Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Nak buat Pavlova, oven masih belum ada. Nak beli oven baru, harganya memang mahal. Baru ni aku survey jenama Pansonik 19L dalam RM2++. Terbantut lagi semangatku. Nak baiki, kena order barang yang rosak dulu. Jadilah aku ni penunggu setia. Kalau boleh baiki oven tu, aku lah orang yang paling gembira sebab kalau beli baru, mungkin akan kecil dari tu.
Ini dia percubaan pertama membuat Tiramisu Strawberry.
Tiramisu.
Tiramisu adalah kek paling mudah untuk disediakan. Tak perlu bakar, tak perlu kukus. Jadi boleh la aku cuba. Ada pelbagai cara dan bahan untuk sediakan Tiramisu namun yang utama pastinya ada Cream Cheese, Whipping Cream dan gula.
Bahan-bahan Kek Tiramisu.
250gm Whipping cream
250gm Cream Cheese
150gm gula halus
Biskut Marry
1 sudu serbuk nescafe
1 cawan air suam
1 cawan air suam
Hiasan: Filling, serbuk koko, ceri dan sebagainya.
Cara Penyediaan Tiramisu.
1. Putarkan gula halus, whipping cream dan cream cheese hingga kembang.
2. Celupkan biskut marry ke dalam bancuhan nescafe (dan air suam) dan susun biskut marry ke dalam loyang. Boleh guna gunakan kek chiffon pelbagai perisa.
3. Ratakan 1/3 cream yang telah diputar tadi ke atas susunan biskut marry. Aku juga letakkan sedikit lapisan serbuk koko.
4. Ulang langkah ke 2 di atas. Aku letakkan juga filling strawberry di atas lapisan biskut sebelum sapukan cream.
5. Ulang lagi langkah ke 2 di atas untuk kali terakhir.
6. Lapiskan juga dengan serbuk koko dan hias sesuka hati. Masukkan dalam peti sejuk antara 3 hingga 6 jam.
Rupa kek Tiramisu dah siap dihias simple. No idea. Ceri untuk kuih samprit, guna dulu untuk kek sebab oven belum ada nak bakar kuih. Kek ni siap jam 2 pagi, otak pun dah blur dengan mengantuknya, terlupa pulak nak hias dengan coklat rise yang aku beli khas untuk hias kek ni.
Gula boleh kurangkan sikit sebab dah guna filling. Anak aku suka makan krim atas tu sahaja. Setengah dari kek ni telah habis aku bekalkan pada hubby and the geng ketika pergi memancing di Pantai Timur.
30 comments
Wahaha.. Nampak menyelerakan la kek tu. :D Cuma tak boleh kena selalu la..
Seronok dapat buat kek sendirikan.. cukup puas hati.. hik3
Look superb sis...
agaknya kalo letak pulak aiskrim kat atas dia tu lagi superb kot..hehehe
susah juga nak buat, bila makan sekejap je habis...heee
Resepi yg simple&sedap..thks for sharing resepi.
aik senang nya..leh try nnt.. :)
Salam,
Semua jenis kek memang sedap.. tapi nak buat sendiri memang satu hal juga.. tapi ada resepi macam ni rasa teringin juga nak buat di rumah
Tak sangka Kak Iza pandai juga,
Mana jumpa resepi kek tiramisu,
Ada resepi boleh tukar cara,
Masa yang ada bukanya selalu.
salam;
yang penting rajin buat maka menjadilah ia!!.
Wah sedapnya bila hendak ajak ke rumah.
wah sedap. ada resepi tu patut cuba :)
nampak sedap.. kena minta wife buatkan juga ni.. resipi dah ada..
misti sedap ni..ada pek percubaan x?
Salam Alaiyka.
Whoaho!! Itu Kek Tiramisu memang sungguh menggoncang perasaan. Selama ni main dok beli je. Mungkin la ni dah ada cara, boleh la cuba buat. Tapi bab putar memutar tu agak malas sikit. Hehe.
Selamat Menyambut Ramadhan : )
Sedapnya... 1st time tengok Tiramisu Strawberry, selalu yang biasa je..
Kak, Myra ambik resepi ye ;)
@Myra Jay
Okey, ambik la..
@Noorizal Ramly
Sama la, selalunya beli kat secret recipe je, mahal pulak tu. Kali ni dah tau cara, boleh la buat selalu kalau rasa nak makan kek tiramisu.
@Nazri
Ada je pek percubaan. Ada blogger jual. Lagi senang, masukkan air panas je, kalau2 dan masukkan dalam peti ais. Kesedapannya Wallahu'alam sebab belum pernah cuba.
@Mus
Yup, cuba la..
@akubiomed
hehe...
Hari raya nanti jemput la datang ke rumah (mertuaku)di Perlis.
@yusuflaili(Goku)
W'salam..
Betul 3x.
@Encik Anif
Ya. Kalau ada penyakit, kena berhati-hati la. Kalau tengah jaga badan pun, jangan makan banyak2.
@Nur Misnan
Ya la,
rasa puas sangat, lagi2 kalau ada yang suka makan kek yang kita buat.
@pipoq
Hmmm...
boleh juga,
Ais krim pun sedap.
@Denaihati
Inilah kek paling senang di dunia. Tak perlu nak letak atas api.
@Alina
sama2.
@jebengotai
Ya, paling senang.
cuba la
@Kulanzsalleh
W'salam
Senang je ni. Kek paling mudah di dunia. Ada orang kata, ini kek orang pemalas sebab tak payah masak.
@sensasi2020.blogspot.com
Google je, macam2 cara ada.
caranya pun mudah
rajin dengan malas je...
alamak tgk gambar je pun dah lapar perut :)
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini