Karamel Sagu.

on Jumaat, Mac 02, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Mood rajin kembali lagi. Kali ini aku cuba resipi baru iaitu Karamel Sagu. Sebelum ini aku pernah buat intan mentabur (entah dari mana muncul nama ni) atau kuih sagu atau sagu delima (nama lain, kuih yang sama) tapi anakku tak suka makan sebab ada kelapa. Tercari-cari resipi yang simple, mudah dan senang menggunakan sagu memandangkan ada sagu dalam simpanan.

Mungkin cara penyediaan begini lebih disukai kanak-kanak. Dengan bekas yang comel dan warnanya, pasti memikat hati. Harap-harap begitu lah. Rasanya pun tak terlalu manis.

 pandangan sisi

pandangan atas.

Kalau ada yang nak cuba, aku kongsikan resipinya di sini.

Bahan-bahannya:
15 sudu besar sagu kecil (boleh dapat 10-12 bekas seperti di atas)
3 sudu besar gula
air secukupnya
Pewarna (merah/ hijau)
Susu cair/ santan (masak seketika)

Bahan Karamel:
3 sudu besar gula  
sedikit air 

Caranya:
1. Panaskan gula dan masukkan sedikit air apabila gula tadi nampak keperangan. Biarkan sejuk dan tuangkan dalam bekas yang disediakan. Ketepikan seketika.

2. Masak sagu bersama air dan gula hingga sagu kembang.
3. Masukkan sedikit sagu putih ke dalam bekas tadi. Bakinya, letakkan pewarna yang disukai. (boleh pelbagaikan warna sesuka hati).
4.  Masukkan sagu yang bewarna tadi ke dalam bekas yang sama (di atas sagu putih)
5. Tuangkan susu cair dan sejukkan.

*kalau nak manis, boleh tambah gula lagi.




Ranking: 5

9 comments

2 Mac 2012 pada 12:33 PTG

sedap! suka makan apa2 dari sagu. mcm sagu gula melaka, abok2 sagu, bubur sagu oh sagu ermm kecur dibuatnya :)

2 Mac 2012 pada 12:42 PTG

Sedap lah pulak bila menengoknya ☺☺

2 Mac 2012 pada 8:49 PTG

lapar le pula tengok sagu ni

2 Mac 2012 pada 11:32 PTG

reka sendiri ker?

3 Mac 2012 pada 12:51 PG

kak pernah try buat sago gula melaka? sagu+santan+gula melaka.. layan jugak rasenye... kalau tak suka santan... bleh guna susu segar... sedappppp.... serve chilled... lagi best...

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/wajah-2012.html

harap sudi2 lah menjenguk kembali... komen la seadanya... mengharap sokongan rakan2 lain..

zul a.k.a sam banjamin
(founder of gerila penulisan kreatif)

3 Mac 2012 pada 3:43 PTG

Budak-budak suka dan orang tua pun tumpang sekaki. :-)

3 Mac 2012 pada 11:12 PTG

Wah sedap ni buat pencuci mulut ... ia manis kanak-kanak mesti suka punya (elah c benjy pun sama juga)

4 Mac 2012 pada 8:05 PTG

Salam,
ni kalau makan time duduk-duduk depan rumah waktu petang.. mesti terangkat ni

5 Mac 2012 pada 11:09 PTG

Salam..
ermm..yum..yumm
nampak sedap :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved