Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Mood malas nak up date entri berkaitan SEO apabila melihatkan bloglist rakan blogger dengan tajuk dan cerita yang lebih kurang sama. Inilah kelemahan yang ada dalam diri.
Blogger lain sudah berada jauh ke hadapan, blog aku baru mencecah 200,000 pageviews. Sadis sungguh. Kalau blogger otai, angka tu mungkin boleh dapat dalam tempoh tak sampai sehari pun tapi blog yang sesungguhnya teramat lah usang ini baru dapat pageview 200,000 dalam tempoh lebih kurang 3 tahun.
Aku masih ingat teguran En. Zulkbo tentang pageview tersebut. hehe..
Kadang-kala fikiran negatif dicampur dengan sibuk uruskan rumahtangga didarab dengan sifat malas nak buka laptop sama dengan blog tak ber up date atau tiada langsung entri SEO.
Fikiran negatif tu macam yang aku katakan di atas tadi la. Apabila tengok ramai rakan blogger yang up date tentang isu semasa yang tengah panas, boleh dikatakan sebahagian bloglist dengan kisah yang sama, aku jadi malas untuk buat benda yang sama. Keadaan sebegini menjadikan diriku bosan. Macam tu juga dengan tv. Kalau asyik bercerita tentang PRU-13, Parti Pembangkang, PAS, UMNO, PKR saling bertelagah, kata-mengata setiap hari, lebih baik aku tukar chanel lain. Paling kurang pun, tutup tv.
Tangga 20 Jun 2012, pageviews 200,089
Tahun depan, InsyaAllah aku akan cuba rujuk semula entri ini untuk bandingkan perubahan angka pageview tersebut. Rank Alexa pulak macam dok main tarik tali. Naik turun, naik turun. Walau apa pun, seronok juga bila aku bandingkan angka rank alexa dengan beberapa blog yang separuh popular dengan blog aku. Ada sedikit perasaan bangga dan gumbira bila angka tu kurang dari blog separuh popular tu. Maksud aku (blog separuh popular), blog yang dah berusia hampir atau lebih setahun tapi rank alexa masih lagi 500,000 ke atas. Keadaan ini memberikan aku sedikit semangat untuk menulis walaupun penulisan tak sampai ke mana.
41 comments
Banyak yang boleh dipertingkatkan :D Jangan berhenti berusaha!
salam;
Ya...buat yang terbaik untuk diri sendiri,tebuk dada tanya selera makan oppp!!heheheeeeeee!.
Pageviews saya lagi sikit.
200,000 satu pencapaian yg baik. Tahniah!
capaikan tujuan dgn niat yg ikhlas..semoga teratak usang hanya pd nama blog Iza sahaja.
Terpulang kepada niat asal menulis blog. Kalau kerja trafik inilah hasilnya. Kalau kejar kepuasan sudah memadai.
Teruskan usaha tahun depan target 500,000
Tahniah kak..
Keep on blogging ya ;)
tak apa..teruskan usaha..jom...hehe..sama-sama mencapai target.. :-)
jangan mudah putus asa iza...hehehe kena kuatkan semangat weiii...:)
salam..
wahh..tahniah..dah ada
perkembangan nampak..
TEGURAN MEMBINA tempohari
jangan ambik hati tau :)
mood berblog biasanya memang ada pasang surut jugak macam air di lautan..he.. :)
boleh. sila yakin BOLEH!
usaha dan terus berusaha.. :)
insyaAllah, selagi ada usaha dan doa, dapatlah sasarannya tu
no pain no gain...usaha dan usaha tanpa jemu..
azam tahun 2013 dah diistihar..semoga keazaman membuahkan kejayaan
Buat dengan senang hati untuk senang hati
Bukan dengan susah hati untuk susah hati
tahniah.. jumlah yg cukup besar..
tidak perlu SEO isu2 panas untuk popular atau mendapat trafik..
apabila hendak kejar trafik pasti kita akan berfikir hendak buat entry panas atau hangat.. tetapi kembali kepada tujuan asal berblog.. :)
kalau buat entry lucah, lagu masyuk trafik tetapi berkatkah blog kita? :)
Ok tu. Berbaloi juga. Kira ini satu perjudian masa.
Kawan Cina saya kata betting kecik jika menang hasil maksimumnya kecik juga. Betting besar, lumayan pakkkk.
bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah,,,
Sabar... insyaAllah nanti capai pada angka yang diinginkan..
satu permulaan yang bagus,,page rank pun ok tu.
teruskan usaha kak.. yeahh !
Kayuh perlahan2. InsyaAllah akan sampai. :)
Hehe...angka ni bila la pondok kecil nak dapat...makan tahun jugak ni..hehe
@Shaiful Zaidi
Terima kasih
@[PCL]
Harap2 macam tu la.
@Myra Jay
Terima kasih.
@dzuandiey
Jom... :)
@yastro
InsyaAllah.
@Zulkbo zulkboCom
W'salam..
Terima kasih..hehe. Yup,TEGURAN MEMBINA, langsung tak ambil hati pun, apa pun teguran, akan cuba diperbaiki selagi termampu, Terima kasih sekali lagi.
@SOP.NAME.MY
Terima kasih.
Betul tu,
setuju dengan Sop.
Terima kasih pada semua yang memberi sokongan.
pageview ni tgk kat mana, sejak blogging saya x pernah plak check pageview nih
kena berusaha lebih keras lagi..alexa mmg sentiasa turun naik..kalau tak bw mmg angka tu akan naik...
@Juan
Kalau guna blogspot, boleh tengok di paparan dashboard, ada juga dalam stats dan boleh juga pasang widged stats dalam blog. Kalau wordpress mungkin ada disediakan plugin kot.
aku pun tengah cuba berusaha untuk menaikan pageview ini
kekadang tu tak ambik kira sangat tentang SEO, trafik, pageview dan sebagainya tu..tapi bila tengok ranking alexa semakin meningkat hari demi hari tu seronok jugak..
Www.lepakk.com lagi teruk... Sedih je blog tu..member pun takdak nak kawan
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini