Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Aku bukan pakar, jauh sekali untuk bercakap tentang trafik blog. Oleh kerana ada yang bertanya bagaimana cara untuk menarik trafik ke blog, aku senaraikan beberapa cara yang aku tahu dan aku amalkan sepanjang aku blogging. Trafik yang masuk ke sini sehari-hari tidaklah sebanyak mana, namun aku cukup berpuas hati kerana aku tak perlu lagi bersusah payah seperti dahulu untuk blogwalking ke berpuluh-puluh blog untuk mencari trafik.
Sememangnya permulaan blogging memang agak sukar untuk mendapatkan trafik kerana reader atau blogger lain belum mengetahui tentang kewujudan kita. Oleh itu, berusahalah untuk mendapatkan trafik. Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Yang penting rajin membaca dan menimba ilmu dan tidak malu bertanya kerana ramai blogger yang pemurah, prihatin dan sedia membantu.
Dulu, dengan menggunakan broadband versi siput sedut, online dari pagi hingga larut malam semata-mata nak dapatkan lebih dari 50 ke 100 pelawat. Kadang-kala nak dapatkan 20 ke 50 pelawat pun susah dan terpaksa blogwalking ke setiap blog. Jika bernasib baik, kita akan dijejak kembali. Kini, aku hanya online pada waktu petang dan kadang-kala malam. Sebelum update blog atau memulakan blogwalking, perkara pertama yang aku check adalah hit counter atau stats untuk mengetahui kedatangan pelawat pada hari tersebut. Alhamdulillah, belum pun aku blogwalking, sudah ada hampir 70 hingga 80 pelawat yang telah datang ke sini dan biasanya melebihi 100 keatas sehari. Jika ditambah dengan blogwalking, mungkin jumlah tersebut akan meningkat ke 200 hingga 300 pelawat sehari. Namun kekangan masa, membataskan segalanya.
Perkara yang boleh di lakukan:
1. Blogwalking - tidak dinafikan, blogwalking (dari satu blog ke satu blog) memang berkesan untuk menarik trafik ke blog kita dengan syarat, kita meninggalkan jejak di shoutmix atau cbox blog tersebut. Tapi Awas! Jangan pula kita spam cbox tersebut dengan iklan yang perlu diklik dan tidak membawa pengklik ke blog anda. Ini akan menimbulkan ketidakpuasan hati dan kemarahan sesiapa sahaja yang terklik. Kebanyakkan blogger amat prihatin dengan jejak yang ditinggalkan dan InsyaAllah, anda akan dijejak kembali.
2. Tinggalkan komen di entry – sila ringan-ringankan tangan anda.
4. Mantapkan Blog – Banyak cara perlu dilakukan untuk memantapkan sesebuah blog.

- Jika blog tersebut tiada shoutbox seperti kebanyakkan blog wordpress atau domain, anda harus rajin meninggalkan komen di post yang dikeluarkan oleh blogger tersebut. Yang paling penting, biasakan diri untuk meninggalkan komen kekal di mana-mana blog yang anda singgah. Lambat laun anda akan dijejak kembali walaupun cara ini mengambil sedikit masa.
- Tinggalkan juga komen anda di blog berpage rank (PR) tinggi. Biasanya blog PR tinggi ramai pelawat, komen yang anda tinggalkan mempunyai pautan ke blog anda. Secara tak langsung, pelawat blog tersebut mungkin berminat untuk membaca entry yang anda keluarkan. Ini membantu anda untuk mendapatkan trafik.
- Jadikan diri anda pengomen tetap tanpa mengharapkan balasan. Lambat laun pemilik blog akan perasan akan kehadiran anda. Ada juga blogger yang sememangnya langsung tidak menjejak anda kembali. Usah berkecil hati, mungkin dia punya sebab tersendiri.
4. Mantapkan Blog – Banyak cara perlu dilakukan untuk memantapkan sesebuah blog.
- Pastikan blog anda ringan dan senang untuk loading terutamanya bagi mereka yang menggunakan broadband versi siput sedut. Untuk mendapatkan blog yang ringan, buang segala widget yang tidak penting. Buat blog mengikut selera orang dan bukan mengikut kepala otak sendiri.
- Jangan jadikan blog anda itu blog syok sendiri dengan lagu autoplay, tulisan warna-warni yang memeningkan kepala, jenis tulisan yang terlalu kecil atau terlalu besar. Pastikan blog anda disukai ramai dan jangan ada kata-kata “ini blog aku jadi suka hati aku la”.
- Teknik SEO – boleh rujuk pada yang pakar tentang blog. Kak Kujie, Ariff Shah, Kulanz Salleh dan ramai lagi pakar coding yang tak tersenarai di sini. Satu sahaja syaratnya iaitu rajin bertanya agar tidak sesat jalan dan rajin membaca serta tak jemu mencari ilmu.
- Boleh rujuk review yang aku buat untuk beberapa blog (Yiepozi, Enchik Nine, FCB, Lagenda Mahsuri)
- Menarik – Tajuk yang menarik pastinya akan diminati dan timbul keinginan orang untuk membaca dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang kisah tersebut.
- Isu semasa – Entry ini sering mendapat sambutan hangat dan sentiasa dicari untuk mendapatkan maklumat lanjut.
- Berkongsi maklumat – pelbagai ilmu boleh dikongsikan di blog. Selalunya entri ini sering dicari setiap masa sepanjang zaman.
37 comments
salam..
jangan lupa PING dan sebarkan entry anda ke sebanyak mungkin laman sosial..pasti mendapat trafik free
:)
Ohh bila ada bintang yang berkelip, pasti ada insan yang sedang memandangnya membuatkan diri rasa terlamun jauh ke sudut yang cetek, berkelip2 la seperti bintang itu, barulah kita rasa kita seorang yang wujud di sisi mereka :) hahahahhaa
terima kasih dengan info ini..aku buat per yang telah ada kat info anda ni..anyway..aku masih baru,klu bleh tunjukkan or ajarkan per yang boleh untuk ak menceburi dlm bidang blog.
Tips yang patut diikuti..
dulu masa mula2 berblogging memang selalu rajin blogwalking, tapi lama2 makin sibuk,masa dulu keja tak byk,skang da bertimbun2 mau plak da ada baby, kami akan berblogging bila ada masa free je, kalau tak dunia nyata menjadi keutamaan..:)
info yang bagus. setuju sangat2.
SEMPOI...GOOGLE SPHERE
bagus la point d atas nih...tp bg belalang, sekiranya anda blogger baru, rajin2kanlah blogwalking dan ping entry d mana2 saja tempat ping termasuk face book...
amat penting untuk menarik reader tetap dahulu.
dan satu lagi, bila dah ada reader tetap, kena la pandai2 jaga hati mereka.jgn biarkan mereka pergi tak kembali lagi ke blog kita...
hee
Memang menariklah tip2 yang diberikan. Terimakasih kerana berkongsi. Banyak dah cuba tp tak berhasil. Sekarang nak cuba cara ni pulak. Harap2 menjadi lah ye...Cara meningkatkan trafik blog yea...yea...
Terimakasih Che Gu, saya sebenarnya banyak belajar ,kat Che Gu.Mintak Chegu komen sikit tentang Blog saya apa yang tak kena.
setuju dengan tips yang diberikan. semua yang dibuat boleh meningkatkan trafik dalam blog.
Latest Entri :
Resepi Kek Coklat
Assalamualaikum Iza kerana berkongsi tips yang sangat berguna ni.
makaseh, ;)) saya sukaaa.. hihi.. makaseh cik kak
wah..iza! bnyk gila tips yg berguna dishare ni kan..
semuanya mak setuju dan leh gak tmbh tips2 yg kwn2 bg kat atas nun..
@zulkbo
W'salam..
Ya, betul tu...
Telah dilistkan dlm entry akan datang.
@Inspirationalefeks
Bahasa sastera ni..hehe..
@Kertas Warna Ku
InsyaAllah..
@LiFe KaMi
Betul la, kesibukan seharian membataskan segalanya..
@NasZ
Terima kasih..
@Belalang Hijau
A'a, betul tu. Bukan senang nak jaga hati orang kan...
@zures
InsyaAllah, asalkan tak kenal erti putus asa..
@terataksenja
Sama-sama..
Saya tak la pandai sgt tp kalau nk tolong tgk2 boleh jgk..
nanti saya tgk kalau ada masa terluang..
@eiela
Terima kasih kerana singgah.
@Kunang-Kunang
Waalaikumussalam..
Sama2 berkongsi ilmu..
@Khairul Hakimin B. Muhammad
Sama2..
@Lagenda
Ya la mak...
byk sebenarnya tips yg tersembunyi (walaupun bukan rahsia)...boleh la cedok2 mana yg berkesan utk tarik trafik..
Assalam...
Tips yg amat berguna pada mrk yg inginkan traffic..bagus tu.
Salam admin,
Selain berblogwalking,saya juga ada menggunakan plugin pingler untuk WP.Selepas saja update,secara automatik entry tersebut akan di ping ke lebih 80 laman web.
Soalan saya masihkah perlu kita ping secara manual di laman web yang menyediakan perkhidmatan ping walaupun saya telah menggunakan plugin tersebut?
@ozzy
W'salam....
Ya, InsyaAllah..terima kasih..
@Kidney Expert
W'salam..
WP rasanya byk plugin yg berguna. Kalau dah ada plugin, tak perlulah risau dgn semua ni. Entry ini khas untuk blogspot kerana entry dari blogspot perlu ping secara manual...
Thanks for the tips iza. Fiza nyer traffic pon tak sampai seratus pon sehari, janji ada org sudi nak baca ☺☺
Latest: ahniah SAZZY FALAK, dah selamat melahirkan ANAK KEMBAR
@fiza
Welcome..
Blog Fiza pun ok jgk cuma tak sempat nak membaca sbb kdg2 terlalu kerap post entry dlm sehari..
boleh tambah tak.. gunakan domain dan nama yang mudah diingati, contoh, Teratak Usang...le... kalau nama anda "sedap..." boleh gunakan nama anda.
Tapi tak sesuai bagi saya kerana nama saya terlalu panjang & sukar iingati, nak pendekkan selalu Unavilable....
agaknya nama ni tak cun... so nak dapatkan 20 visitor pun susah... tapi bila saya berpindah blog baru...Alhamdulillah...adale lebih sikit.
@mus
Boleh..
Betul tu, nama blog memainkan peranan penting.
tips ni mmg sgt berguna kepada blogger especially cm sy yg mentah lg dlm blgger...=)
thanks for info...
@cik syedah
InsyaAllah, harap2 tips ni bermanfaat utk diamalkan.
@senangin blog
Welcome.
tq...amat berguna
Salam..
aried setuju dengan bro... memang banyak ini. Part paling sukar sekali ialah sama ada kita nak buat atau tidak sahaja...
jmput baca 1 tips dan teknik rahsia yang mungkin ramai tak tahu cara nak tingkatkan traffik ke blog.
Tips--> http://www.ar-rifke.com/2011/08/tips-dan-rahsia-tingkat-traffik-blog-teknik-dapatkan-traffik-paling-mudah.html
thanks ya....very usefull information....
info yang sangat membantu..thanks for sharing..
awal yang baik
salam terima kasih kerana sudi berkongsi tip. em boleh x cik azie komen tentang blog saya.saya baru je buat blog tentang informasi semasa. thanks sebab sudi membantu saya yang kekurangan ni
@tempayan sensasi
W'salam..
InsyaAllah, lapang2 nanti saya try terjah sana
Terimakasih kerana sudi berkongsi tip2 yang berguna dan berkesan. Good job. Thanks a lot Iza
Sama2.
skrg sy tgh follow nasihat akak ni...thanks for the info. jemputlah terjah ke blog sy bila cikgu free.
Sharing is caring...
InsyaAllah..
haii, tak layak bergelar cikgu lagi..
Nice tips. Thanks 4 d info.. ;)
trafik trafik pening kpala... kena rajin cari trafik... buat duit sampingan banyak2 dengan mudah.my
http://www.seminarmudah.my/bonus/hop.php?ref=vf
terima kasih untuk info yang diberi....
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini