Cara Meningkatkan Trafik Ke Blog 2

on Khamis, April 28, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Ini merupakan kesinambungan dari entry sebelum ini iaitu Cara Tingkatkan Trafik Blog 1. Khas untuk blogger baru, kalau pelawat blog dah mencapai ratusan malah ribuan setiap hari, boleh la sama-sama turunkan ilmu diruangan komen agar pembaca lain dapat sedikit sebanyak ilmu yang boleh dikongsi bersama agar kita sama-sama mencapai kejayaan dalam berblog.
6. Ping blog – setelah selesai publish entry, pingkan entry anda supaya enjin carian dapat crawl blog anda. Blog anda juga boleh dipingkan ke laman-laman social lain seperti Twitter, Facebook, Forum dan sebagainya. Terdapat banyak website untuk ping blog. Jangan segan/malu untuk tampalkan url blog anda di mana-mana sahaja laman sosial. Dari situ anda akan mendapat trafik free dan gunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Antara website yang boleh anda ping:
  • Pingomatic
  • Pingler
  • IMCurtain
  • Innit-nuffnang
  • Sitesubmiturl
  • Pingoat
  • Pingmyblog
  • Digg
  • Jomkawan
  • Petalingstreet dan banyak lagi tempat ping yang boleh dipingkan url blog anda.
7. Submit URL blog ke Google (http://www.google.com/addurl/?continue=/addurl)

8. Gunakan fungsi Google Analytics (http://www.google.com/analytics). Aplikasi ini akan merekodkan segala data berkaitan blog seperti apa yang orang cari, dari mana datangnya pelawat, bilangan pelawat dan sebagainya.

9. Gunakan Search Assistant pada Search Engine untuk melihat entry panas. Keyword tersebut boleh digunakan untuk entry blog kerana sentiasa dicari.

10. Memudahkan pelawat anda .
  • Ruangan komen – ramai yang masih setia dengan komen blogspot. Tak kurang juga yang menggunakan Comment Luv dan Disqus. Bagi yang setia menggunakan platform blogspot, jika anda mahukan pengomen selain dari blogspot (selain akaun google,) sila setting semula ruangan komen anda agar semua blogger dapat tinggalkan komen tanpa perlu sign in terlebih dahulu.
Aku lebih suka meninggalkan komen dengan membuat pilihan yang nombor 3 iaitu hanya perlu masukkan nama dan url blog. Begitu mudah tanpa perlu sign in.

Contoh ruangan komen di atas ini hanya mempunyai 2 pilihan dan aku terpaksa memilih google account untuk komen. Paling tidak suka kerana memerlukan aku untuk sign in terlebih dahulu. Jika dalam tergesa-gesa dan nak cepat ketika itu, aku tidak akan meninggalkan sebarang komen. Ini kadang-kala merugikan pemilik blog untuk mendapatkan komen.

Verify – Sudah la nak komen pun perlu sign in, ditambah pula dengan word verification. Terlalu banyak halangan yang menyusahkan pengguna untuk meninggalkan komen. Kalau huruf tu jelas, masih boleh ditaip sekali tapi kalau bersimpul-simpul, sabo je la. Akhirnya, hai..hai..bai..bai..blog anda akan ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang komen. Sebenarnya blogger tidak perlu bimbang tentang komen spam kerana blogger telah menaiktaraf dan memudahkan pemilik blog untuk uruskan komen samada di publish atau tidak.
  • Pop up window (ruang komen)- Ini terpulang pada individu yang merasakan mana satu lebih selesa. Aku menggunakan pop up window agar pelawat dapat melihat blog dari atas hingga bawah blog ketika meninggalkan komen. Jika anda menggunakan selain pop up window dan terlalu banyak widget, bayangkan perasaan pelawat blog untuk menunggu loading page ke ruangan komen. Dan untuk membaca sumula post anda, pelawat terpaksa mengambil masa menunggu lagi untuk ke page yang dikehendaki. Bayangkan juga bahawa pelawat anda menggunakan broadband versi siput sedut, boleh semput sementara menunggu loading tersebut. Buatlah yang terbaik untuk pelawat anda.
  • Buat Site Map dan kotak search – Amat penting sesebuah blog mempunyai Site Map agar pelawat dapat mencari apa yang ingin dicari. Begitu juga dengan kotak search, ia memudahkan pelawat untuk mencari sesuatu di blog anda dengan hanya menaip apa yang dicari. Site map juga penting supaya google mudah untuk crawl entry yang dicari.
  • Subcribe – Juga penting terutamanya pada pelawat yang berminat untuk mendapatkan maklumat terkini tentang blog yang disukainya.
11. Ejaan ayat - Taiplah ayat atau perkataan yang mudah untuk di baca. atau bahasa Melayu Standart. Aku suka membaca tetapi jika aku terjumpa perkataan "aq, skunk" dan entah apa-apa lg di blog para remaja, terus naik bintang-bintang di kepala. Aku yang dah tua ni tak pandai dan tak faham nak membaca bahasa-bahasa pasca extra moden macam tu. Labah-labah google pun tak faham bahasa macam tu jadi merugikan pemilik blog juga kerana google tak dapat nak kesan keyword yang mungkin penting.

12. Ujilah blog anda dari pelbagai sudut sebelum menjemput orang lain masuk. Buat lawatan ke blog sendiri. Adakah kita berpuas hati dengan blog kita? Bagaimana pula keadaan loading dari satu entry untuk ke entry lain?
  • Timbang berat blog - pastikan 100KB ke bawah.
  • Blog Mesra SEO - Boleh rujuk SEO Score
  • Jangan terlalu banyak letakkan widget yang tak penting. Pastikan widget yang ada, berguna untuk para pelawat.
Kesimpulannya, praktikkan apa sahaja ilmu yang pernah anda baca bagi menarik trafik ke blog. Ilmu itu tangga kejayaan jadi jangan malas untuk membaca apa sahaja ilmu tentang blog dan SEO. Moga-moga ilmu yang sedikit ini boleh dikongsi untuk kebaikan kita bersama. Semoga berjaya.
Ranking: 5

26 comments

27 April 2011 pada 9:44 PTG

sangat lengkap tips yang iza kongsikan...mmg blogger yang nak serius dgn dunia blog perlu amik tau semua nih...

27 April 2011 pada 9:51 PTG

salam
baru tahu ada site jomkawan, nak kena cuba jugak ni. Thanks

27 April 2011 pada 10:44 PTG

Lepas ni saya akan cuba kaedah pin pula.Terima kasih admin kerana kongsikan laman ping di atas.

28 April 2011 pada 1:17 PG

salam..
mantop..
penerangan yang bersahaja
dan berguna serta panduan
berguna buat blogger baru..

28 April 2011 pada 1:37 PG

Memang masalah paling biasa trafik la. Saya pun macam tu.

Kadang-kadang sukar nak dapat trafik.

Satu benda yang saya perhati tentang blog saya ialah ia memang berat. Susah la nak turunkan berat blog ni.

Jali
macam-2.com

28 April 2011 pada 11:39 PG

Idea bijak... Skrg nie pk nak upkan PR je...

myetech9[dot]com @ Enchik Nine

28 April 2011 pada 12:08 PTG

Saya setuju dengan akak..dalam banyak2 di atas, kelajuan blog tu adalah yg penting kerana dari situlah pengunjung rasa selesa nak view blog kita..
p/s: akak rasa blog saya berat tak?=)

28 April 2011 pada 12:50 PTG

tutorial bagus untuk pemula...selangkah demi selangkah...
Salam Kenal :)

28 April 2011 pada 2:08 PTG

betul tu...mudahkan pembaca..dan mudahkan utk mereka bg komen.

28 April 2011 pada 3:17 PTG

weah pupel suke entry ni

28 April 2011 pada 3:31 PTG

@Belalang Hijau
Terima kasih..
Harap2 ada yg sudi tambah lg ilmu yg masih belum disenaraikan..

@etomyam
W'salam..
A'a, cuba la. Rasanya tak ramai yg tau.kalau tak silap, dot net kot..

@Kidney Expert
Sama-sama.

@zulkbo
W'salam.
Ya, terima kasih...
Utk peringatakn diri sendiri jgk..

@Jali
Ya ka? Kena buat sesuatu jgk agar senang pelawat nk loading...Kalau gemuk, susah nak jalan nanti..

@Izzuddin Fauzi
PR benda yg sukar dijangka....

@BroZooL
Betul tu..
Nanti akak gi tgk..

@MDHAFiZ.NET
Ya, perjalanan yg jauh bermula dari langkah pertama.
Salam Kenal..

@Lydia Miza(Aidyl Azim)
Betul3x

@Pupel Liyana
Terima kasih..

28 April 2011 pada 5:07 PTG

bagusnya tips nie..
tgh belajar sikit ilmu blog nie..
:)

28 April 2011 pada 5:08 PTG

Jom kawan tu yang first time Jai dengar..he3

28 April 2011 pada 6:20 PTG

salam kak iza..
thanks igtkan ttg google analytic..lupa nak pasang smula lps dah tukar theme hari tu..huhu..ptutlah rsa mcm ada sesuatu yg kurang je..

28 April 2011 pada 7:49 PTG

Wow...complete tips bagi ni za!

28 April 2011 pada 11:01 PTG

nak tambah something.. tuliskan entry yang evergreen.. insya allah traffic tak putus

29 April 2011 pada 4:09 PG

Bagus tips2 ini utk blogger lama mahupon yg baru ;)

BTW I am ur follower number 1110 :)

Latest 3 entries:
Arissa Di Cium Kucing Biru!
Wordless Wednesday-Part 6!
Lapan Kali Di Bius!

29 April 2011 pada 12:51 PTG

tips yang bagus dan detail...perkonsian yang bagus...good effort...

29 April 2011 pada 1:59 PTG

@Cute MuM
Bagus2...rajin belajar tangga kejayaan.

@DeCrewz
Baru lg rasanya dan tak ramai yg tau..

@adele
W'salam...
Sama2..

@Lagenda.
InsyaAllah, harap2 begitu la..

@sabree hussin
Terima kasih atas perkongsian tips tersebut.

@BabyIntan
Terima kasih...
nanti i follow..

@CIK TOM
Terima kasih..

29 April 2011 pada 3:55 PTG

Wah...mantop ah tips ni iza ☺☺. Masih mencuba lagi ni nak menaikkan traffic.

1 Februari 2012 pada 9:31 PTG

ok tutorial yg dikongsikan,boleh buat panduan

10 April 2012 pada 4:14 PTG

bagus untuk di fahami oleh bloger baru...tq 4 the tips

30 Julai 2012 pada 10:28 PTG

www.lepakk.com adalah blog baru lagi, visitor tak ramai, bagaimana nak hebahkan supaya orang sedar kemunculannya?

2 Ogos 2012 pada 10:36 PG

best bace kat sini santai jer..
BTW,template thesis v2 mmg terbaek

28 Mac 2013 pada 3:52 PTG

Best sgt entri ni,walaupun pnjg tpi berinformasi

14 Mei 2017 pada 12:40 PG

Sangat bergune sekali la tips sobat nie pada cara meningkatkan traffic blog dengan cepat

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved