Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Bertemu lagi kita di arena maya. Terlalu lama rasanya aku meninggalkan dunia maya. Masa di rumah lama, guna internet sepuas-puasnya hingga TM sekat talian. Sebabnya hubby tak bayar bil apabila sudah confirm nak pindah.
Dah la tak ada internet, anak-anak pulak kerjakan notebook ku (bila bateri iPad habis). Along nak main game, si adik pulak tekan sana-sini. Entah apa silapnya, kurser tak bergerak sudah. Ataukah touchpad sudah rosak? Akhirnya touchpad tak berfungsi. Sunyi la duniaku... Dah la mouse pun tak ada.
Di samping itu, aku pula asyik survey pakej mobile internet yang barbaloi dan tak banyak kerenah. Tapi hubby macam tak berminat. Satu hari aku tanya betul-betul sama ada nak langgan streamyx atau tidak. Risau juga namaku di blacklist kalau tak bayar. Hampir RM500 bil yang tertunggak.
Satu hari tu, menurut hubby...membernya ajak main KUTU atas namaku. Bila cabut undi, Alhamdulillah namaku yang pertama. Maka dapat la RM1000-RM100. Tepat pada masanya soalan yang aku tanyakan tu. Duit tu dapat la aku gunakan untuk bayar streamyx dan sambung talian pemindahan ke kediaman baru.
Aku juga tak lupa untuk survey mouse yang comel untuk notebook ku tapi tak jumpa yang berkenan di hati. Aku rasa mesti ada something wrong kat mana-mana. Ada juga aku pergi ke kedai servis komputer bertanyakan tentang touchpad tanpa bawa laptop. Tuan kedai suruh bawa laptop dulu, baru tau jalan penyelesaiannya.
Petang Jumaat lepas aku hantar borang pemindahan, petang Sabtu talian telah disambungkan. Syukur sangat-sangat. Ada internet tandanya ada caranya untuk aku gunakan notebook tu nanti.
Itulah pentingnya internet. Tak perlu lagi aku keluarkan duit untuk baiki touchpad tak berfungsi atau beli mouse baru. Kita google saja....
Bila dah ada internet ni, nampaknya akan ada mood rajin kot untuk up date selalu. Kali ni kena buat jadual harian la nampaknya sebab aktiviti harianku bertambah. Nak kena ambik anak sekolah, uruskan rumahtangga, hobi sampingan (crochet) selain blogging. Harapnya aku tak terbabas masa.
Bersambung...
10 comments
Selamat berblogging kembali.
welcome 2
@akubiomed
Terima kasih..
@Pezol Stylez
Terima kasih..
Selamat kembali! :D
Salam dan selamat kembali drp kami.
Semoga anda ceria seisi keluarga.
@Encik Anif
Terima kasih..
@akuanakpahang
W'salam..
Terima kasih atas sokongan rakan blogger..
Kembali alam maya, bolehlah berblogging selalu...menerjah bloh kekawan.
salam..
selamat kembali,apa pun
keluarga diutamakan :)
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini