Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Kelu lidahku untuk berkata. Tak terucap. Alhamdulillah, syukur ya Allah. Rasa nak lompat-lompat atas katil pun ada (ketika ini aku sedang menaip di atas katil) tapi risau pulak kedua-dua puteriku terjaga dari tidur. Cukup la sekadar aku katakan bahawa hatiku sedang berbunga-bunga kini.
Sebelum hati aku berbunga-bunga tadi, aku sedang berusaha untuk edit apa-apa yang patut dalam blog ni melalui tutorial yang aku baca terutamanya tentang Template Mesra SEO, persediaan memulakan Google Snippet, SERP dan sebagainya. Nak main SEO la konon-kononnya sementara hubby tak ada kat rumah, anak-anak pun tidur. Inilah masa yang sesuai nak edit blog.
Selepas aku siap edit di Google +, aku try taip teratak usang di carian google Chrome. Tiba-tiba keluar la seperti imej di bawah.
Klik untuk tumbesaran
Sebab tu la aku rasa macam nak lompat-lompat je atas katil ni. Seumur aku blogging ni, ini la kali pertama aku dapat benda di. Dah hampir 3 tahun, baru nak rasa dapat Sitelink. Sebelum ni dok jamu mata saja tengok kawan-kawan lain dapat walaupun hanya guna blogspot.
Aku dah tak peduli kalau ada yang nak kata "cewi" ke apa ke...yang pasti, aku gembira sekarang. Rasa puas sangat-sangat. Tak sia-sia usaha aku selama ni (tak usaha kuat mana pun sebenarnya) walaupun tak pernah terfikir nak dapat Google Site Link ni.
Hanya itu sahaja yang dapat aku kongsikan bersama. Nak tau lebih lanjut tentang Sitelink? Teruskan pembacaan anda. Aku kongsikan di sini beberapa info dari http://anarm.net/blog/bagaimana-cara-dapatkan-google-sitelinks.html. Bila dah dapat Sitelink, baru gatal tangan nak tau lebih lanjut.
Google Rahsiakan Cara Untuk Dapat Sitelinks
Daripada hasil kajian yang telah dibuat oleh beberapa orang blogger, pakar SEO, webmaster dan sebagainya, mereka menyatakan bahawa Google memberi Sitelinks secara automatik kepada mana-mana blog atau laman web berpandukan faktor-faktor berikut:
Faktor-faktor yang disenaraikan di atas mungkin berguna bagi mendapatkan Google Sitelinks untuk blog. Walau bagaimanapun, jika ianya tidak memberi Sitelinks sekalipun, kita boleh jadikan faktor-faktor tersebut sebagai panduan bagi membantu kita menghasilkan sebuah laman blog yang sentiasa efektif dalam apa jua keadaan.Google Rahsiakan Cara Untuk Dapat Sitelinks
Daripada hasil kajian yang telah dibuat oleh beberapa orang blogger, pakar SEO, webmaster dan sebagainya, mereka menyatakan bahawa Google memberi Sitelinks secara automatik kepada mana-mana blog atau laman web berpandukan faktor-faktor berikut:
- Blog berada di tangga pertama untuk keyword yang menghasilkan Sitelinks
- Struktur navigasi laman web yang teratur dan kemas
- Jumlah klik pada link yang ada di enjin carian
- Kadar trafik yang datang dari search engine (enjin carian)
- Backlink (outbound / inbound / internal / external) yang berguna
- Usia laman web atau blog yang matang (1 tahun, 2 tahun atau lebih)
Tips Untuk Dapatkan Google Sitelinks
Walaupun Google merahsiakan cara bagaimana nak dapatkan Google Sitelinks, tetapi masih ada tips-tips yang boleh kita praktikkan dan berkemungkinan akan memberi peluang blog kita untuk dapat Google Sitelinks. Di bawah ni ada beberapa tips hasil perkongsian daripada beberapa buah blog. Antara tips tersebut:
- Nama domain atau nama blog yang unik - Jika kita gunakan nama domain atau nama blog yang terlalu umum, mungkin akan ada site lain menggunakan nama yang sama dan Click Through Rates (CTR) di carian Google jadi tak berapa bagus. Ini kerana pengguna Google (pelawat) mempunyai lebih banyak pilihan dan blog kita akan ketinggalan sekiranya ada blog lain dengan nama yang sama berada di ranking yang lebih tinggi dalam Search Engine Results Pages (SERPs).
- Menu navigasi yang kemas dan minimum - Elakkan letak menu yang terlalu banyak di laman blog. Sekiranya perlu, gunakan fungsi Multi Level Menu atau Drop Down Menu yang hanya akan memaparkan menu-menu selebihnya bila pelawat meletakkan cursor di atas mana-mana menu yang ada. Ini dikatakan bagi memudahkan ‘spider’ enjin carian dan pelawat menjelajah dalam blog kita.
- Content yang unik dan original (bukan copy-paste) - Kenapa kita dilarang copy-paste entri blog lain? Kerja-kerja copy-paste bukan saja boleh mendatangkan kemarahan tuan blog tersebut, malah akan memberi kesan yang tak berapa molek kepada nilai blog kita di SERP – hasil carian Google. Kalau kita tulis entri yang unik dan original, Google akan kesan blog kita sebagai blog yang bermutu dan memberi manfaat kepada pelawat.
- Sediakan info selengkapnya untuk pembaca / pelawat. Sekiranya info tentang sesuatu topik yang kita ceritakan tu ada di blog lain, berikan backlink ke blog tersebut. Backlink ke blog lain akan meningkatkan reputasi blog kita dan akan memudahkan pelawat untuk mencari info. Google sendiri menyatakan bahawa blog yang memberi backlink ke blog lain adalah blog yang berguna bagi pelawat. Boleh juga linkkan entri blog kita dengan entri-entri lain yang pernah kita tulis sebelum ni (internal link).
- Bina ‘sitemap’ dan submit ke Google Search Engine - Sitemap berfungsi untuk memberitahu Google setiap kali kita update blog. Kemaskini entri terbaru akan segera dihantar ke Google dan ‘spider’ akan mula bekerja mengumpul data bagi entri tersebut.
- Guna keyword yang akan dicari oleh pengguna internet - Penggunaan keyword yang betul dan berkesan akan menerima carian dan klik yang banyak daripada pengguna enjin carian. Sitelinks adalah berdasarkan jumlah carian dan bilangan klik dari enjin carian yang point ke laman blog kita. Jumlah carian dan klik yang tidak mencukupi syarat yang ditetapkan oleh Google tidak akan disenaraikan sebagai Sitelinks. Oleh itu, sekiranya ranking keyword yang digunakan di blog kita berada di posisi tertinggi, peluang untuk mendapat Google Sitelinks akan lebih cerah.
Google memberi Sitelinks kepada blog yang mempunyai prestasi. Secara tak langsung menambah kredibiliti blog tersebut. Pengguna internet juga lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang hebat, menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog.
Info di atas ni untuk panduan diri sendiri juga. Sebelum ni tak pernah nak ambik tau pun macam mana cara nak dapatkan Sitelink sebab dirasakan mustahil nak dapat semua tu dengan mudah. Banyak blog yang menceritakan tentang Sitelink ni. Boleh cari sendiri. Mata dah berpinau-pinau.
31 comments
lama nyer baru dapat?biasa blogspot cepat..
Artikel yang menarik...terima kasih buat tuan rumah
Salam,
Alhamdulillah blog JT br masuk 3 bulan.. tapi dah ada sitelink ni..
tahniah...satu usaha yang baik
saya cuba search teratak usang... tapi tak keluar pun macam yg akak tampal kat entry tu...
actually, saya tak buat pun Google site link tu... tapi bila search kat google, saya dapat blog saya and formatnya sama macam gambar yg akak tampal kat entry nie... macam mana tu yer... macam tak berkesan je Google site link tuu
aduh
byk aku kene blaja lg ni
belum tiba masa nak main SEO lagi..hehehe
tahniah ;) yang penting enjoy masa menaip. saya sendiri tak perasan pun bila masa ada sitelink untuk blog saya. bloggers lain yang beritahu.hahahahaha
Oh, that is called Sitelinks. Nisa tak pernah tahu, but my blog also jadi macam tu juga if Nisa type 'Pupuchik' (ah, I'm a n00bie)
pergh...tahniah2...otai2..aku punya blog mybe 3 tahun lg kot..huhu..
sory2..aku baru check..rupa2nya dah ada..hehe..ajar aku mcm mana nak main seo iza..
Boleh dapat sitelink kalau mendaftar blog dengan Google Webmaster. Kemudian hantar blog untuk proses indexing.
tahniah kak..
Banyak info yang diberi,
Kajian terperinci amat bererti,
Masih belum faham semua ini,
Perlukan masa baru boleh dimengerti.
Terima kasih..kak Iza :)
kat google webmaster ade rasanya..
Aku masih tak faahm rengan benda ni
Apa pun tahniah
Bukan semua blog senang dapat macam ni
@Ray ban malaysia
Sama2 :)
@Izni Hafiz Abdul Rashid
Tak payah buat apa pun sebenarnya untuk dapat Sitelink tu, pihak google yang akan berikan. Kalau dah dapat Sitelink tu, Alhamdulillah la..
@Terbelog
Banyak yang kita tahu, banyak lagi yang perlu kita pelajari. Jom kayuh pelan2.
@pipoq
Jom la, sambil menyelam sambil minum air.
@black_mel
Kalau main SEO, aku tak pandai. Baca je apa2 yang berkaitan SEO dan buat apa yang patut pada blog. Itu yg aku sedang lakukan..hehe..
@akubiomed
Ya ka? Terima kasih atas info tersebut. Baru tau ni..
tahniah dapat sitelink.. satu lagi yg tau, daftar kat google analytics, cepat sikit dapat kot.. (rasa2nya lah)
salam singgah.. huhu first time rasanya kat blog nie..
aku pun dah dapat sitelink, tapi xlompat laa atas katil.. sebab tengok otai2 lain dah berzaman dapat sitelinks.. tapi takpelaa kan, kite nie biasa2 jer.. so happy bila dapat benda cenggini
sebenarnye yang paling penting utk dapatkan sitelink adalah struktur navigation kat blog, kalo kemas, pastue submit plak sitemap, gerenti dapat sitelinks
satu tuto yg baik ni iza...tahniah sbb dh dapat sitelink...
ho ada pernh dpt cam tu masa sje2 nak bukak laman web melalaui google..pakai latop anak sedara jumpa gak blog cahayacinta cam tu ..baru tahu sitelink namanya
salam..
wow..tahniah..dulu pun PR3
mungkin akan kembali dengan PR3
atau lebih baik selepas ni kan..?
W'salamm
InsyaAllah kalau ada rezeki.
Buat la tutorial la...he3
salam,sy ad persoalan kpd tuan blog atau siapa2 sja..
sy ad buat blog travel..www.muslimtravelbug.com
dan bila type kat google search muslimtravelbug.com,untuk description yg keluar kat search tu..boleh x kontrol?
please ajar sy utk ni...
email sy, muslimtravelbug@gmail.com
jutaan terima kasih :)
pergh power laaa...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini