Tangga 20 Jun 2012, pageviews 200,089
Home > Posts filed under SEO
Pageviews 200,000
Posted by Iza on Rabu, Jun 20, 2012 at Rabu, Jun 20, 2012
SEO Lelaki Kacak.
Posted by Iza on Khamis, Mei 03, 2012 at Khamis, Mei 03, 2012
Senarai 7 Lelaki Kacak Malaysia yang berada di carta pertama Google.
Google Sitelink
Posted by Iza on Selasa, April 17, 2012 at Selasa, April 17, 2012
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Kelu lidahku untuk berkata. Tak terucap. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Rasa nak lompat-lompat atas katil pun ada (ketika ini aku sedang menaip di atas katil) tapi risau pulak kedua-dua puteriku terjaga dari tidur. Cukup la sekadar aku katakan bahawa hatiku sedang berbunga-bunga kini.
Sebelum hati aku berbunga-bunga tadi, aku sedang berusaha untuk edit apa-apa yang patut dalam blog ni melalui tutorial yang aku baca terutamanya tentang Template Mesra SEO, persediaan memulakan Google Snippet, SERP dan sebagainya. Nak main SEO la konon-kononnya sementara hubby tak ada kat rumah, anak-anak pun tidur. Inilah masa yang sesuai nak edit blog.
Selepas aku siap edit di Google +, aku try taip teratak usang di carian google Chrome. Tiba-tiba keluar la seperti imej di bawah.
Google Rahsiakan Cara Untuk Dapat Sitelinks
Daripada hasil kajian yang telah dibuat oleh beberapa orang blogger, pakar SEO, webmaster dan sebagainya, mereka menyatakan bahawa Google memberi Sitelinks secara automatik kepada mana-mana blog atau laman web berpandukan faktor-faktor berikut:
- Blog berada di tangga pertama untuk keyword yang menghasilkan Sitelinks
- Struktur navigasi laman web yang teratur dan kemas
- Jumlah klik pada link yang ada di enjin carian
- Kadar trafik yang datang dari search engine (enjin carian)
- Backlink (outbound / inbound / internal / external) yang berguna
- Usia laman web atau blog yang matang (1 tahun, 2 tahun atau lebih)
Tips Untuk Dapatkan Google Sitelinks
Walaupun Google merahsiakan cara bagaimana nak dapatkan Google Sitelinks, tetapi masih ada tips-tips yang boleh kita praktikkan dan berkemungkinan akan memberi peluang blog kita untuk dapat Google Sitelinks. Di bawah ni ada beberapa tips hasil perkongsian daripada beberapa buah blog. Antara tips tersebut:
- Nama domain atau nama blog yang unik - Jika kita gunakan nama domain atau nama blog yang terlalu umum, mungkin akan ada site lain menggunakan nama yang sama dan Click Through Rates (CTR) di carian Google jadi tak berapa bagus. Ini kerana pengguna Google (pelawat) mempunyai lebih banyak pilihan dan blog kita akan ketinggalan sekiranya ada blog lain dengan nama yang sama berada di ranking yang lebih tinggi dalam Search Engine Results Pages (SERPs).
- Menu navigasi yang kemas dan minimum - Elakkan letak menu yang terlalu banyak di laman blog. Sekiranya perlu, gunakan fungsi Multi Level Menu atau Drop Down Menu yang hanya akan memaparkan menu-menu selebihnya bila pelawat meletakkan cursor di atas mana-mana menu yang ada. Ini dikatakan bagi memudahkan ‘spider’ enjin carian dan pelawat menjelajah dalam blog kita.
- Content yang unik dan original (bukan copy-paste) - Kenapa kita dilarang copy-paste entri blog lain? Kerja-kerja copy-paste bukan saja boleh mendatangkan kemarahan tuan blog tersebut, malah akan memberi kesan yang tak berapa molek kepada nilai blog kita di SERP – hasil carian Google. Kalau kita tulis entri yang unik dan original, Google akan kesan blog kita sebagai blog yang bermutu dan memberi manfaat kepada pelawat.
- Sediakan info selengkapnya untuk pembaca / pelawat. Sekiranya info tentang sesuatu topik yang kita ceritakan tu ada di blog lain, berikan backlink ke blog tersebut. Backlink ke blog lain akan meningkatkan reputasi blog kita dan akan memudahkan pelawat untuk mencari info. Google sendiri menyatakan bahawa blog yang memberi backlink ke blog lain adalah blog yang berguna bagi pelawat. Boleh juga linkkan entri blog kita dengan entri-entri lain yang pernah kita tulis sebelum ni (internal link).
- Bina ‘sitemap’ dan submit ke Google Search Engine - Sitemap berfungsi untuk memberitahu Google setiap kali kita update blog. Kemaskini entri terbaru akan segera dihantar ke Google dan ‘spider’ akan mula bekerja mengumpul data bagi entri tersebut.
- Guna keyword yang akan dicari oleh pengguna internet - Penggunaan keyword yang betul dan berkesan akan menerima carian dan klik yang banyak daripada pengguna enjin carian. Sitelinks adalah berdasarkan jumlah carian dan bilangan klik dari enjin carian yang point ke laman blog kita. Jumlah carian dan klik yang tidak mencukupi syarat yang ditetapkan oleh Google tidak akan disenaraikan sebagai Sitelinks. Oleh itu, sekiranya ranking keyword yang digunakan di blog kita berada di posisi tertinggi, peluang untuk mendapat Google Sitelinks akan lebih cerah.
Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog.
Info di atas ni untuk panduan diri sendiri juga. Sebelum ni tak pernah nak ambik tau pun macam mana cara nak dapatkan Sitelink sebab dirasakan mustahil nak dapat semua tu dengan mudah. Banyak blog yang menceritakan tentang Sitelink ni. Boleh cari sendiri. Mata dah berpinau-pinau.
20 Top Site Malaysia Paling Kacak Di Alexa.
Posted by Iza on Selasa, Mac 27, 2012 at Selasa, Mac 27, 2012
- Google.com.my
- Google.com
- YouTube
- Blogspot.com
- Yahoo!
- Wikipedia
- Blogger.com
- Mudah.my
- Maybank2u.com
- Windows Live
- WordPress.com
- Malaysiakini.com
- MediaFire
- Lowyat.NET
- Cari Malaysia
- googleusercontent.com
- The Star Online
- adf.ly
Segmen Alexa: Review Blog
Posted by Iza on Isnin, Mac 26, 2012 at Isnin, Mac 26, 2012
Anda inginkan ranking alexa blog anda tinggi? Lagi kurang angka yang tercatat di alexa, lagi baik untuk sesebuah blog. Aku ingin menjemput semua blogger yang berminat untuk sertai segment ini dan bersama-sama review blog di alexa. Banyak sebenarnya kebaikan alexa ni. Antaranya:
Top 23 Blog Malaysia Paling Popular.
Posted by Iza on Khamis, Mac 08, 2012 at Khamis, Mac 08, 2012
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Hari ini aku sengaja mencuba tips dari blogger popular, bro Denaihati.com. Mulanya aku ada juga cuba semak page rank satu per satu blog di bawah ini. Sampai kat nombor berapa tah, jari aku dah lenguh menaip verify code setiap kali nak check page rank sesuatu blog. Jadi aku copy terus dari blog denaihati tentang Senarai Top 23 Blog Malaysia Paling Popular mengikut kategori:
- Paultan.org (Blog Automotif/PR4)
- Shahabudeenjalil.com (Blog Bisnis/PR3)
- Honeykoyuki.blogspot.com (Blog Selebriti/PR3)
- Kucing.my (Blog CSR/PR1)
- iluvislam.com (Blog Pendidikan/PR4)
- ohbulan.com (Blog Hiburan/PR4)
- Koleksi1001resepi.com (Blog F&B/PR2)
- All-aboutiphone.blogspot.com (Blog Gadget/PR0)
- Rotikaya.com (Blog Gossip/PR3)
- Ninieahmad.com (Blog Kesihatan/PR3)
- Founder.limkokwing.net (Blog Inovasi/PR5)
- Eqbalzack.com (Blog Lifestyle/PR3)
- Yunainspired.com (Blog Musik/PR3)
- Danielzaidi.com (Blog photography/PR2)
- Chedet.cc (Blog Politik/PR5)
- Kznabihah.com (Blog Shopping/PR2)
- World-superbikes.blogspot.com (Blog Sukan/PR1)
- Placesandfoods.com (Blog Travel/PR3)
- Inianwarhadi.com (Blog Video/PR2)
- Fukkenlol.blogspot.com (Blog Jenaka/PR1)
- Hazrey.com (Blog Vocal/PR2)
- Bicaramakdara.com (Blog Terburuk/PR2)
- Ariffshah.com (Upcomimg Blogger/PR4)
Semua senarai ini adalah blog popular yang dipilih oleh rakyat Malaysia sempena World Bloggers And Social Media Awards 2012 baru-baru ini. Antara senarai blog popular di atas, ada beberapa blog yang belum pernah aku jejak pun. InsyaAllah, lepas ni boleh la menjejak blog-blog yang tak pernah sampai lagi ni.
Tahniah pada semua blogger di atas termasuk bro Denaihati.com kerana terpilih sebagai blog dan blogger Malaysia paling popular.
Check Page Rank, Jom.
Posted by Iza on Khamis, Februari 09, 2012 at Khamis, Februari 09, 2012
Pertandingan Pengalaman Kena Denda Di Sekolah.
Posted by Iza on Khamis, Januari 26, 2012 at Khamis, Januari 26, 2012
Prestasi Disember 2011
Posted by Iza on Jumaat, Januari 06, 2012 at Jumaat, Januari 06, 2012
Prestasi November 2011.
Posted by Iza on Isnin, Disember 05, 2011 at Isnin, Disember 05, 2011
Page Rank Oleh Google
Posted by Iza on Rabu, November 09, 2011 at Rabu, November 09, 2011
Rawat Blog Dengan SEO Doktor.
Posted by Iza on Ahad, Mac 06, 2011 at Ahad, Mac 06, 2011
Salam 1 Dunia.
Hari ini sengaja nak paparkan sedikit review tentang blog sendiri. Sebelum ni tak ada sesiapa pun yang sudi review Teratak Usang. Nampak tak angka yang menunjukkan 99%. Syukur Alhamdulillah walaupun tak dapat 100%. Cukup bangga. Bukan senang nak dapat tengok bendera hijau. Selalunya, SEO Doktor tu akan menunjukkan bendera merah atau kuning dengan peratus di bawah 70%. Itu merupakan SEO score yang dapat dilihat apabila kita install SEO Doctor, Add ons tool untuk Firefox.Seperti manusia, blog juga memerlukan Doktor untuk dapatkan rawatan cuma berlainan bentuk iaitu yang berkaitan SEO. Terasa blog seperti tidak sempurna jika ada bendera merah dan peratusan terlalu rendah.
Page Rank Flow yang berwarna kuning memang sukar untuk dielakkan kerana terdapat banyak link (pautan) keluar dalam page pertama. Semakin banyak link yang keluar maka semakin kurang peratusannya. Kadang kala loading time juga tidak lulus jika terdapat terlalu banyak imej yang dipaparkan di page pertama, imej terlalu besar atau imej iklan yang terlalu banyak.
Masalah number of link sudah selesai apabila bloglist di sidebar telah diubah ke tempat bersesuaian, shoutmix disorokkan, dan mengurangkan sebanyak mungkin link yang tidak penting. Ketika ini, menurut SEO Doktor, page pertama mengandungi 86 links walaupun tidak kelihatan di mata kasar. Web Analytics boleh diselesaikan dengan mendaftar dan meletakkan kod yang diberikan dalam html.
Teori aku sendiri (kalau tersilap, tolong betulkan), kalau Inbound link tu bewarna merah, kemungkinan terlalu banyak outbound yang ada pada entry di page pertama. Lazimnya blog "do follow" akan ada masalah Inbound link ini.
Terima kasih pada Kak Jie yang menerangkan tentang wujudnya SEO Doktor dan Kaze yang menolong menyelesaikan beberapa masalah bendera merah yang wujud sebelum ini. Sungguhpun ianya tidak diambil berat oleh blogger lain (hanya segelintir sahaja), aku cukup memandang serius akan hal ini kerana SEO dapat membantu dalam meningkatkan trafik blog, meningkatkan Page Rank blog dan memudahkan pencarian maklumat. Tak ramai pun yang menggunakan SEO Doktor ni.
Beberapa bulan kebelakangan ini, aku hanya jumpa dua tiga buah buah blog yang mencapai 100% hijau iaitu blog Zulkbo, Kepala Bergetar dan Eizil. Tahniah kepada blogger-blogger ini kerana berjaya mengekalkan 100% SEO Doktor. Blog lain mungkin ada lagi tapi setakat ini, itu sahaja yang aku jumpa. Bilakah agaknya Teratak Usang nak boleh dapat 100% hijau?
Prestasi November 2010
Posted by Iza on Rabu, Disember 01, 2010 at Rabu, Disember 01, 2010
Kita sudah berada di bulan terakhir dan penghujung tahun 2010. Ketika blog lain sedang maju ke hadapan berlangkah-langkah, Teratak Usang hanya dapat melangkah setapak. Teratak usang baru mula naik semula setelah aku tinggalkan selama hampir sebulan. Walaupun hanya naik sedikit, aku bersyukur kerana aku masih dapat up date blog.
Petang tadi, aku cuba taip "teratak" di Google seperti gambar di bawah:
Dulu aku pernah taip perkataan "teratak" dan terus muncul "teratak santai", "teratak maklang" dan macam-macam teratak lagi. Teratak Usang langsung tiada dalam senarai. Tetapi hari ni tiba-tiba "teratak usang" muncul di barisan pertama. Alhamdulillah, tepuk untuk diri sendiri.
Di atas ni pula graf Nuffnang yang turun naik tak menentu. Entah bila graf ini akan statik memandangkan aku akan dihantar balik ke kampung lagi 2 minggu. Balik kampung lagi... (dengan muka sedih)
Graf stats juga menunjukkan prestasi yang tidak stabil. Kemuncaknya hanya di bulan September.
InsyaAllah aku akan cuba buat yang terbaik untuk Teratak Usang. Aku telah remove widget yang kurang penting untuk meringankan lagi loadinnya. Pada yang setia menyokong aku, terima kasih ku ucapkan.
HIDUP SEORANG BLOGGER
Posted by Iza on Ahad, Ogos 29, 2010 at Ahad, Ogos 29, 2010

Syukur alhamdulillah kerana aku punya blog sendiri. Itulah yang dinamakan HIDUP SEORANG BLOGGER. Sekurang-kurangnya aku boleh mengisi masa lapang, berkongsi kegembiraan, keceriaan dan kesedihan bersama pembaca yang setia menjengah saban hari.
Hadirku bukan untuk dipuji.
Bukan juga untuk dikeji.
Bukan populariti yang aku cari.
Sekadar ingin dihargai,
Sekadar ingin difahami, memahami, dimengerti dan berkongsi segala cerita, sedih suram, suka duka kehidupan duniawi.
HIDUP SEORANG BLOGGER,
Pada yang membenci,
ku pohon jutaan kemaafan.
Pada yang mengerti,
sejuta persahabatan akan aku hulurkan.
Membantu sekadar tahu, mencari sebanyak perlu.
HIDUP SEORANG BLOGGER,
Tidak ramai teman di dunia nyata,
ku mencari di dunia maya.
Tanpa bicara, beralun suara.
Sekadar tinta menceritakan segalanya.
HIDUP SEORANG BLOGGER,
Ingin ku luahkan segalanya isi hati
namun masih ku simpan sendiri.
Kerana ianya hal peribadi,
Bukan semua rahsia untuk dikongsi,
HIDUP SEORANG BLOGGER,
Itukah dia yang digelar blogger?
Pabila jari-jemari pandai menari.
Mencari info untuk dikongsi,
Juga meluahkan apa yang terlintas di fikiran juga hati.
Namun ku punya pendapat sendiri.
Setiap penulisan yang punya erti,
Setiap bait kata yang punya makna,
Setiap inspirasi yang di beri,
Setiap lontaran fikiran yang punya jiwa
Setiap coretan perasaan,
Setiap lakaran, gambaran dan luahan hati seorang penulis adalah sebuah kisah
HIDUP SEORANG BLOGGER.
Dalam HIDUP SEORANG BLOGGER, terlalu banyak cabaran yang terpaksa aku tempuhi bagi mengimbangi hidup antara dunia nyata dan HIDUP SEORANG BLOGGER. Segala suka duka HIDUP SEORANG BLOGGER dapat aku kongsikan di sini. Ulasan yang ditinggalkan adalah suatu penghargaan yang tak ternilai harganya bagiku. Terima kasih pada semua sahabat maya yang sudi memberi bimbingan, tunjuk ajar dan berkongsi info denganku. Bagiku sahabat maya adalah sahabat terdekat denganku walaupun hanya melalui tulisan dan coretan. Akan aku teruskan coretakku di Teratak Usang ini selagi aku masih punya hayat, masih punya laptop, masih punya streamyx dan masih mendapat keizinan seorang insan bergelar suami. Terima kasih pada En. Syamirul Amry Bin Abd. Aziz kerana memberi kepercayaan padaku untuk memiliki blog sendiri dan sedikit semangat walaupun banyak halangan yang terpaksa aku hadapi.
Entry ini di buat bagi memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh saudara Denaihati dalam CONTEST SEO HIDUP SEORANG BLOGGER.
No follow vs Do Follow
Posted by Iza on Khamis, Jun 10, 2010 at Khamis, Jun 10, 2010
Dua tiga hari ini aku punya mood untuk membaca, menyelidik dan mengkaji serba sedikit mana yang termampu dan ingin ku kongsikan bersama. Ada antara kita yang sudah faham dengan nofollow dan dofollow. Tak kurang juga yang belum tahu tentang no atau dofollow ini. Berbekalkan ilmu yang aku kutip dari pembacaan di beberapa blog dan forum, ingin aku kongsikan apa yang aku faham. Mana-mana bahagian yang aku tidak faham, diminta pakar atau otai-otai yang ada tolong jelaskan lebih lanjut.Baru-baru ini aku menjadikan Teratak Usang sebagai blog dofollow. Tapi hari ini aku kembali semula ke nofollow. Kenapa? Jom baca dulu.
Maklumat dofollow boleh baca dan boleh gali di blog Ariffshah. Untuk pengetahuan, semua blogspot adalah nofollow dan kita boleh jadikan dofollow. Tetapi ada blog yang mengambil langkah-langkah keselamatan atau tetap setia dengan nofollow dengan sebab-sebab tertentu. Ianya terpulang pada blog itu sendiri.
1. Apa itu dofollow?
2. Kenapa blogspot asalnya nofollow?
3. Bagaimana untuk menjadikan blogspot sebagai dofollow?
4. Bagaimana untuk mengetahui sesebuah blog itu dofollow?
5. Bagaimanakah cara yang betul untuk mendapatkan free back link (Penting!)?
6. Apakah kekurangan dan kelebihan dofollow?
7. Apakah kekurangan dan kelebihan nofollow?
Sila baca selanjutnya.
1. Dofollow bermaksud kita memberikan free back link kepada sesiapa yang meninggalkan komen di blog kita. Bukan tinggalkan url di shoutmix atau cbox ye. Jadi, pada sesiapa yang inginkan free back link, ringan-ringankan tangan anda untuk tinggalkan komen di blog dofollow.
2. Blog nofollow adalah untuk mengelakkan spammers. Bak kata Ariff, untuk menghukum spammer namun tempiasnya terkena juga pada pengkomen yang ikhlas tinggalkan komen.
3. Untuk menukarkan nofollow ke dofollow, boleh ikuti langkah-langkah berikut:
Cara buang nofollow
Login kat blogger.com > Layout > Edit Html > Expand Widget Templates
Search (Ctrl + F) comment.authorUrl
Padamkan

























