Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Puding ni aku buat sempena jamuan di Tadika KEMAS sehari selepas tamatnya pertandingan di Mini Karnival KEMAS di Bagan Datoh tempoh hari.
Oleh kerana aku tidak dapat menghadirkan diri untuk tolong memasak di malam hari untuk jamuan esoknya, jadi aku buatkan pencuci mulut ini sebagai buah tangan. Tak syok la kalau sekadar nak pi makan saja kan? Orang berbudi, kita berbahasa...
Ramai yang minta resepi puding ni selepas merasainya. Mereka kata sedap. Sebelum ni banyak kali juga aku buat tapi hubby tak pernah kata apa-apa pun. Jadi, aku agak mungkin tak sedap kot. Setiap kali aku buat, anak sulungku sahaja yang pulun makan. Tak simpan lagi dah untuk hubby. Tak sempat lagi dah nak simpan lama-lama. Sekejap saja sudah habis.
Panduan untuk suami (u/p my hubby) - Kalau isteri masak apa-apa yang sedap, sila lah puji. Lain kali boleh makan lagi. Kalau diam je, rasanya sekali je kot dapat rasa masakan tu.
Kalau ada yang nak cuba, aku selitkan resepinya di sini.
RESIPI PUDING PELANGI SENJA.
Bahan-bahannya:
Air
1½ cawan gula
10gm agar-agar (lebihkan kalau nak sedikit keras)
2 biji kuning telur
1 sudu esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastad
1 cawan susu cair
secubit garam
4 keping roti (dicarik-carikkan)
2 sudu besar majerin
Perisa atau pewarna - ros/strawberry, pandan, kopi/koko, emulco dan sebagainya.
Cara menyediakannya:
10gm agar-agar (lebihkan kalau nak sedikit keras)
2 biji kuning telur
1 sudu esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastad
1 cawan susu cair
secubit garam
4 keping roti (dicarik-carikkan)
2 sudu besar majerin
Perisa atau pewarna - ros/strawberry, pandan, kopi/koko, emulco dan sebagainya.
Cara menyediakannya:
- Didihkan 9 cawan air bersama agar-agar. Apabila sudah larut, masukkan gula dan kacau hingga larut. (Kalau guna serbuk agar-agar, biar gula larut dulu baru masukkan serbuk agar-agar sedikit demi sedikit agar tidak berketul)
- Blender kuning telur, esen vanila, tepung jagung, tepung kastad, 1½ cawan air, garam, susu cair dan roti hingga hancur.
- Masukkan campuran di langkah 2 tadi ke dalam agar-agar dan masukkan majerin. Kalau seketika biar sebati dan tutup api.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk perisa dan tuangkan ke dalam loyang berselang-seli. Biarkan beku.
Selamat mencuba. Boleh juga dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa nanti.
20 comments
Puding Stacy ni! :D
mmg sedap
wah.. tolong pos kan sikit ke rumah saya..ahaha
Salam Alaiyka.
Kalau Rizal tak panggil puding pelangi senja.
Rizal bagi nama puding Powerpuff Girls. Ngehee. Warna dia macam cerita powerpuff girls le. : D
Saya dah try tapi nama dia lain, puding marble kan?
tapi bahannya sama..
serius puding ni sedap n senang nak buat..
nampak sedap. nak sikit boleh...? he3
Kalau ramai yang kata sedap betulah tuh. :-)
huk3..buat saya laparr...
p.s :kalau gambar tu kasi besar lagi, tentu lebih menarik mata ini...
nampak memang sedap...kalau dapat rasa lagi lah sedap :D
cam sedap.....tapi malas nak buat puding...
nanti suh mam besar buatkan...
thank for sharing...
Satu perkembangan yang menarik,
Pelbagaikan info utk rakan2 supaya tertarik,
Boleh pula try resepi utk dibuat balik,
Nampak puding tu sedap pasti yg terbaik.
nampak cam sedap je,boleh try tak?hee
@Encik Anif
heh..mmg colorful la..huuhu
wahh cantiknya..tgok pun dah terliur..puding ni lembik ke??best nya..
@Hafizul
Tak lembik dan tak keras, sedang-sedang je..
lepas ini cubalah buat puding pelangi pagi pulak ..
salam;
cantik..macam kaler kek lapis sarawak,jom tengok resipi aku pulak;
http://yotokuu.blogspot.com/2012/07/cara-buat-bumbu-pedas-sarawak.html
cantiknya, saya pernah buat macam tuh tapi tak jadi cantik.
perghh warna dia pon dah nampak macam sedap je
@Iza Teratak Usangwahhh lagi sedap tu..susah tak nk buat ni?
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini