Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Hari Khamis lepas, aku blogwalking ke blog Myra Jay (MJ). Adehh, MJ tayang dia punya Ais Krim Goreng. Aku ni dah la pantang nampak ais krim. Tak kira apa jenis ais krim, sedap atau tidak belakang kira. Tau makan je. Satu bekas pun boleh habis sorang-sorang.
Sudah lama sebenarnya teringin nak cuba buat Ais Krim Goreng tapi bila tengok resipi Ais Krim Goreng yang ada di internet, ai...renyah juga. Nak guna cornflake la, coklat cip la, aku ni malas sikit kalau renyah-renyah ni. Buat macam mana pun benda tu masuk dalam perut juga akhirnya.
Tapi MJ dah jumpa cara yang mudah untuk sediakan Ais Krim Goreng, segera aku suruh hubby dapatkan roti gardenia dan sebekas ais krim. Inilah rupa ais krim goreng tapi belum goreng lagi. Rupa macam Kuih Pau kan?
Menurut MJ, ais krim yang dibungkus ni kena simpan dalam peti ais dulu lebih kurang 2 hingga 3 jam. Jadi aku snap siap-siap rupa ais krim yang belum digoreng tu. Anak-anak sekalian, sabar ye. Esok ibu gorengkan.
Pada yang belum tahu cara nak buat ais krim ni, boleh la google sekarang atau ke blog MJ. hehe..Senang je.
Hanya sediakan roti, ais krim dan cawan yang paling besar di permukaannya atau sama besar dengan roti. Kalau guna cawan kecil, rasa sayang pulak lebihan-lebihan roti yang terbuang.
Letakkan sekeping roti atas pinggan leper, sendukkan ais krim menggunakan senduk separa bulat (tak bulat pun tak mengapa), letakkan sekeping roti lagi di atas ais krim dan tekapkan dengan cawan dan buang baki-baki roti di keliling luar cawan tu.
Sebuku roti tu dapat dalam 10 biji ais krim goreng. Rasa macam tak cukup pulak. Kalau order ais krim goreng di restoran, 1 set RM3. Dalam 1 set hanya ada 3 biji sahaja. Tak puas makan. Kalau nak buat business, sekali buat boleh la dapat RM10 ni. Ada ke orang nak beli?
28 comments
Wahhh siap dah buat ye.. :)
Nanti dah goreng tunjuk gambarnya ye.. :)
Jangan lupa minyak kena betul2 panas ye ;)
dulu2 semasa popular ice cream goreng ni mereka
guna kulit karipap. Kami sekluarga gemar guna roti..
lebih rangup dan sodap.. nak lebih sodap masa hias
tuangkan sos cekelat + strawberry..
nampak macam sedap... so, roti tu digoreng begitu sahaja jer... tak payah celup dlm tepung ranggup ke... mmm... biasanya ais cream goreng perlukan minyak panas kan kalau nak mengorengnya...
@Izni Hafiz Abdul Rashid
Ya, goreng macam tu je, jangan lama2 nanti hangus sebab minyak terlalu panas. Memang rangup tanpa perlu celup2 lagi..
@Nur Misnan
Kulit karipap nampak macam renyah sikit kan..
@Myra Jay
Rasanya tak sempat kot nak snap gambar, licin dulu..
Sedap ni :D Saya tau makan sahaja! Hehe..
macam ni rupanya buat aiskrim goreng
belum pernah makan lagi ni
aiskrim goreng ?
kalo kat rumah ni nak buat memang tak sempat jadi punya..belum kena goreng dah lesap masuk dalam perut..hehehe
Pernah dengar x pernoh rasa lagi...
nampak macam best aje :)
dari dulu saya dengar makanan ni tapi saya x pernah makan atau jumpa mana mana org jual
pernah rasa,, tapi makn satu bolehla..makan lebih dari tu..nak muntah puna ade..rasanya tak sesuai kombinasi aiskrim ngan tepung..
@Azydy
Mana ada guna tepung mentah, tepung pun dah jadi roti, pastu goreng pulak.
@Juan
Biasanya ada jual kat kedai makan tapi tak semua ada la.
@pipoq,
yup..
hehe..kalau ada anak2 ramai rasanya tak sesuai nak buat, memang tak cukup nanti...
Mak pun buat aiskrim grg dgn gunakan roti tu jugak..cuma, x smpat nk buat n3 je lg. Mudah kan bila buat dgn roti je..
dlm umah mak ni, angah la yg plg suka..
boleh cuba ni.. :)
hahaha... nice... out goreng ais krim jap
aiskrim goreng? mmg x sempat nk mkn la kalau wat sendiri..belum pape..aiskrim da abh dulu..eheheh
Buat sendiri lagi baik. Bukan susah pun. :-)
Salam,
tak ingat bila pernah makan aiskrim goreng.. tak pernah rasanya :D
nanti nak buat jugalah..
Pernah rasa dh eskrim goreng nih...sodap gakkk cuma rasa cm pelik jerr...hehehe
macam ni rupanya bentuk aiskrim goreng. selalu dengar tapi tak pernah merasa lagi
@Iza Teratak Usang
Heheee, memang kalau dah sedap tak sempat punya.. ;)
Senang dan mudah je nak buatnya kan :)
@Myra Jay
Ya, senang je tapi kesabaran kena tinggi..
nak tunggu masukkan dalam peti sejuk dulu sebelum boleh goreng..
Wow! menarik..nak suh bini saya buat lah..
Thank Iza.
@Adi Hanif Mohamed
Try la..mudah je. :)
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini