Ahad, 2014 Februari 09

Kelahiran terbaru dan Cabutan Bertuah Cikmin.com

STICKY MODE hingga 14/02/10, sila skrol ke bawah untuk entry terbaru.

Jom ramai-ramai kita sertai dan memeriahkan lagi cabutan bertuah anjuran Cikmin.com
Hadiah yang ditawarkan oleh Cikmin.com pun amat menarik. Syarat-syaratnya terlalu senang. Anda hanya perlu copy and paste ayat di bawah dan jadikan sticky mood sehingga 12 tengah malam 14 Feb 2010.

Cikmin.com merupakan sebuah laman blog peribadi yang mengisahkan tentang cikmin dan keluarga,disamping itu cikmin.com juga tempat cikmin berkongsi petua,resepi masakan,luahan perasaan,tips2 berguna untuk dimanfaatkan bersama.Semoga kelahiran cikmin.com yang amat istimewa ini akan terus mendapat sokongan padu dari anda semua.Salam untuk semua dan Terima Kasih.

Moga-moga ada tuahnya....Amin...

Rabu, 2010 Februari 10

Lentur Badan



Siapa boleh tiru aksi ini? The Rubberboy (Daniel Smith Browning. Lima kali pemegang Guinness Record, The Rubberboy (manusia lentur) adalah manusia yang paling lentur, ia mampu melakukan gerakan - gerakan yang sukar dilakukan manusia biasa, seolah - olah ia tidak memiliki tulang didalam badannya. Dia telah banyak tampil dalam acara The Tonight Show with Jay Leno, ESPN's Sports Center, Oprah Winfrey, Ripley's Believe It atau Tidak, arena du Soleil, Best Damn Sports Show Period, The Discovery Channel, Men in Black 2, HBO's Carnivale, dan CSI: NY. Dia mampu memasukkan badannya dari kaki sampai kepala hanya melalui raket tenis! Dia juga mampu melakukan gerakan - gerakan yang aneh dan senaman badan yang unik.

Selasa, 2010 Februari 09

Aku ditipu ke?


Assalamualaikum. Aku ingin berkongsi cerita dan diharap dapat dijadikan peringatan terutamanya pada para gadis diluar sana. Jangan sesekali mudah terpedaya dan percaya pada orang yang baru anda kenali.

Semalam ada seorang hamba Allah ni add aku sebagai rakan dalam Facebook. Siap bagi komen lagi kat gambar aku tu. Dalam profile, dia tak letakkan sebarang gambar dan identitinya dibiarkan kosong. Aku ingat dia kenal aku sebab ayat dia tu macam ramah dan kenal lama. Nama dia sebiji macam nama junior aku dulu.

Dah nama dia pun perempuan, aku terima sebagai kawan. Lepas tu aku dapat mesej lagi dari minah ni, dia tanya tentang latar belakang aku macam asal dari mana dan tinggal di mana sekarang? Dah kerja ke?
Aku pun jawab la dengan jujur.

Oleh kerana dia tahu aku tidak bekerja, dia menawarkan aku kerja. Katanya ada banyak jawatan kosong di BSN. Bagaikan orang mengantuk, dihulurkan bantal. Aku berminat dengan kerja tu.

Aku tanya,"Jawatan apa? Bila iklan tu keluar? Kerja di mana? Apa kelayakan yang diorang nak? macam mana nk mohon? Guna online ke pos?"

Dengan bangganya dia jawab,"Kerja di cawangan BSN dekat dengan tempat akak la. Tak ada iklan sebab guna orang dalam. Ada banyak department, ikut kelayakan yang akak ada. Boleh bagi resume sebab dalam minggu ni saya ada urusan di Teluk Intan. Bagi tangan je. Ni mombor fon saya, 012xxxxxxx. Bagi nombor fon akak, nanti saya contact akak kalau saya nak ke Teluk Intan. Saya jarang online ni, cepat la akak, bagi nombor fon."

Dengan tiba-tiba otakku berputar ligat dan dengan menggunakan sedikit ilmu psikologi, aku menggunakan firasat mentafsirkan segala ayat minah ni.

Dalam hati...."Aku ada saudara kerja di BSN tp hanya ada jawatan kerani, itu pun dah lama. Kenapa nak kena guna orang dalam? Dah habis ke sanak saudara dia sampaikan aku yang baru dikenali dengan tiba-tiba nak tawarkan kerja? Mustahil secara kebetulan nak datang ke Teluk Intan. Dan kenapa mendesak aku berkali-kali untuk dapatkan nombor telefon?"

Aku pun membalas mesej dia, "Maaflah, akak kurang berminat nak kerja sebab tak suka ikut time. Pagi ke pejabat, petang balik rumah. Kos nak bayar pengasuh lagi, minyak kereta lagi, makan dah tentu di luar selalu. Lagipun husband akak tanya kawan dia di BSN, tak ada pun kerja kosong."

Dah terkantoiiii.........

Keesokkannya dia balas mesej tu, "Sebenarnya saya saja nak test akak je. Saya kerja di bahagian pengambilan. Secara jujurnya saya sebenarnya kerja di CIMB."

Betul tekaan firasatku bahawa minah ni memang PENIPU BESAR...
Apa motif dia sebenarnya ek?

Isnin, 2010 Februari 08

Dekorasi Pasca Moden


Terlalu mahal untuk memiliki kereta...
Dapat satu set meja kreatif ni pun ok jugak....

Ahad, 2010 Februari 07

Kisah Di Pasar Besar



Hari ni aku pergi ke Pasar Besar Teluk Intan untuk membeli barang-barang dapur dan juga bahan mentah untuk tempoh 1 minggu. Macam biasa, kena beli sayur, ikan, sotong, udang dan ayam. Aku bukan selalu membeli ayam, jauh sekali untuk kenal peniaga-peniaga di situ.

Time nak beli ayam tadi, ada 4 orang penjual Melayu dan seorang Cina. Aku pun menuju ke salah seorang penjual Melayu. Umurnya mungkin antara lingkungan belasan tahun atau awal 20-an. Bukan saja aku memilih peniaga muda tp dah aku tengok dekat bahagian dia tu tak ada pelanggan, aku pun rasa kesian pula, lagipun ayam dia banyak lagi.

“Adik, nak kaki ayam boleh?”

Ha..ha..sebenarnya aku nak beli seekor ayam tapi terkeluar pula kaki ayam. Dengan penuh selambanya dia pun jawab, “Maaf la kak, sini ayam cina”

Setelah aku mengucapkan terima kasih pada dia, hatiku pun berkata, “Alhamdulillah, moga-moga masih ada ramai lagi orang yang prihatin macam mamat ni tentang halal dan haram.”