Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan

Senarai Rumah Sepanjang 2006-2024

on Rabu, Februari 28, 2024

 Assalamualaikum, Salam 1 Dunia.


Sekadar coretan sepanjang merantau ke negeri orang. Ingatan ni mungkin akan hilang satu hari nanti. Sebelum terlupa, Iza simpan kat sini. Sepanjang Iza merantau mengikut suami, sudah 10 kali Iza pindah rumah. 


Angara rumah yang pernah Iza sewa:

1. Taman wawasan Hutan Melintang (2006-2007) RM200

2. Quarters Peladang Hutan Melintang (2007- 2008) RM300

3. Flat kuarters TNB, Teluk Intan, Perak (2008-2009) RM45

4. Taman Desa Bernam Baru, Hutan Melintang Perak ( 2010-2012) RM400

5. Kuarters TNB Teluk Intan Perak (2013-2014) RM45

6. RPA Karentina, Perak (2015-2016) RM350

7. Taman Desa Caely (rumah sendiri), Kg. Banjar, Perak (2017-2019) 

8. Taman Makmur Jaya, Karak, Pahang. (2020-2022) RM800

9. Kuarters TNB Bentong, Pahang.(2022) RM45

10. Rumah sendiri di Perlis.(2022-2024)


Rumah ke 11, coming soon. Mungkin Iza akan pindah lagi dan menyewa di Ipoh, Perak. Rumah yang Iza duduk sekarang ni mungkin akan dijadikan homestay seperti rancangan asal dulu.

Iza can laburkan hampir 20k untuk buat bengkel jahitan tepi rumah. Kain- kain dagangan dari rumah Desa Caely bass masuk kedai dengan sewa RM400. Pindah semula masuk rumah Desa Caely selepas banjir. Iza bawa 4 rak heavy duty, kain- kain dan mesin jahit pindah ke Karak. Angkut pindah lagi menyewa rumah kedai di Perlis sebelum soap bengkel tepi rumah.

Memandangkan umur pun dah making pendek, rasanya dah cukup pindah- randah dengan banyak barang.

Sebelum pindah lagi, Iza nak let's go semula item ready stock yang masih ada. Diskaun pun ada kalau boring banyak.

Next post nanti, Iza akan sertakan gambar serta link. Sampai di sini dulu. Selamat malam.



Selamat Tahun Baru 2015

on Selasa, Januari 06, 2015

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.


Belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2015. Azam tahun 2014, sebahagiannya belum tercapai lagi, muncul pula 2015. Yang belum tercapai, dibawa bersama dan diiringi azam baru, matlamat baru dan semangat baru.

Azam tahun baru ni bukan sekadar ke arah material keduniaan tetapi juga untuk saham akhirat juga. Rugi masa dan hidup terasa sia-sia kalau tidak seiringkan bersama kerana kita punya destinasi yang perlu dituju.

Moga impian dan harapanku tercapai untuk tahun ini, InsyaAllah.

Terlelap Seketika.

on Rabu, Oktober 08, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Selamat Hari Raya Eidul Adha untuk semua umat Islam..

Raya haji tahun ni, tak balik kampung (Kedah, Perlis atau Kelantan). Raya je kat rumah sendiri (rumah sewa le...).  Malam raya tidur lewat, maklum la ada anak kecik. Jam 3 pagi baru tidur dan 6.30 pagi bangun solat serta menyediakan juadah hari raya.

Aku masak nasi briani campak-campak ala-ala Chef Wan, sambal ayam, ayam panggang dan sedikit salad. Bajet untuk satu keluarga sahaja. Dah tau dah, tak ada sapa yang akan datang beraya dan kami sekeluarga pun tak tahu nak pergi beraya rumah siapa.

Selepas zohor, salin baju raya dan bertolak ke Manjung. Tempat pertama yang dituju, pusat bowling. Lepas makan petang, terus balik. Semuanya keletihan, hubby pening kepala jadi aku drive kereta dalam keletihan dan mengantuk. Akibatnya....

Jeng..jeng..jeng...


Ambik kau...
Terlelap seketika membawa padah.

Rasanya tak sampai 30 saat pun aku terlelap. Sebelum tu hubby dah pesan, jangan bawa kereta lebih 100km/j sebab tanya tak berapa elok. Aku pun bawa slow.

Kalau dah slow, memang mengantuk la. Sedar-sedar, aku dah langgar belakang bas. Semua yang tertidur dalam kereta terkejut dengan dentuman kuat tapi tak tahu apa yang berlaku. 

Bumper pecah, bonet kemik. Dalam tu, ada calar sikit kot. Kipas masih berfungsi dan rasanya yang lain-lain ok. Anggaran kerosakan mungkin ribuan...

Aku dah gabra, ketaq kata orang kedah, gigil bukan sebab kemalangan tapi takut kena marah dengan my hubby....Sebab kemalangan ada la sikit tapi takut kena marah tu yang risau.

Hanya perkataan "MAAF" yang mampu aku katakan.

Moral of the story:
Orang dah pesan, jangan memandu kalau mengantuk. Tengok..tengok..apa dah jadi? Nasib baik tak ada yang tercedera. Sikap macam ni la yang banyak mengundang maut. Lain kali buat lagi no....

Sekian sahaja kenangan yang ku tinggalkan untuk tahun ini....

Tibanya Ramadhan Al-Mubarak

on Khamis, Jun 26, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.


Selamat Menyambut bulan Ramadhan pada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Kisah Si Tukang Kebun

on Isnin, Mac 03, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Aku tinggal di kuarters. Jadi memang ada tukang kebun. Kadang kala silih berganti. Hari ni nak cerita tentang tukang kebun. 

Beza antara tukang kebun dulu dan sekarang. Tukang kebun yang dulu rajin. 2 hari atau 3 hari sekali, dia datang bersihkan longkang, sapu dedaunan kering, bakar sampah. 

Tukang kebun yang baru ni, extra rajin. Hari-hari dia datang. Dia bersihkan longkang, sapu dedaunan kering, mesin rumput, repair semua pokok yang terlebih daun dan tebang pokok-pokok yg mungkin menyakitkan matanya. 

Tak ada langsung secebis plastik atau kertas kelihatan di halaman. Dan yang paling bagus, tak ada pembakaran terbuka lagi kerana tiap kali dia nak tebang pokok, dia akan bawa lori. 

Kesannya, cuaca panas jadi semakin panas bila pokok-pokok dah makin berkurangan di halaman. Rumput-rumput tak ada peluang lagi nak meninggikan diri. Tukang kebun tu akan naik tempat tinggi (rumah flat) dan perhatikan di mana lagi tempat yang harus dia kerjakan.

Buktinya....

Tengok...
Depan rumah aku, tak ada satu pun rumput yang panjang meliar dan tak sempat pun rumput tu nak naik sejengkal jari tangan, pasti kena mesin..

Kalau masuk pertandingan halaman paling bersih, hadiah tu patut bagi kat tukang kebun.

Muncul Kembali Di Tahun 2014

on Rabu, Januari 29, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Selamat tahun baru 2014. Dah nak masuk bulan Februari, aku baru nak ucap selamat tahun baru. Lama jugak ku biarkan blog ni bersawang. Sejak 10 November lepas, last up date. Banyak cerita nak diceritakan sebenarnya tapi mampukah aku luangkan masa untuk itu?

Nak karang semua cerita, panjang sangat. Di pendekkan cerita, hujung tahun lepas, sebaik sahaja cuti sekolah bermula, aku balik kampung menanti hari...

2 Disember 2013, aku lahirkan seorang putera lelaki seberat 3.83kg di Kedah Medical Centre secara pembedahan. Berpantang 2 minggu di rumah mertua dan kembali ke Perak semula.

2 Januari 2014, anak sulungku mula masuk darjah 1 di Sekolah Rendah Al- Munir. Dari situ bermula rutin harian ku yang baru. Kena bangun awal pagi menantikan van sekolah yang akan ambil dan hantar anakku pulang. Jadi, tak perlu lagi aku sibuk nak menghantar atau mengambilnya di sekolah. Cuma letih la sikit dengan 2 anak kecil.

Dalam sibuk-sibuk tu, sempat lagi aku mengait. hehe...hobi yang tak boleh nak dipisahkan... Hubby aku sentiasa tak bersetuju dengan apa sahaja hobi yang aku ceburi. Pelik betul la hubby aku ni.. Ada aku kesah? Aku teruskan juga walaupun tak dapat sepenuh sokongan darinya. Hobi ni membuatkan diri kita relax dan tenang (eh, bukan sama maksud ke?). Maklum la, kadang tu stress, tidur tak cukup. Jam loceng bergerak sentiasa bunyi di malam hari. Bak kata lagu Nenek Si Bongkok Tiga, siang tidur, malam berjaga. Bayi yang kecik tu, mula jam 7 pagi baru dia nak tidur. Time orang nak tidur, time tu la dia berjaga. Tak kan nak biarkan dia berjaga sorang-sorang, jadi aku la penemannya..hehe..Mudah-mudahan besar nanti jadi anak soleh. Angan-angan dalam hati, "cepat la besar...nak hantar belajar di sekolah Tahfiz". Kerja tak hebat tak mengapa asalkan tahu mandikan jenazah ibu, tahu baca doa untuk ibu dan kirimkan pahala untuk ibu bila ibu dah tak ada nanti...

Kisah anak yg ke dua.. (Kak Ngah)
Dah berusia 2 tahun 4 bulan. Badan makin sihat sebab masih menyusu badan manakala adiknya minum susu formula. Baguihnya kakak ni, susu adik, dia minum. Baguih juga si adik, mengalah untuk kakaknya...Kakaknya ni kuat cemburu. Apa sahaja untuk adik, semua dia nak. Sangat berbeza dengan Alongnya yang pemalu. Kak Ngah ni langsung tak segan dengan orang. Semua orang, dia nak ikut kalau datang ke rumah.

Itu la serba sedikit ceritaku sebagai permulaan tahun baru. Azam baru??? Macam biasa, nak capai target.

Domain www.teratakusang.com tamat pada 14 Januari 2014. Tapi aku dah renew sejak Novermber 2013 lagi. Maklum la, hubby ku sukar dijangka. Kalau aku lambat-lambatkan, tetiba dia tak bayar bil streamyx ke, sudah....Tambah-tambah lagi bila dia hantar aku balik kg, sah-sah la tak ada orang nak guna internet dan aku pulak tukang bayar segala bil secara online. Dua bulan tak ada khabar suruh bayar bil, memang masuk air la. Baik aku renew domain awal-awal, lebih selamat.

Aku sibuk sebenarnya. Orang lain pun sibuk jugak kan? Nak masak, mengasuh anak-anak, tunggu anak balik sekolah, nak siapkan tempahan kait, nak buat barang ready made untuk persediaan bulan Februari nanti. Oppss, sebelum aku terlupa, group aku akan buka booth di Lorong Seni, Putrajaya untuk jualan barangan handmade. Sila la berkunjung ke sana. Yang terdekat ni di Senawang Food Festival tapi yang ni, aku tak sempat nak kirimkan barang untuk jualan.

Ok la, aku stop di sini dulu,
Assalamualaikum.


Gara-gara Nak Cepat.

on Selasa, Mei 14, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia...

Pagi ni giliran aku untuk hantarkan anakku ke Pra Sekolah. Biasanya kalau hubby kena standby atau ada breakdown sampai ke pagi, aku la yang akan ambil alih tugas sebagai mak supir.

Kalau aku yang hantarkan, pastinya kami akan keluar sekitar jam 7.10 ke 7.15 pagi. Satu sifat aku yang sukar nak ubah adalah "cepat". Semuanya aku nak cepat maka kalang-kabut la jadinya... Nak kejut anak, mandikan anak, siapkan anak (anak yang sorang ni malas nak buat sendiri atau dalam bahasa mudah malas nak berdikari). Yang kecil pulak merengek nak dibelai.

Apabila semuanya sudah siap dan enjin kereta pun telah dipanaskan, aku bawa anak-anak naik kereta untuk ke sekolah. Sampai sahaja di pertengahan jalan, anakku bersuara....

"Ibu....."
"Kenapa? Tertinggal beg sekolah ke?"
"Bukan. Along terlupa nak pakai kasut sekolah..."

MasyaAllah....jam di tangan menunjukkan 7.20 pagi. Tak sempat lagi dah kalau nak berpatah balik sebab jalan tu nak kena U-turn jauh di hadapan dan apabila berpatah balik, kena U-turn semula jauh di belakang sebelum sampai ke rumah.

"Tak pa la Along, nak buat macam mana, kita dah lambat ni. Kalau cikgu tanya, bagitau je Along lupa..."

Itu je jawapan yang boleh aku berikan...
Dia pun tau sarungkan saja masuk ke kaki...Kalau ke sekolah bersama abahnya, tak pernah pulak terlupa nak pakai kasut sekolah.

Pengajarannya: Jangan buat kerja terburu-buru dan pastikan semuanya lengkap sebelum melakukan perkara lain.

Toman IKU

on Rabu, April 17, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Ikan toman ni sangat istimewa bagiku kerana menurut hubby, tidak ada ikan toman yang terkena mata kail dan dinaikkan ke darat boleh hidup untuk tempoh yang lama.

 Tomy si toman

Hanya seekor sahaja...
Ikan toman ni adalah hasil hubby pergi memancing di Tasik Kenyir sebulan yang lalu ketika aku berada di Penghujung Benua di Johor.


Gambar anak-anak ikan ini adalah makanan Tomy si toman. Biasanya ikan toman makan anak itik hidup (kesian itik tu...) tapi saiz toman tu kecil lagi. Jadi anak ikan itu la makanannya setiap hari pagi dan malam.

Nak tau kenapa toman IKU?
IKU bermaksud Ikan Kurang Upaya.
Sehari selepas Tomy si toman dimasukkan ke dalam akuarium terbiar belakang rumah (akuarium baru dah wakaf kat orang, maka guna la akuarium penghuni lama), pada suatu petang, Tomy tiba-tiba hilang. Malam sebelum tu,ada binatang naik atas bumbung rumah. Ingatkan Tomy sudah di bawa pergi.

Rupa-rupanya dia lompat keluar. Entah berapa lama Tomy berada dalam longkang semak, digigit kerengga sambil mengelupur. Nasib baik aku terdengar bunyi sesuatu bergerak-gerak sebalik daunan kering, dan selamatlah Tomy. Tapi malangnya, mata hitannya yang kelihatan seperti gambar di atas tu sudah menjadi putih. Tomy sudah buta sebelah matanya akibat digigit kerengga. Walaupun IKU, selera makan Tomy tetap tidak berubah.

Pagi tadi hubbyku sudah terbang ke Bangkok untuk beberapa hari. Anak-anak ikan pun sudah habis. Terlupa pula untukku membeli makanan Tomy. Harap Tomy dapat bersabar sehingga hari esok....

Tayar Bocor

on Isnin, Mac 18, 2013


Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.


Kisah ni berlaku beberapa hari selepas Tahun Baru Cina lepas. Masa ni aku belum berpindah lagi jadi terpaksa berulang-alik dari Hutan Melintang ke Teluk Intan setiap hari kerana anakku telah didaftarkan di sana (Pra- Sekolah). 

Kalau dah berpindah, sekolahnya tu dekat dengan rumah baru. Setiap pagi anakku akan pergi ke sekolah dengan abahnya. Waktu balik, aku yang akan menjemputnya.

Kalau nak memandu secara santai, boleh la keluar rumah seawall jam 10.30 pagi. Paling lewat boleh keluar dari rumah sekitar jam 11.15 minit pagi. Kalau keluar lewat, terpaksala merempit laju sikit supaya dapat sampai sebelum atau tepat jam 11.40 pagi.

Satu hari tu, aku keluar jam 11 pagi, tak terlalu awal dan tak terlalu lewat. Perjalanan secara sederhana ambil masa lebih kurang 20 minit. Rasa berat je bila tekan minyak kereta. Handbreak pun dah lepas tapi kenapa masih terasa berat. Tak dapat la nak merempit bila kereta terasa berat. Untuk menyedapkan hati, mungkin aku bawak barang banyak kot. Kebetulan masa tu memang aku isi barang penuh kereta untuk hantar ke rumah baru.

Bila dah ambil anak dan terus ke rumah baru, baru aku check tayar kereta. Rupanya salah satu dari tayar belakang sudah kekurangan angin. Tak pandai nak pastikan samada tayar tu sengaja kekurangan angin atau sudah bocor. 

Waktu rehat, sms hubby bagitau hal tersebut. Dia pun sibuk dan sempat singgah beberapa minit (tak sempat nak masuk rumah pun) untuk pastikan tayar tu bocor atau tidak. Dia hulurkan duit RM100 dan suruh aku cari kedai tayar berdekatan. Terkebil-kebil mataku.

Mungkin bagi orang lain, sudah biasa perkara sebegini terjadi tapi bagi aku, ni la kali pertama aku kena pergi ke kedai tayar. Berdebar-debar pun ada. Selama ni asyik harapkan orang lelaki je yang uruskan hal berkaitan kereta. Kalau setakat nak isi minyak kereta tu. Memang selalu la aku buat.

Kedai tayar kereta Dunlop (betul ke ejaannya?) tutup. Belakangnya tu ada buka tapi khas untuk tayar lori je. Boleh ke? Aku teruskan perjalanan secara perlahan lagi ke hadapan. Jumpa kedai tayar Michelin, pun tutup juga. Raya sakan juga Cina-cina tayar ni. Maju lagi ke hadapan, Alhamdulillah, ada kedai tayar yang sudah buka. Aku pun terus ke kedai tersebut.

Tunggu lebih kurang 15 minit, taukey kedai pelawa makan hidangan kuih raya, pelbagai jenis kuaci dan seraga buah limau mandarin,  kereta pun siap. Ingatkan mahal kos untuk tampung tayar kereta rupanya hanya RM8. Setelah semuanya selesai, aku pun bertolak balik ke rumah lama.

Pengajaran: Bejalar berdikari dalam apa jua lapangan. Sekian.

Kembali Mewarnai Dunia Blogging

on Ahad, Mac 10, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Bertemu lagi kita di arena maya. Terlalu lama rasanya aku meninggalkan dunia maya. Masa di rumah lama, guna internet sepuas-puasnya hingga TM sekat talian. Sebabnya hubby tak bayar bil apabila sudah confirm nak pindah.

Dah la tak ada internet, anak-anak pulak kerjakan notebook ku (bila bateri iPad habis). Along nak main game, si adik pulak tekan sana-sini. Entah apa silapnya, kurser tak bergerak sudah. Ataukah touchpad sudah rosak? Akhirnya touchpad tak berfungsi. Sunyi la duniaku... Dah la mouse pun tak ada.

Di samping itu, aku pula asyik survey pakej mobile internet yang barbaloi dan tak banyak kerenah. Tapi hubby macam tak berminat. Satu hari aku tanya betul-betul sama ada nak langgan streamyx atau tidak. Risau juga namaku di blacklist kalau tak bayar. Hampir RM500 bil yang tertunggak.

Satu hari tu, menurut hubby...membernya ajak main KUTU atas namaku. Bila cabut undi, Alhamdulillah namaku yang pertama. Maka dapat la RM1000-RM100. Tepat pada masanya soalan yang aku tanyakan tu. Duit tu dapat la aku gunakan untuk bayar streamyx dan sambung talian pemindahan ke kediaman baru.

Aku juga tak lupa untuk survey mouse yang comel untuk notebook ku tapi tak jumpa yang berkenan di hati. Aku rasa mesti ada something wrong kat mana-mana. Ada juga aku pergi ke kedai  servis komputer bertanyakan tentang touchpad tanpa bawa laptop. Tuan kedai suruh bawa laptop dulu, baru tau jalan penyelesaiannya.

Petang Jumaat lepas aku hantar borang pemindahan, petang Sabtu talian telah disambungkan. Syukur sangat-sangat. Ada internet tandanya ada caranya untuk aku gunakan notebook tu nanti.

Itulah pentingnya internet. Tak perlu lagi aku keluarkan duit untuk baiki touchpad tak berfungsi atau beli mouse baru. Kita google saja....

Bila dah ada internet ni, nampaknya akan ada mood rajin kot untuk up date selalu. Kali ni kena buat jadual harian la nampaknya sebab aktiviti harianku bertambah. Nak kena ambik anak sekolah, uruskan rumahtangga, hobi sampingan (crochet) selain blogging. Harapnya aku tak terbabas masa.

Bersambung...

Bertambah Angka Berkurangan Usia

on Selasa, September 25, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Apabila ter"publish"nya entri ini, bermakna aku sudah bertolak balik ke kampung. Sengaja autopublish awal-awal kerana aku tak pasti samada line internet akan diteruskan atau sebaliknya. Kalau tiada lagi up date selepas entri ini, mungkin inilah entri terakhir dariku. Dan kalau ada up date pun, mungkin ketika aku berada di kampung.

Hari ni genap usiaku 30 tahun. Dah semakin tua, apabila angka bertambah maka umur pun semakin pendek. Teringat masa aku di bangku sekolah dulu, pasti ada ada masakan istimewa dari mama dan sebiji kek dari kakak untuk meraikan hari kelahiranku. Jemput kawan-kawan rapat datang ke rumah menjamu selera. Masa tu seronok sangat apabila dapat hadiah. Kenangan lalu...

Masa pantas berlalu. Kini aku sudah punya keluarga sendiri dan punya 2 orang puteri.

Dengan bertambahnya usia, aku berdoa agar diteguhkan imanku, jauhkan diriku dari sifat-sifat mazmumah dan tanamkan sifat mahmudah, jadikan suamiku, anak-anakku dan keturunanku sebagai keturunan yang soleh dan solehah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapaku, moga Allah pelihara imanku hingga akhir hayatku, Aminn..

Tugas Harian Bertambah.

on Selasa, September 18, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Hari ini bermulanya tugas aku sebagai tukang hantar dan ambik anakku dari tadika memandangkan hubby dah bertukar tempat kerja.

Kalau sebelum ini tugasku hanya menguruskan hubby dan anak di pagi hari dan meniupkan kata-kata semangat untuk anak ke sekolah, hubby akan hantarkan anak ke sekolah sebelum ke tempat kerja. Kalau sempat balik atau aku tak sihat, hubby akan ambil anak dari sekolah. Tapi kini, awal-awal subuh pagi aku akan mandi dan bersiap-siap dulu sebelum mengejutkan hubby dan anak. Aku yang akan ambil alih tugas hantarkan anak ke tadika. Alhamdulillah, pagi ini semuanya berjalan lancar cuma si kecil je merengek-rengek dan akhirnya meraung-raung kerana terganggu tidurnya apabila terpaksa bangun bersama untuk hantar Alongnya ke tadika.

Bermula hari ini juga, aku akan menikmati kesibukan ini...

Sekalung Tahniah.

on Isnin, September 17, 2012

Assalamualaikum
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Syukur Alhamdulillah di atas kurnianan, rahmatNya dan rezekiNya untuk sekalian makhluk. Esok merupakan hari pertama hubby memulakan tugas baru di tempat kerja baru di bawah Jabatan yang sama.

Tahniah di atas kenaikan pangkat tersebut. Semoga terus berjaya dalam kerjaya dan menjadi pemimpin yang  baik, berdedikasi dan bertanggungjawab pada rakan-rakan bawahan, pemimpin atasan, pada agama, negara dan juga bangsa.

Semoga jawatan yang di sandang tersebut dapat dipikul dengan jayanya. Tahniah sekali lagi di atas segala usaha, penat lelah yang telah dicurahkan demi negara tercinta dan yang penting, jangan terlupa untuk bersyukur padaNya kerana Dia lah pemberi rezeki kepada para hamba-hambaNya.

Sumbangan cenderamata dari Cawangan Hutan Melintang.



p/s : Lambat lagi la nampaknya nak boleh balik bertugas di kawasan utara. Syukur Alhamdulillah, seronok sangat berada di negeri orang kerana orang di kampung pasti selalu merindui saudara yang jauh.

Kembali Ke Rumah Berhantu?

on Jumaat, September 14, 2012

Assalamualaikum, 
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Ramai yang tak percayakan hantu. Mungkin perkataan "hantu" itu sendiri membuatkan kita (di zaman moden ini) sukar untuk percaya tetapi tidak mustahil wujudnya makhluk jin dan syaitan. Bagi mereka yang pernah merasai kewujudannya atau mengalaminya pasti tahu pengalaman sebegitu.

Rumah ke tiga ku (Kuarters TNB) dulu ada bermacam-macam gangguan. Bagiku gangguan-gangguan tersebut tidak la berbahaya dan kurang menyeramkan. Kenangan di rumah flat 4 tingkat tersebut tetap dalam ingatan. Penghuni dari tingkat bawah hinggalah ke tingkat paling atas, pasti tahu apa yang berlaku. 

Ketika aku menjadi penghuni tingkat 2 di kuarters tersebut, setiap tengah malam akan kedengaran orang sedang mengubah perabot rumah di tingkat atas dan begitu juga orang yang berada di atas rumahku. Pasti mereka juga terdengar perabut rumah sedang diubah di atas rumah mereka. Pertama kali terdengar, fikir positif. Mungkin orang atas sedang mendekorasi rumah mereka tapi apabila hari-hari terdengar, sah la, bukan kerja tuan rumah di atas.

Kedengaran juga suara riuh-rendah kanak-kanak berlari menuruni tangga di tengah malam. Kalau hari-hari biasa, tak ada masalah tetapi kalau masa cuti sekolah, ramai penghuni yang balik kampung atau bercuti ke mana-mana tempat. Jadi siapakah yang menggamatkan keadaan di kawasan tersebut?

Pernah juga aku bawa mamaku untuk tinggal bersamaku beberapa minggu. Mamaku bertanya, "sapa la yang rajin dok main ping pong 2-3 pagi?" Mana mungkin ada yang bermain ping pong kerana di bawah sekali adalah ruangan parkir kereta.

Aku juga pernah terjaga di tengah malam, anak tetiba menangis dan terasa bulu roma tegak berdiri. Ternampak seperti lembaga hitam berdiri depan pintu bilik tetapi aku tak pasti samada itu hanya ilusi atau bayang-bayang atau apa saja kerana tersedar dari lena, mata pun agak kabur. Sekali pandang seperti ada sesuatu, pandangan kali ke dua, dah tak kelihatan lagi. Masa tu berdebar-debar jantungku. Hubby kerja malam. Aku berdua sahaja dengan anak sulungku (masa ni kecik lagi).

Setelah 2 tahun di rumah ke empat, aku akan berpindah semula ke Kuarters tersebut walaupun bukan rumah yang sama. Rumah yang bakal aku duduki nanti mungkin rumah sebuah-sebuah. Menurut hubby, tuan rumah yang ada sekarang ni belum lagi serahkan rumah itu walaupun sudah lama tidak duduk di situ. Gangguan di situ boleh tahan juga seramnya. Masuk sahaja di dalam rumah, akan terasa seramnya. 

Hmmm.....teringin juga nak rasa suasana baru di situ. Nasib baik aku ni bukan jenis lemah semangat. Sudah banyak kali aku alami kejadian menyeramkan bermula dari tingkatan 6 apabila tinggal di asrama sekolah yang di belakangnya mempunyai hutan tebal, pelajar selalu histeria, pernah hadiri Kem di Ulu Sepri yang kuat mengusik peserta-peserta Kem dan kini....aku bakal hadapinya lagi.

Terdetik juga dalam hati, kenapa tak cari je rumah sewa lain berdekatan tempat kerja baru? Hatiku pun jawab sendiri...mungkin tak ada rumah sewa yang murah (dalam lingkungan RM300) atau tak ada rumah yang nak disewakan atau boleh berjimat bila duduk dan sewa di kuarters lebih murah serendah RM45 sebulan....

Kalau gangguan yang ada tu tak seberapa dan tak menjejaskan kehidupan seharian, ok la. Boleh juga berikhtiar dan mengimarahkan rumah dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Tapi kalau kuat sangat mengusiknya yang boleh membahayakan nyawa, mungkin kena cari rumah lain la.

Apa-apa pun kita tunggu......
Hujung tahun atau awal tahun depan...

Angka 7

on Khamis, September 06, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.


Esok...
Tanggal 7hb...
Angka 7 ni istimewa dalam hidupku juga dalam keluargaku.

7 Disember - Aku diijabkabulkan.
7 September 2007 - lahirnya cahaya mata pertama
7 September 2011 - lahirnya cahaya mata ke dua
Nurse pun pernah tanya dulu samada aku rancang tarikh tu untuk anak ke dua. Mana ada rancang pun. Kalau baby tu dah nak keluar, memang tak boleh nak tunggu lagi dah kan...

Nombor handphone aku pun berakhir dengan angka 7. Nomber motosikal aku bermula dengan angka 7 dan bakal kereta baru pun mungkin ada angka 7 di belakang.

Agaknya hadiah apa yang nak bagi pada kedua-dua anak aku ni? Yang sulung berusia 5 tahun dan yang kedua berusia 1 tahun.

Doaku, moga anak-anakku dan seluruh keturunanku menjadi anak yang soleh (satu hari nanti mungkin) dan solehah.

Belum Terlambat.

on Khamis, Ogos 23, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin andai ada salah silap dan terkasar bahasa.

Balik kampung seminggu sebelum raya dan pulang semula ke rumah pada hari raya ke 2. Memang tak sempat nak beraya puas-puas di kampung. Singgah beraya di kampung sendiri dalam beberapa jam sahaja.

Terasa masa begitu cepat berlalu tapi kini apabila sudah berada di rumah sendiri, rasa macam sudah seminggu beraya. Ingatkan esok sudah hari merdeka, rupanya aku yang tersilap tarikh. Salahkan pula hubbyku kerana beli roti yang sudah tamat tempoh, rupanya fikiran aku bertarikh seminggu ke depan.

Mood nak up date blog memang langsung tak ada. Dekat facebook dan blog, ramai yang up load gambar keluarga tapi aku hanya sempat bawa balik DSLR sahaja ke kampung dan simpan dalam bilik. Langsung tak ambil gambar walaupun sekeping. Hanya menyemak ruang kereta saja bawa balik kamera tu. Ketika hari raya, sibuk memaksimumkan pengisian dengan mengunjungi saudara-mara terdekat dan mengejar masa yang singkat. Maklum la, raya ke dua akan berangkat pulang.

Kesimpulannya, tiada gambar tanda kenangan untuk tahun 2012. Selamat Hari Raya dari aku sekeluarga.

Meriam Batang Kelapa

on Rabu, Ogos 15, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Kalau dulu, meriam buluh atau meriam batang paip sangat popular di kalangan masyarakat Melayu yang kreatif mencipta. Ketika itu, kanak-kanak hanya jadi penontonnya sahaja. Jarang terdengar ada warga tua yang putus tangan, buta, cedera dan sebagainya. Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi.






Nota: Tiada kaitan antara meriam dengan insan-insan yang berada di dalam gambar. Sila abaikan insan-insan tersebut.

Info: Meriam batang kelapa ni amat terkenal di kalangan orang-orang lama di salah satu kawasan di bahagian Perak yang banyak pokok kelapa. Negeri lain tak pasti. Meriam batang kelapa ni dimainkan di waktu malam ketika menjelang Hari Raya Puasa. Uniknya, setiap satu meriam ini mempunyai nama-nama tersendiri.

Tak dapat nak dengar bunyi meriam kerana selalu balik kampung awal sebelum raya. 

Bakal Mengundurkan Diri

on Khamis, Ogos 09, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Belum puas rasanya untuk aku merasai keseronokan blogging kerana itulah minatku. Baru sahaja aku menapak dengan domain sendiri (teratakusang.com) lebih kurang 7 bulan lalu dan belum pun sempat aku mengatur langkah sempurna untuk ke hadapan, kini aku terpaksa mengundurkan diri dari dunia maya.

Tak tercapai jugak hasrat aku untuk memperbaiki blog, penulisan, alexa dan segala-galanya yang berkaitan dengan blog.

Sedih rasanya untuk aku meninggalkan blog tersayang. Bagaikan terpisah nyawa dan badan atau kehilangan salah satu anggota badan. Sakit rasanya untuk aku melalui semua ini. Hubby aku tidak akan faham walaiu bagaimanapun caranya aku jelaskan padanya kerana dia tidak pernah berada atau menceburi dalam bidang ini.

Aku tidak mempunyai banyak masa lagi untuk menulis. Jika secara tiba-tiba dalam tempoh yang lama aku tidak menulis, itu tandanya aku sudah mengundurkan diri dari dunia maya sehingga....entah bila, aku pun tak pasti.

Pengunduran ini terpaksa dibuat kerana aku sekeluarga akan berpindah (semula) sekali lagi ke Kuarters TNB Teluk Intan. Sudah terbayang kepenatan, keletihan yang bakan menjelma saat berpindah nanti kerana sudah masuk 4 kali aku berpindah. Kalau dulu aku hanya berpindah rumah tapi kali ini aku sekeluarga akan berpindah rumah serta tempat kerja hubby. Mungkin ini merupakan berita gembira buat hubby tetapi tidak bagi aku. Perpindahan ini bakal mengorbankan minat dan impian aku untuk terus maju dalam dunia maya samada blogging ataupun business online.

Perpindahan ini juga menandakan akan tamatnya perkhidmatan internet. Sedihnya aku dengar...Dalam diam hatiku menangis. Hayat domain aku masih ada lagi setahun lebih. Pelbagai perancangan sedang aku susun namun semuanya terpaksa aku lupakan (harap-harap hanya untuk seketika).

Menurut hubby, kami akan berpindah pada bulan Oktober nanti tetapi oleh kerana anak sulungku masih tadika, mungkin proses pindah rumah akan dilakukan pada bulan November.

Di tempat baru, rumah baru, kerja baru dan segala-galanya baru nanti, belum pasti lagi bagaimana aliran kewangan dan perbelanjaan harian. Jika sudah stabil, kemungkinan untuk pasang internet semula adalah cerah. Itulah yang aku harapkan.

Aku akan cuba up date jika masih berkesempatan. Di sini juga aku ingin menjemput sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis di Teratak Usang. Jika berminat, boleh isikan Contact Form di menu bar di atas. Tajuk adalah bebas dengan syarat, penulisan tidak melanggar undang-undang Negara dan Agama serta tidak menfitnah mana-mana pihak.

InsyaAllah, selagi ada internet, ruang dan waktu, aku akan terus menulis.


Mini Karnival KEMAS Kawasan Bagan Datoh.

on Isnin, Julai 16, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Hari Sabtu lepas, KEMAS Bagan Datoh mengadakan Mini Karnival di Padang awam Selekoh, Bagan Datoh. Kedus-dua orang puteriku telah mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan melalui Tabika KEMAS.

Bermula jam 8 pagi dan entah jam berapa berakhir, aku tak pasti kerana jam 1.30 petang aku sudah berangkat pulak. Cuaca panas, anak kecil sudah menangis mengantuk dan lapar.

Ucapan alu-aluan oleh tetamu jemputan sahaja pun sudah mengambil masa beberapa jam. Bayangkan majlis bermula jam 8 pagi, masa ni aku tak sampai lagi. Jam 9.15 pagi aku sampai di tempat tersebut dan mendengar ucapan sehingga jam 11 pagi. Acara lain belum bermula lagi. Anak-anak semua sudah bosan menunggu, kepanasan, kelaparan, kemengantukan sejak 7.15 pagi bertolak dari rumah.

Anak sulung dah main kejar-kejar tengah panas, anak kecil dah merengek-rengek minta susu dan nak buai (mengantuk) manakala beberapa orang penceramah masih ligat dan bertenaga berceramah berkempen tentang klinik kesihatan, bantuan kerajaan dan macam-macam lagi yang tidak sesuai untuk budak-budak tadika serta anak kecil. Ini merupakan ceramah paling lama pernah aku hadiri. 

Pakar motivasi pernah kata, ucapan yang masuk dalam kepala otak adalah 15 minit pertama, selebihnya terbang di bawa angin. Entah apa la yang diceramahkan. Jam 12 baru acara lain bermula iaitu

  • Pertandingan Mewarna Kanak-kanak 5 hingga 6 tahun.
  • Pertandingan Bayi Sihat
  • Pertandingan Gigi Cantik
  • Pertandingan Pakaian Beragam.



 Bertudung putih, anakku sedang mewarna.

 Pakaian Beragam.






 Peserta Bayi Sihat dah jemu menunggu tok wan tu dok ceramah
Ceria apabila dapat turun padang.

Hadiah tempat ke 3 milik si kecil untuk ibu.

Paling kesian, tiada langsung disediakan makanan atau minuman untuk mak dan bapak budak. Sekadar sarapan di rumah denagn sebungkus roti krim dan seteguk air sebelum bertolak hinggalah jam 2 petang, balik masak nasi. Kalau tau awal-awal macam ni, masak siap-siap kat rumah bawa ke sana. Nak ke gerai makan pun payah jugak, aku sorang dengan anak kecil. Lain la kalau hubby ada.

Sampai je rumah, masak, mandi, makan, solat dan terus tidur keletihan.

Sensitif

on Selasa, Jun 26, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Sensitif berasal dari Bahasa Inggeris. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Sensitif bermaksud mudah tersinggung, mudah terasa, peka dan mudah bertindak balas.

Sejak akhir-akhir ini anak sulung ku sering menangis di tadika. Menurut cikgunya, setiap hari pasti dia akan menangis. Kalau menangis disebabkan kawan pukul atau cikgu marah, ada juga sebabnya. Tapi tangisannya tanpa sebab. Tiba-tiba saja dia akan menangis dan sebut-sebut ,"ibu...ibu..."

Sewaktu mula daftar masuk tadika dulu, bukan main lagi bersemangat. Kawan-kawan lain ramai yang menangis tapi dia diam sahaja. Apabila dah pertengahan tahun ni, dia terlalu sensitif pulak. Bila ditanya samada nak ke tadika atau tidak, segera dia mengangguk. Kalau boleh, memang dia tak nak ponteng.

Minggu lepas, cikgu bagitau benda yang sama. Aku pun tak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Abahnya cuba katakan padanya jikalau dia masih menangis lagi di tadika, baju-baju sekolahnya akan dibakar (supaya dia tak menangis) tapi tak jalan jugak. Dengar macam kejam pulak kan. Dia tetap menangis tapi hanya aku, anak ku dan cikgu sahaja yang tahu rahsia ini. Takut juga dia, kalau-kalau abahnya betul-betul bakar baju sekolahnya.

Adakah proses mengandung mempengaruhi emosi bayi dalam kandungan? Seingat aku, masa pertama kali mengandung dulu, aku memang banyak menangis dan terlalu sensitif. Emosi ketika pertama kali mengandung memang sentiasa tak stabil masa tu. Sikit-sikit nak menangis, sikit-sikit nak menangis. Mungkin menmpengaruhi jugak kot, Wallahu'alam.

Kalau di rumah pun, kadang-kala tanpa aku sedar, aku melebihkan adiknya, mula la dia nak merajuk atau memencilkan dirinya dalam bilik. Marah la macam mana pun, kalau dia nak menangis, menangis juga. Puas ku terangkan begitu dan begini padanya, dia tetap sensitif. Apa nak buat? Ada apa-apa cadangan?




Kongsikan artikel Sensitif ini jika bermanfaat.

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved