Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Pertandingan Pengalaman Kena Denda Di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Abrablog.com, Azmanisma.com, Contengconteng.com, LelakiAcai.com, Ohbuku dan Panduan TNX.com.
sekadar hiasan
Pada tahun 1991, aku masih di darjah 3 Biru (tahap 1) dan berada di kumpulan A. Kelas 3 Biru merupakan kelas pertama diikuti kelas 3 Hijau dan 3 Merah. Kebanyakkan guru-guru yang mengajar ketika itu garang-garang belaka. Guru matapelajaran Bahasa Inggeris, Muzik, Matematik terdiri daripada guru lelaki. Jarang nak nampak walaupun sebuah senyuman dari bibir mereka.
Pada suatu hari, guru subjek Matematik masuk ke dalam kelas. Namanya cikgu Yusuf bin tak ingat. Dah tua dah cikgu ni, dah nak pencen pun. Setiap kali cikgu Yusuf masuk ke kelas, sebelum dia memulakan pelajaran, dia akan bertanyakan soalan secara rawak mengenai bab yang akan dipelajari. Ketika itu semua pelajar akan berdebar-debar menantikan nama yang bakal di sebut. Dalam hati setiap pelajar (rasa-rasanya la) pasti berdoa "harap-harap bukan nama aku".
Masa sekolah dulu, aku hanya rajin baca buku bahasa Melayu sahaja. Buku-buku lain tolak ke tepi. Matematik lagi la tak tengok langsung sebab tak payah nak baca. Main kira-kira saja.
Malangnya nasib aku hari itu. Nama aku yang disebut. Aku segera berdiri menantikan soalan yang bakal ditanya. Cikgu Yusuf segera mencapai kapur dan melukis sebuah bulatan besar yang mempunyai nombor di tepi bulatan dari 1 hingga angka 12 dan meminta aku melukis jarum yang menunjukkan pukul 9.43 pagi.
Sumpah! Aku tak dapat nak lukis seperti yang dikehendakinya. Masa tu, aku memang tak pandai nak tengok jam lagi. Jadi aku tak tahu nak lukis dan letakkan jarum panjang. Ketika ini, aku dah ketar seluruh badan. Lembut lutut rasanya.
Segera cikgu Yusuf tengking aku, cubit perut aku dan meminta aku keluar dari kelas dan berdiri di atas koq U yang dijadikan tempat duduk di taman sekolah tepi kelas aku. Malunya aku ketika itu hanya Tuhan yang tahu. Belum pernah aku dicubit dan didenda seorang diri seperti ini. Inilah pengalaman pertama kena denda paling teruk yang aku rasa.
Aku malu pada cikgu, malu pada kawan-kawan sekelas dan malu pada semua pelajar yang melihat aku berdiri di luar kelas. Nak menangis rasanya tapi ku tahan air mata ini dari mengalir. Kalau menangis, lagi malu. Aku hanya mengikuti pelajaran tersebut melalui tingkap sekolah. Aku berdiri di luar sehingga tamat matapelajaran Matematik. Aku juga diminta untuk tukar tempat duduk dari kumpulan A turun ke kumpulan B. Sedih sangat sebab aku tahu, aku budak baik (masuk bakul, sendiri angkat...hehe..)
Mulai detik itu, aku mula belajar bersungguh-sungguh subjek Matematik dan bersedia setiap masa. Nasib baik pada tahap 2, cikgu Yusuf tidak lagi mengajar (dah bersara). Kesannya dapat dilihat ketika aku memasuki darjah 4, 5 dan 6. Guru Matematik lain iaitu seorang guru perempuan memberi kepercayaan padaku untuk aku menyemak buku latihan rakan-rakan sekelas sebelum ditandatangani oleh beliau. Aku juga diminta oleh guru untuk membantu kawan-kawan yang kurang faham akan subjek tersebut.
Kepercayaan yang diberikan padaku oleh guru Matematik menjadikan aku lebih bersemangat untuk terus belajar dan memahirkan diri dalam subjek tersebut. Matematik telah menjadi subjek kegemaranku hingga kini.
Kesimpulan yang dapat aku buat, hukuman yang diberikan menjadikan aku lebih peka untuk rajin belajar walaupun dalam ketakutan (takut kena denda lagi). Selain itu, teknik mengajar, faktor pujian dari guru, dan kecantikan atau ketampanan seseorang guru juga menjadi sebab pelajar minat untuk belajar. Ini berdasarkan pandangan aku sendiri.
33 comments
salam..
biar di denda asal kita cepat pandai heee..
bila di marah rasa mngis,tapi bila herdik baru sedar..rupanya setiap yg di kata guru2 benar belaka.
semoga kakak iza bejya dlm contest ini :) semoga berjaya ya
Salam.
Good luck untuk contest ya. Semoga berjaya.
Ramai juga kawan-kawan blogger ni yang dulunya nakal.
hahahaha,,,masa kecik memang takut betul dengan cikgu-cikgu nie apatah lagi dengan cikgu disiplin..berselisih jalan pun dah kecut perut...
takpe, cubit tu yang menjadikan kita sekarang ni. lagipun, tak bestlah kalau tak pernah kena denda kat sekolah kan? hehe
ok. nanti aku update kat entri terkini.
salam..
ermm..garangnya Cikgu Yusof tu
ye..nasib baik bukan cikgu saya :)
Ada juga kebaikan dapat guru-guru garang nih. :-)
Uih ada pertandingan ke? Camana nak join ni? Banyak pengalaman aku yang terjal nih kena denda hehe
hahaha teringat kena jentik telinga 20 kali dengan cikgu disiplin masa tingkatan 2 :-D
Ya, cepat ke blog Titan, dah kesuntukan masa ni...
Cepat...cepat...
Nasib baik telinga tak tercabut kan???
Betul tu..
W'salam..
Garang hingga susah nak senyum..
cekgu2 dulu semuanya garang mcm harimau tp, ramai yg berjaya. cekgu sekarang ni, klau tengking budak nnt bapak dia bawak senapang gajah.... Zaman dah berubah...
mmg kelakar kalau ingat kisah masa sekolah dulu.Hanya boleh diimbas tapi nak balik zaman tu rasanya tak lah :)
gud luck untuk contest ni..semakin sengit nampak nya
cikgu matematk slalunya garang2 kan..tp nasib baik chii x dpt cikgu yg garang dulu...ehehe..
beza cikgu dulu ngan skrg..time dlu2..leh denda anak murid..skrg ni..kalo jentik sket..da nak kena saman.a.deih..camne budak2 nak pandai
zaman dulu memang takut dengan cikgu.... tapi paling hebat denda pun merasa la roti panjang ( rotan ) 3 kali kat tapak tangan... peritttttt....
Salam,
Akupun pernah juga kena denda oleh guru Matematik, masa tu memang aku tak pandai Matematik ni :D
Pengalaman kena denda masa sekolah ni selalunya akan jadi kenangan manis sekarang ni..
cikgu Matematik memang garang kot?? Heeeeeeeeee. tapi alhamdulillah zida tak pernah kena lagi camnii. member cakap memang sakit kot kena cubit kat peruttt~
W'salam..
Betul tu..
InsyaAllah..
W'salam..
Terima kasih.
Susah nak menag ni, banyak saingan.
Sekadar nak tumpang jaringan network je.
Haaa...mesti ada buat salah ni..hehe..
Ok, terima kasih.
Betul la, silap2 kena saman..
Tak mungkin masa boleh diputar kembali..
Terima kasih.
Tumpang network je, tak pandai nak bermain SEO.
Zaman dah berubah..
Anak2 sekarang extra manja.
Biasa juga kena tapi bukan kat tapak tangan, kena hujung jari.
W'salam..
Betul tu.
Nasib baik tu...
Memang sakit la..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini