Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Masih ingat dengan Kisah 1 tentang betik? Ini merupakan Kisah ke 2 tentang betik tapi tiada kesinambungannya. Seperti kisah yang lepas, kisah ini juga tiada kaitan dengan sesiapa. Sekadar rekaan semata-mata.
Kisah 2.
Aku sekali lagi mengunjungi rumah jiran yang terletak di kampung sebelah bersama keluargaku. Sudah lama kami tidak menjengahnya.
Setelah duduk seketika, kami dihidangkan dengan air teh dan juga buah betik (betik lagi). Namun buah betik tersebut tidak dikupas dengan sempurna. Maksud aku, buah betik itu hanya dihiris memanjang tanpa membuang kulit luar dan juga biji. #$*&#@???
Setelah tuan rumah menghilang ke dapur, kami berpandangan seketika setelah melihat buah betik yang dihidangkan itu. Setelah bertanyakan khabar, berborak seketika dan meminum air yang dihidangkan, kami meminta diri untuk pulang.
Agaknya, apakah perasaan "Kami" apabila melihat buah betik yang dihidangkan tadi? Apakah andaian anda? Boleh tinggalkan di ruangan komen.
Sekadar selingan.
Resipi berasaskan betik. Resipi ni aku dapat setelah tengok mak mertuaku masak. Tapi aku modify sikit resipi ni. Kurang suka merebus, aku suka menumis. Sedap sangat. Aku namakan Resipi Sayur Manis. Ada juga yang panggil Resipi Sayur Air. Apa-apa pun boleh lah. Gambar resipi tak ada kerana dah lama aku tak makan sayur ni, sejak banjir melanda Perlis tahun lepas. Pokok betik ni sensitif dengan air. Sekali air bah, terus pokok betik tumbang.
Resipi Sayur Manis.
Bahan-bahannya:
Setengah biji betik muda (kupas, basuh dan hiris nipis)
Segenggam ikan bilis.
air.
sedikit belacan, secubit garam dan gula.
Bahan hiris:
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
1-2 tangkai cabai besar
Caranya:
1. Goreng ikan bilis hingga rangup. Tumis bahan yang dihiris.
2. Masukkan belacan dan air. Biar mendidih seketika.
3. Masukkan buah betik. Biar hingga buah betik sedikit lembut. Masukkan garam dan sedikit gula (gula tak letak pun tak mengapa).
p/s: Boleh juga dirampai dengan daun selasih.
10 comments
Macamana hendak makan kalau masih ada biji dan kulit. Sekurang-kurang dibuang biji supaya boleh makan buah betik tersebut.
aik? heran.. takkan hidang buah betik dengan kulit dan biji2nya sekali??? hmmm..? ? ??
salam;
mungkin dia nak ajak buat ulam tak,kalau betik hampir nak masak memang enak dibuat ulaman.
salam iza..saya tak blh drop komen.beberapa blogger yg templete mcm awak blog komen sen, dan beberapa lain saya tak blh drop komen. br nak taip terus hilang.uncle hamzah mmg tau blog dia adamasalah begitu.
pelik cara hidangan buah betik tu.tak buang kulit takpe tp bijinya?saya takkan mkn klu mcm tu.resepi tu menarik.nnt nk cuba
Macam tak nak bagi makan ye? huhu
Sayur betik memang sedap! Tumis boleh, masak air boleh. Dan kawan saya ajar makan dengan colek cuka. Betik muda la makan dengan cuka + sikit belacan + gula + garam..hehe
http://wanwidget.com/
saya betik ni kalau makan camtu jer xper, kalau dia buat masak ni rasa pelik skit, hehe
Fikirlah lebih positif. Bagi pihak tuan rumah mungkin dia nak suruh rasa betapa buah betiknya itu sgt sedap. So, mungkin selalu tetamunya tanyer mana dapat betik tu. Mungkin ada gak yg mintak biji utk benihnya. Mungkin dgn membuat demikian kesegaran betik dapat dinikmati semasa memakan betul2 selepas membuang bijinya (kalu x caya cuba)
Maknanya tuan rumah tahu apa yg terbaik utk hidangannya. Jadi tetamu tanyelah dgn perasaan ingin tahu, pasti ada jawapannya.
- http://rm20segera.com/?r=1001duit - perniagaan tanpa modal utk semua
Sy ada raca betik yg baru di buang bijinya terus dimakan memang ada perbezaanya....Menarik2.
ni rm20segera.com/?r=1001duit pun oklah.. Sy mesti pilih dapat buku, yang selama ni jual mahal. TQvm
Yer la rm20segera.com - perniagaan tanpa modal utk semua, tu memang betullah..
resipi ni simple.. sesuai dengan selera saya..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini