Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Aku tinggal di kuarters. Jadi memang ada tukang kebun. Kadang kala silih berganti. Hari ni nak cerita tentang tukang kebun.
Beza antara tukang kebun dulu dan sekarang. Tukang kebun yang dulu rajin. 2 hari atau 3 hari sekali, dia datang bersihkan longkang, sapu dedaunan kering, bakar sampah.
Tukang kebun yang baru ni, extra rajin. Hari-hari dia datang. Dia bersihkan longkang, sapu dedaunan kering, mesin rumput, repair semua pokok yang terlebih daun dan tebang pokok-pokok yg mungkin menyakitkan matanya.
Tak ada langsung secebis plastik atau kertas kelihatan di halaman. Dan yang paling bagus, tak ada pembakaran terbuka lagi kerana tiap kali dia nak tebang pokok, dia akan bawa lori.
Kesannya, cuaca panas jadi semakin panas bila pokok-pokok dah makin berkurangan di halaman. Rumput-rumput tak ada peluang lagi nak meninggikan diri. Tukang kebun tu akan naik tempat tinggi (rumah flat) dan perhatikan di mana lagi tempat yang harus dia kerjakan.
Buktinya....
Tengok...
Depan rumah aku, tak ada satu pun rumput yang panjang meliar dan tak sempat pun rumput tu nak naik sejengkal jari tangan, pasti kena mesin..
Kalau masuk pertandingan halaman paling bersih, hadiah tu patut bagi kat tukang kebun.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini