Biskut Samprit Rangup.

on Sabtu, Ogos 04, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Hampir 2 minggu aku menyepikan diri dari dunia maya, akhirnya muncul juga. Ada yang rindu tak? hehe... Tak ada yang perasan pun kan samada aku ada atau tiada. Lepas saja up date pada 23 Julai lalu, adapter Wifi rosak. Sebab tu la aku bagaikan terputus hubungan dengan dunia luar. Dalam tempoh tersebut, sengaja aku menyibukkan diri dengan membuat biskut raya (termasuk shopping baju raya dan projek kait-mengait) Maklum la, sudah ada oven baru yang menambah kesemakan ruang dalam rumahku.





Masa remaja dulu, rajin tolong mama buat biskut raya. Lepas kahwin, 1st time buat biskut samprit a.k.a biskut dahlia. Menjadi juga akhirnya walaupun dah lama aku tinggalkan bab-bab menguli tepung.

Biskut samprit aku ni lain sikit dari biskut orang lain. Biskut ni akan terasa rangup bila digigit dan cair di mulut serta tidak akan mengembang bunganya bila dibakar. Kalau biskut orang lain akan terasa gebunya bila dipegang atau dikunyah dan akan mengembang bila di bakar. Itulah bezanya biskut samprit aku dengan biskut orang. 

Apabila biskut menjadi, hati mula terdetik untuk buat business biskut raya. Tak ada fikir lain dah. Hmmm..lepas ni boleh kot cari rezeki dengan jual biskut raya sebagai rezeki bermusim. Angan-angan je dulu...

Sekali buat guna 4 cawan tepung dan sudah dua kali aku buat biskut samprit ni. Hasilnya, dapat la 2 tin besar (tin nestum 500g) dan 2 tin kecil biskut. Harap-harap cukup la untuk mama, kakak dan mak mertuaku.

Resipinya mudah sahaja.
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung ubi
1 setengah cawan gula icing
2 biji kuning telur,
esen vanila
buttercup

Mencabar juga sebenarnya buat biskut raya ni apabila ada anak kecil. Aku sibuk nak menguli tepung, si kecil sibuk nak punggah (sepah-sepahkan periuk belanga, pinggan mangkuk dan segala apa yang ada dalam almari lauk.

Ranking: 5

16 comments

4 Ogos 2012 pada 7:36 PG

huhuhu.. kuih favourite nih..

4 Ogos 2012 pada 9:22 PG

Teringat acuan semperit nya...nostalgia betul kuih ni..

4 Ogos 2012 pada 9:58 PG

salam;

Betul tu buat kuih atau biskut musim raya memang banyak dugaannya lebih2 lagi ada anak kecil.

4 Ogos 2012 pada 3:34 PTG

alama.. sedapnya samprit.. suka sgt
ramuan pun simple jer..

4 Ogos 2012 pada 4:08 PTG

Ha3..perasan juga Iza tak update blog lama bebenau. Ingatkan bercuti dari dunia blogging sempena bulan puasa. rupanya ada problem lain. biasalah tu dugaan di bulan ramadan ni banyak hikmah yang tersembunyi. terima jer dengan ikhlas. hantar kuih tu kat saya sikit boleh? nampak sedap pula. nak buat terasa malas..he3

4 Ogos 2012 pada 4:55 PTG

hahahaha...memang mencabar nak berurusan kat dapur bila ada anak kecik ni..tapi setakat ni sy ngan isteri tak pernah halang kalau anak nak tolong kacau kat dapur tu..

5 Ogos 2012 pada 1:32 PG

Biskut bila rangup pasti sedap,
Ditambah lagi beraneka rasa,
Ada masa boleh buat secara tetap,
Menambah rezeki sempena bulan puasa.

Tanpa Nama
5 Ogos 2012 pada 10:50 PG

Semperit adalah sempoi. Punyai rasa + haruman tersendiri. Wajib utk saya merasakan jika umah sesapa yg saya timpa tu ada kuih ni. Nak cari yg sempoi tu....

5 Ogos 2012 pada 3:14 PTG

perghhhh....sedapnya tengok....pandai buat kek ekkk...untung cik abang...

5 Ogos 2012 pada 5:07 PTG

leh jimat byk dri kuih tunjuk2 ni..hehe

5 Ogos 2012 pada 5:51 PTG

saya mesti pilih hikss.. ingat nak buat semperit , tp mood tk mai pulak haaa

6 Ogos 2012 pada 2:09 PG

Antara kuih kegemaran yas nih....suka dgn kehalusannya bila masuk dlm mulut...hehehe

6 Ogos 2012 pada 4:43 PTG

yang ini terus guna buttertak pakai marjerin hehe

7 Ogos 2012 pada 12:41 PG

Ibu saya suka buat kuih ini. :-)

7 Ogos 2012 pada 8:21 PTG

lama sudah x bua kuih raye..hmmm btw biskut nmok sedap..hehehe

9 Ogos 2012 pada 3:25 PTG

dah lama tak buat semprit, dulu buat tapi tak jadi.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved