Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Jika saudara Ozzy boleh buat Tom Yam Ozzy, aku pun ada cipta resipi sendiri juga atau lebih dikenali sebagai resipi campak-campak (ikut stail Chef Wan). Sebab tu aku tak tau nak letak nama pada resipi ni.
Aku up date dulu resipinya di sini. Jangan ditanya tentang rasanya kerana aku sendiri belum rasa lagi (ketika entry ini ditaip) resipi burung ayam-ayam campak-campak. Aku kurang sikit makan burung ni sebab rasa kasihan yang teramat mendalam (cewahh..) pada makhluk Allah yang satu ini. Sebab tu juga aku tak rasa lagi enak atau tidak.
Bahan-bahannya:
2 ekor burung ayam-ayam (kerat 4) - gaulkan dengan garam dan kunyit.
1 ulas bawang besar (hiris)
1-2 biji cili merah (hiris) - aku gantikan dengan cili benggala sebab cili merah tak ada.
4-5 tangkai cili padi (cabai Melaka dibelah 2) - nak lagi pedas, boleh tambah lagi.
2 ulas bawang putih (tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
2 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
1 inci halia (tumbuk)
air dan minyak.
Garam secukup rasa.
Caranya:
1. Panaskan minyak, goreng burung ayam-ayam sederhana garing dan ketepikan.
2. Tumis bahan yang ditumbuk hingga bau aromanya.
3. Masukkan sedikit air. Biar mendidih seketika dan masukkan burung ayam-ayam. Biarkan burung menjadi sedikit lembut.
4. Masukkan bahan hirisan serta garam. Gaul rata hingga semuanya sebati.
5. Boleh hidangkan.
Tak tau mana nak cari burung ayam-ayam? Tak kenal burung ayam-ayam? Mai tengok kat Teratak Senja. Kalau tak jumpa juga burung ayam-ayam, boleh belajar cara nak menjerat burung karuak wak-wak) dari Bro Benjy.
Selamat mencuba.
Resipi Lain:
21 comments
Tentu sedap ni! :D
nampak sedap. tapi apa tu burung ayam2?
Sejenis burung la.
Cuba ke Teratak Senja atau google je,
mesti jumpa.
Wallahua'lam...
Saya cuba bayangkan bagaimana rupa burung Ayam-ayam ini.
Assalam iza..
amboi..macam tak puas hati je ni hehehe...
Burung wak-wak ni mmg dah berpuluh tahun tak jumpa..makan masa kecik-kecik dulu je masa kat kg..mmg sedap lebih kurang mcm puyuh rasanya
ni lagi resepi campak-campak ozzy hehe...
-->http://ozzy2u.blogspot.com/2011/04/bila-ozzy-ke-dapur.html
Mana nak dapat burung ayam-ayam sekarang ni?
Kalau tangkap sendiri adalah....
saya sedang berimaginasi bentul fizikal burung ayam-ayam nie huhuhhhh
Laa, tak pernah tengok jugak ka?
W'salam..
he..he..tak ada la..
Sekarang ni memang payah nak jumpa burung ni, kat hutan je la. Itupun kakau masih ada.
Nanti saya terjah resipi tu..
Rasanya macam pernah baca dah..
A'a..
hanya ada di kampung (<---sambil gigit jari)
Tak pernah tengok jugak ke?
sejenis burung, bulu macam ayam,
lebih suka berjalan di dalam hutan,
kecik sikit dari ayam...cer google.
Wah, sedap ni
Goreng biasa je pun sedap
lama tak makan puyuh
Kalau tak salah burung ayam2 dan wak2 tak sama kan?selalu kawan dari kuala selangor bagi bila tiba musim tuai padi.
Memang tak sama. Bulu ayam-ayam warna coklat,kaki pendek,wak-wak hitam putih,kaki panjang sikit. Ada rezeki la tu dapat merasa.
Puyuh senang dapat kalau kat sini. Kat restoran berdekatan ada jual masakan puyuh.
Betul..
salam..
ermm..tak pernah pula
makan burung ayam-ayam
ni..burung wak-wak erk?
W'salam..
Bukan nurung wak-wak,
ini burung ayam-ayam..
Saye blh tangkap wak wak dan kumpul banyak banyak pastu pesta.tapi wak wak ni kebanyakannye kurus
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini