Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Oleh kerana ramai yang tidak mengenali atau tak pernah makan kuih Qhasidah, dan ada yang bertanyakan resipinya, maka aku berikan resipi (Ibu Mertuaku) untuk membuat kuih tersebut. Mungkin kuih ini merupakan tinggalan nenek moyang kita terutamanya bagi orang utara kerana di tempat lain sukar untuk menjumpai kuih Qhasidah ini. Kata orang, ini merupakan kuih tradisional.
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum.
1 cawan gula
4 cawan air
sedikit garam.
5 ulas bawang merah India - lebih rangup (dihiris, digereng dan *diketepikan seketika)
*Masukkan sedikit minyak supaya nampak berkilat.
Caranya:
1. Kisar semua bahan (tepung, gula, air dan garam) hingga sebati.
2. Masukkan sebatian dalm periuk dan kacau hingga sebatian menjadi pekat, likat dan sedikit keras.
3. Tuangkan sebatian tersebut di dalam loyang dan biarkan sejuk.
4. Taburkan bawang goreng di atas sebatian tadi hingga rata.
5. Boleh dipotong dan dihidangkan untuk juadah berbuka.
Selamat mencuba.

13 comments
tak pernah makan lagi. dia macam agar-agar ek kak.
@eiela
Agar-agar lembut tapi yang ni keras sikit.
Salam;
tak pernah jumpa klu adapun tak sama rasa..mungkin!!
biasa dengar tp x pasti yg mana satu :)
tak pernah mkn lah iza..mesti sedap kan..ada bawang goreng..nyum2.
SALAM..
ermm..nasib baik dah buka posa
tidak telan ayaq lioq mai sini
tadi..he he
Salam,
Resepi baru lagi ni.. tak pernah dengar pun kuih Qhasidah tu.. mungkin lepas ni boleh suruh isteri try buat :)
terimakasih resepi Iza....makcik hang org Selangor,mana dia tau buat..banyak kali dia dok buat tak jadi....rupanya ada bahan tertinggal. Minyak tak bubuh, patut la tak berkilat.
Simple jer resipinya yer ☺☺
selalu bt kue ni..skrg ni dok kt U pon bt jgk..bg kwn2 mkn..diorg rmai yg xtaw kue qasidah ni..mmg sedap..
Nampak best...tp xpernah mkn la..
@Mrs Kaizen
try la buat...
kt utaqa byk ni..sedapppp
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini