Rawat Blog Dengan SEO Doktor.

on Ahad, Mac 06, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Hari ini sengaja nak paparkan sedikit review tentang blog sendiri. Sebelum ni tak ada sesiapa pun yang sudi review Teratak Usang. Nampak tak angka yang menunjukkan 99%. Syukur Alhamdulillah walaupun tak dapat 100%. Cukup bangga. Bukan senang nak dapat tengok bendera hijau. Selalunya, SEO Doktor tu akan menunjukkan bendera merah atau kuning dengan peratus di bawah 70%. Itu merupakan SEO score yang dapat dilihat apabila kita install SEO Doctor, Add ons tool untuk Firefox.

Seperti manusia, blog juga memerlukan Doktor untuk dapatkan rawatan cuma berlainan bentuk iaitu yang berkaitan SEO. Terasa blog seperti tidak sempurna jika ada bendera merah dan peratusan terlalu rendah.

Page Rank Flow yang berwarna kuning memang sukar untuk dielakkan kerana terdapat banyak link (pautan) keluar dalam page pertama. Semakin banyak link yang keluar maka semakin kurang peratusannya. Kadang kala loading time juga tidak lulus jika terdapat terlalu banyak imej yang dipaparkan di page pertama, imej terlalu besar atau imej iklan yang terlalu banyak.

Masalah number of link sudah selesai apabila bloglist di sidebar telah diubah ke tempat bersesuaian, shoutmix disorokkan, dan mengurangkan sebanyak mungkin link yang tidak penting. Ketika ini, menurut SEO Doktor, page pertama mengandungi 86 links walaupun tidak kelihatan di mata kasar. Web Analytics boleh diselesaikan dengan mendaftar dan meletakkan kod yang diberikan dalam html.

Teori aku sendiri (kalau tersilap, tolong betulkan), kalau Inbound link tu bewarna merah, kemungkinan terlalu banyak outbound yang ada pada entry di page pertama. Lazimnya blog "do follow" akan ada masalah Inbound link ini.

Terima kasih pada Kak Jie yang menerangkan tentang wujudnya SEO Doktor dan Kaze yang menolong menyelesaikan beberapa masalah bendera merah yang wujud sebelum ini. Sungguhpun ianya tidak diambil berat oleh blogger lain (hanya segelintir sahaja), aku cukup memandang serius akan hal ini kerana SEO dapat membantu dalam meningkatkan trafik blog, meningkatkan Page Rank blog dan memudahkan pencarian maklumat. Tak ramai pun yang menggunakan SEO Doktor ni.

Beberapa bulan kebelakangan ini, aku hanya jumpa dua tiga buah buah blog yang mencapai 100% hijau iaitu blog Zulkbo, Kepala Bergetar dan Eizil. Tahniah kepada blogger-blogger ini kerana berjaya mengekalkan 100% SEO Doktor. Blog lain mungkin ada lagi tapi setakat ini, itu sahaja yang aku jumpa. Bilakah agaknya Teratak Usang nak boleh dapat 100% hijau?
Ranking: 5

30 comments

4 Mac 2011 pada 11:02 PTG

salam..
ermmm..saya perasan juga..
memang dah mencapai bendera
hijau bila anda edit H1 dan H2
tu..banyak blogger yang tak perasan
kedua ni mempengaruhi carian enjin kerana kita mengoptimakan nama blog kita di SERP (Kajian saya sendiri)

Tanpa Nama
4 Mac 2011 pada 11:12 PTG

Kalau guna Chrome tak boleh ke? Tira kurang berminatlah guna Firefox.

4 Mac 2011 pada 11:20 PTG

Salam Iza..mantap skrg..page i entri jer post..load laju...

Nine masih lagi tak paham ngan do follow n no follow tu...

tengok kat sesetengah plugin ada no follow do follow...

4 Mac 2011 pada 11:25 PTG

Salam
saya pun tak berapa faham dengan page rank flow ni, belum baca sepenuhnya details nya :D

4 Mac 2011 pada 11:30 PTG

ade x pugins cm ni utk google chrome?

4 Mac 2011 pada 11:33 PTG

kira seo friendly lah blog iza ni..

5 Mac 2011 pada 12:34 PG

@zulkbo
W'salam..
Best kan belajar ilmu SEO ni. Rasa byk lg ilmu tersembunyi yang kita tak tau.

@Miss Tira
Utk Chrome kurang pasti pulak. Setakat ni hanya jumpa utk musang ekor berapi je.

@Nine
W'salam
No folloe dan do follow tu kalau nak faham, kena banyak membaca dan buat kajian sikit2, lama2 nanti fahamla..

@etomyam
W'salam.
Tak mengapa, pelan2 kayuh, lama2 nanti faham la..

@♥ Ana Joe ♥
Entah la, belum jumpa lagi sekatat hari ni.

@Cik Sembang
Yup, rasa2nya macam tu la...hehe..

5 Mac 2011 pada 12:54 PG

Assalamualaikum...

Markah untuk blog saya 92 peratus. dapat tanda "kilat" ada 3. Setelah diteliti keterangannya, saya cuma tak buat penambahan atau ubahsuai dalam kod HTML yang mana kalau dibuat ia memberikan lebih kebaikkan untuk sesebuah blog atau laman web di enjin carian.

Blog ambil masa loading dlm 40 saat.. tapi kalau dalam komputer lain terutamanya yang mempunyai RAM yang tinggi, laju je.. tak pula sampai 40 saat... Bila periksa di laman web lain mengenai kelajuan paparan, lain pula keputusannya... entahlah..

kalau benda2 percuma ni memanglah ada kelemahan2 tertentu.. Tengok boleh, baca boleh tapi percaya terus jangan...buang mana2 "pautan mati" atau pautan yang memberi bebanan pada sesebuah laman web... dan kalau ada masa fahamkan kod "HTML"

5 Mac 2011 pada 6:44 PG

Thanks iza..ia membuka mata mak untuk melihat dan merawat blog mak plak pasni..tp, mak kurang mahir la bab2 nih! Pada siapalah mak nak mintak tunjuk ajr yea..

5 Mac 2011 pada 11:56 PG

Dulu pernah juga install add-on seo doctor tu.. tapi memandangkan banyak sangat add-on dah pasang.. saya buang semula.. jadi dah tak tahu berapa % seo blog saya sekarang ni..

5 Mac 2011 pada 4:58 PTG

Ahmad Zaki
W'salam..
Kalau kita nak yang terbaik untuk blog kita, kita sanggup lakukan apa sahaja supaya jadi yang terbaik.
Tapi kalau kita nak menilai blog kita, jgn gunakan komputer yang punya RAM yang tinggi, browser yang laju sebab tak semua orang ada sebaik itu. Kalau boleh nilaikan blog kita serendah-rendah penggunaan kerana ramai orang mampu memiliki dan menggunakannya. Dari situ kita akan sedar betapa berat atau ringannya blog kita. Sekadar perkongsian.

@Lagenda
Sama2 berkongsi ilmu. Tak apa, pelan2 kayuh, nanti iza pi tgk blog mak, kot2 ada yg boleh tolong tp tak pandaila kalau html blog mak lain dari blogspot.

@kulanz
Tak apa. Blog kulanz sememangnya dah ramai pengunjung, pengomen tegar, trafik dan PR tinggi, dah tak perlu risau lagi tentang SEO Doktor ni..

5 Mac 2011 pada 10:32 PTG

salam...
nanti nak cek doktor blog....cam sengal-sengal jer blog ni

5 Mac 2011 pada 10:43 PTG

@pak long
W'salam..
A'a, elok la check, takut melarat pulak sengal2 tu..

6 Mac 2011 pada 2:41 PG

erm ada jugak pasang se doc nie.. loading page lambat(blog saya).. sebab kelajuan internet tak sama... apepun ada blog2 yang lain dapat juga score 100%, biarpun tenet slow.. huhu.. yelah page nya loading laju.. bagi pr yang dah tinggi kadang2 diaorang tak pasang pun web analytic tuh.. sebab ia melambatkan loading blog..

6 Mac 2011 pada 10:25 PG

Assalamualaikum...

Ya... saya tidak menilai berat atau ringan blog semata mata pada ciri2 kelajuan komputer sahaja, hanya menyatakan keadaan sebenar yang berlaku...

Semalam saya periksa skor saya 92%. Lepas tu saya buangkan apa2 yang boleh dibuang atau yang kurang penting...,sebaliknya skor tu bukan meningkat tapi menurun pula. Gambar tak la banyak atau besar, semuanya dah dikecilkan sebelum upload.

Kalau ikut keterangan yang ada pada ikon "petir" tu, kena adjust beberapa bahagian pada kod HTML tapi waktu2 skrg ni tak de kesempatan nak fokus edit2 kod ni..

6 Mac 2011 pada 2:59 PTG

@Ahmad Zaki
W'salam..
Skor kita kadang2 berubah mengikut entry yang kita buat. Kalau ada niat nak adjust, bagus la tapi kena tau cara untuk selesaikan petir kuning dan tanda merah tu dulu. Saya akan bantu setakat termampu..

6 Mac 2011 pada 4:21 PTG

TERIMA KASIH ILMU NI.. MASIH LAGI TERKEDEK2 BELAJAR.. HEHE.. NASIB BAIK ENTRY DLM BM.. PAHAM LE SIKIT2..

TQ KE: ALL IN ONE

6 Mac 2011 pada 4:27 PTG

@nur
Sama2. Tak pe, pelan2 belajar. Moga dapat manfaat bersama..

6 Mac 2011 pada 9:32 PTG

Nice sharing iza...terima kasih ya.

Banyak yang tersembunyi di sebaliknya kan.. kena terus merojinkan dirini...InsyaAllah ^_^.

6 Mac 2011 pada 10:52 PTG

@Amyna
Sama2.
Ya la, byk lagi rahsia SEO yang tersembunyi.

infonya menarik bu...
cara penggunaannya gimana tuch?...

7 Mac 2011 pada 12:46 PTG

enaknya punya doctor pribadi, kesehatan blog kita akan tetap terjaga yach...
nich post :-)

7 Mac 2011 pada 1:58 PTG

@Komodo Island is the NEW 7 Wonders of The World
Download/install SEO tool tu. Kemudian,restart firefox dan buka blog anda.di bawah skrin komputer, ada paparan peratusan.klik di % tu dan kita akan dapat lihat SEO score tentang blog kita.

@Firaun NgebLoG
Ya. Thanks..

7 Mac 2011 pada 4:35 PTG

nak cuba jugak la, macam menarik jer..:)

7 Mac 2011 pada 5:56 PTG

xrawat pon..analisis jer

7 Mac 2011 pada 8:39 PTG

@ZACK ENTRY
Cuba la...

@apisv2
ok jgk tu..

8 Mac 2011 pada 12:50 PG

ak pki google chrome;p

8 Mac 2011 pada 3:56 PTG

@apisv2
Owh..Hmm..

8 Mac 2011 pada 9:51 PTG

nak jumpa doktor seo ni jugak..

8 Mac 2011 pada 10:28 PTG

@Mus
Hehe...sila2

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved