Biskut Mazola

on Isnin, Ogos 06, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Selepas siap Biskut Samperit Rangup, projek kuih raya diteruskan lagi. Kali ini terdapat 2 versi biskut mazola. 

Biskut Mazola versi rajin:

Sebabnya, rajin sungguh aku guling-gulingkan dan gelintil-gelintilkan bulat-bulat kecil. Waktu tengahari mulakan projek, lepas berbuka puasa sambung semula untuk habiskan adunan berbaki. Memang penat, letih semua ada. Rasa sayang pulak nak bawak balik kampung.

Masih dalam oven.

Biskut Mazola versi malas:

Sebabnya, aku hanya gelek-gelek dan tekapkan dengan acuan berbentuk love. Bermula projek selepas Zohor dan berakhir ketika waktu Asar. Cepat kan. Jadi, inilah hasilnya.

Biskut Mazola yang sudah siap dibakar.

Biskut Mazola ni sedap kerana ada kacang. Buat macam mana pun mesti sedap. Kalau yang ada jerawat, jangan makan banyak-banyak ye. 

Acuan kuih sudah tak ada lagi. Ada jual acuan kuih online tak? Aku susah sikit nak keluar cari acuan kuih apabila hubby kena standby. Susah sungguh nak ajak ke mana-mana kalau keadaan jalan yang sesak ketika bulan Ramadhan ni. Nasib baik persiapan baju raya sudah dibuat awal-awal Ramadhan lepas.

Ada juga terfikir nak buat biskut yang tak perlu menggunakan acuan iaitu biskut makmur. Biskut tradisional ni tapi malas pulak nak buat, mesti lambat siap nanti.

Bagaimana pula dengan rakan-rakan yang lain? Dah buat biskut apa untuk hidangan hari raya nanti? Ke buat biskut tunjuk je?
Ranking: 5

13 comments

6 Ogos 2012 pada 2:03 PTG

comeinye...rajinye buat biskut raya

6 Ogos 2012 pada 2:23 PTG

Pandai buat kuih raya sendiri, dapat jimatkan belanja menyambut raya! :D

6 Ogos 2012 pada 3:03 PTG

ni semua biskut nostalgia punya stok..jarang nak jumpa sekarang ni..

kitorang tak buat, pakai tunjuk2 bayar je..hehehe

6 Ogos 2012 pada 3:21 PTG

salam;
alahai rasa2nya beli jerlah jawabnya tahun ni..

6 Ogos 2012 pada 7:26 PTG

wahh..bak sikittt..

6 Ogos 2012 pada 9:01 PTG

ade jugak versi rajin ngn malas ya..hehe

6 Ogos 2012 pada 10:44 PTG

Antara kuih Raya kegemaran suka rasa masin-masin. :-)

7 Ogos 2012 pada 12:49 PG

salam..
nampak cam sedap tu..
tapi saya kurang sikit
makan biskut nih :)

7 Ogos 2012 pada 4:59 PG

biskut mazola adalah wajib dibuat setiap tahun oleh Mak.
peminat setia woooo.. hik3..

7 Ogos 2012 pada 12:43 PTG

Aduhhh sedapnya...
Salah 1 kuih peberet Myra tu :D

7 Ogos 2012 pada 11:20 PTG

biskut raya yg famous dr dulu sampai sekarang.

9 Ogos 2012 pada 2:12 PG

Biskut raya aneka rasa,
Begitu juga pelbagai bentuk dan rupa,
Biskut ni macam biskut peanut butter juga,
Rasanya enak dan rangup bila dimakan begitu saja.

9 Ogos 2012 pada 3:31 PTG

sedap..saya pun buat jgk biskut nih. tapi saya tak suka bentuk biskut versi rajin tuh sebab rasanya tuh lagi banyak keje, nak gelek dan tekap. bulat2 je senang.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved