Resepi Durian Crepe

on Sabtu, Disember 08, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia


Durian Crepe ni dah heboh 1 Malaysia. Aku pun sudah merasainya. Susah juga nak cari Durian Crepe ni sebelah utara melainkan kena order, baru peniaga tu buatkan. Itu pun tak boleh order sikit-sikit. Ataupun boleh buat sendiri. Nampak macam resipi kulit kuih ketayap je.

Satu hari aku ada terjumpa senarai peniaga seluruh Malaysia, jadi aku pun tag hubby. Dengan segera, dia order dan kirimkan ke kampung. Dapat la merasa Durian Crepe.

Katanya di Perak sekarang musim durian dan tentunya durian tengah murah. Harga Durian Crepe pun murah juga. Kalau tak silap 1 paket RM4. Harga durain kampung pun murah, 1 guni dalam RM25. Ruginya musim durian aku balik kampung. Kalau tidak, boleh makan durian hari-hari.

Satu lagi kelemahan bila ada kereta baru, hubby tak nak beli durian takut kereta berbau dengan aromanya yang kadang-kala boleh memeningkan kepala. Ada satu hari tu, lalu di kampung Gajah (kampung yang paling banyak durian/dusun) sanggup balik rumah dan tukar ambil kereta buruknya (khas untuk kerja) untuk membeli durian.

Kalau ada yang berminat untuk membuat Durian crepe ni, boleh la cuba resipi di bawah.

Cara-cara Membuatnya..

Bahan2 crepe;-
250g gandum
3 biji telur
500ml santan
1 sudu teh esen pandan
1 sudu teh pewarna hijau atau kuning

Cara2:
1. Satukan semua bahan dalam bekas dan kacau.
2. Masukkan dalam blender dan blend. Kemudian tapis.
3. Sediakan kuali leper non stick.
4. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.
5. Tuang 1 senduk kecil dan masak crepe. Tak perlu di terbalikkan.
6. Buat sampai habis adunan.

Bahan2 filling:
Isi durian secukupnya
1 cawan non dairy whippg cream

Cara-caranya:
1. Pukul whipping cream dalam mixer hingga kental.
2. Asingkan isi durian dengan biji. Lumatkan sidikit.

Cara-cara bungkus crepe:
1. Bentangkan 1 keping crepe.
2. Letakkan whipping cream.
3. Letakkan isi durian.
4. Kemudian tutup semula dengan whipping cream.
5. Lipat crepe. Dan sejukkan dalam peti sejuk sekejap.

Ramai yang kata sedap. Bila aku rasa, ok la. Paling banyak boleh makan hanya 3 biji kerana krimnya itu membuatkan tekat rasa kurang selesa. Mungkin juga kesedapan Durian Crepe ini bergantung pada rasa sedap buah durian itu sendiri. Kalau durian tak sedap, tak sedap la jadinya. Itu hanya pendapatku sahaja.
Ranking: 5

11 comments

8 Disember 2012 pada 7:59 PTG

boleh try buat sendiri lepas ni.. terima kasih untuk resepinya.. :)

8 Disember 2012 pada 8:32 PTG

Sedap ni..

9 Disember 2012 pada 12:37 PG

resepi nie saya baru beli, sebab jiran ada wat promosi tempoh hari perggg memang sedap gila, rasanya nak buat sendiri lah hihihih

9 Disember 2012 pada 11:27 PG

tengah hot skarang crepe ni..
tapi kurang berminat pula dengan durian..
ahahahah

9 Disember 2012 pada 3:05 PTG

tak pernah lagi mkn durian crepe... sedap sgt ke?? nnti boleh buat guna resepi nih.. thanks ek

10 Disember 2012 pada 10:36 PG

Ramai yang berkongsi resepi Durian Crepe. Boleh cuba berlainan inti selain durian.

11 Disember 2012 pada 3:03 PTG

salam...

belum cuba lagi, tengah usha jugak ni ;)

11 Disember 2012 pada 10:49 PTG

resepi crepe nutella lak..hehe

12 Disember 2012 pada 12:16 PG

memang untuk mereka penggemar durian ni
rasa macm nak cuba buat sendiri je
mana tau menjadi, kan?
hehe

13 Disember 2012 pada 5:14 PG

Meleleh air liur... Yuumyy

13 Disember 2012 pada 11:21 PG

Memang sedap pun kalau pndai buat?

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved