 comments
Sedap nyer...
Memang nampak menyelerakan ;)
selamat menjamu selera.. syiokkk mkn ayammm
salam;
Nyam!Nyam!..masakan sebergini lebih kepada anak2 kita yang semestinya berasaskan ayam goreng mahupun panggang..
Aduhai sudahlah baca entri dekat dengan waktu makan tengahari. Lapar lah pula. :-)
modal2 untuk berbuka
ok jugak ada pemanggang ajaib tu..ayam pun nampak cantik je masak sekata..kalo bakar ngan arang ni pepaham je la..bebaru ni pun abis penuh asap masuk rumah sebab anak teringin nak makan ayam panggang..hehehe..
mmg menu feveret sy sblom pi solat jumaat :)
wah..bak sikit. lapar balik dah nih..
alahai sedapnya rupa masakan..kalau la ada kat situ confirm saya dengan muka tak segan mintak sikit
kena cuba la resipi ni...simple je kan :)
wahhh bikin perut lapar aja nih... tidak kuat untuk di pandang.. salamkenal aja saya dari indonesia.. :)
wahhh enak nya... aku pun pengen coba resep untuk membuatnya... terimakasih untuk informasinya.. sangat berrmanfaat sekali..
salam..
lapar pulak pagi buta
nih tengok ayam BBQ anda tu :)
Nampak macam senang....tapi malas nak buat =)
Leleh ayor liuq... Nak buat x da masa lagi :)
@pipoq
Pengorbanan seorang bapa..memanggang ayam.
Kalau rumah taman susah sikit nak panggang cara tradisional tu..
@titan
Sila..sila..
@puteri kasih
Ya, simple je nih..
@Zulkbo zulkboCom
W'salam..
Wahh, En. Zul tak tidur lagi,
dah lewat ni.
slurrrppp, lapaq la pulak, kena mintak emak tolong buatkan ni. tengok macam senang
Hehehe...dpt kt anak saya kejap je ayam nih...mmg depa pulunnnn...:)
Terima kasih atas perkongsian ni. Kalau kak masak lagi sedap la kan :)
i baru je buat bbq hari tu... mmg best!
Eh macam senang je buat? Kena try ni lepas exam! Thanks for sharing :D
jap, nak gosok perut kejap
hehe
macam ni gaya lauk, boleh naik badan ni
adoiyaii...terasa lapa la plak
Salam,
nasiblah sekarang ni dah tengah malam.. kalau tak aku nak pegi kedai beli ayam dan buat bbq macam ni :D
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini