Sensitif

on Selasa, Jun 26, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Sensitif berasal dari Bahasa Inggeris. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Sensitif bermaksud mudah tersinggung, mudah terasa, peka dan mudah bertindak balas.

Sejak akhir-akhir ini anak sulung ku sering menangis di tadika. Menurut cikgunya, setiap hari pasti dia akan menangis. Kalau menangis disebabkan kawan pukul atau cikgu marah, ada juga sebabnya. Tapi tangisannya tanpa sebab. Tiba-tiba saja dia akan menangis dan sebut-sebut ,"ibu...ibu..."

Sewaktu mula daftar masuk tadika dulu, bukan main lagi bersemangat. Kawan-kawan lain ramai yang menangis tapi dia diam sahaja. Apabila dah pertengahan tahun ni, dia terlalu sensitif pulak. Bila ditanya samada nak ke tadika atau tidak, segera dia mengangguk. Kalau boleh, memang dia tak nak ponteng.

Minggu lepas, cikgu bagitau benda yang sama. Aku pun tak tahu bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Abahnya cuba katakan padanya jikalau dia masih menangis lagi di tadika, baju-baju sekolahnya akan dibakar (supaya dia tak menangis) tapi tak jalan jugak. Dengar macam kejam pulak kan. Dia tetap menangis tapi hanya aku, anak ku dan cikgu sahaja yang tahu rahsia ini. Takut juga dia, kalau-kalau abahnya betul-betul bakar baju sekolahnya.

Adakah proses mengandung mempengaruhi emosi bayi dalam kandungan? Seingat aku, masa pertama kali mengandung dulu, aku memang banyak menangis dan terlalu sensitif. Emosi ketika pertama kali mengandung memang sentiasa tak stabil masa tu. Sikit-sikit nak menangis, sikit-sikit nak menangis. Mungkin menmpengaruhi jugak kot, Wallahu'alam.

Kalau di rumah pun, kadang-kala tanpa aku sedar, aku melebihkan adiknya, mula la dia nak merajuk atau memencilkan dirinya dalam bilik. Marah la macam mana pun, kalau dia nak menangis, menangis juga. Puas ku terangkan begitu dan begini padanya, dia tetap sensitif. Apa nak buat? Ada apa-apa cadangan?




Kongsikan artikel Sensitif ini jika bermanfaat.

Ranking: 5

40 comments

26 Jun 2012 pada 12:57 PG

rasanya ada benarnya za, apa yang kita lakukan semasa hamil boleh mempengaruhi bayi dalam kandungan, akak pun dapat rasakan, dulu masa mengandung suka memendam rasa dan bersedih perkara yang sama berlaku dengan anak akak tu...tak pasti "kebetulan atau suratan"... :D

26 Jun 2012 pada 1:02 PG

Cuba tanya pada anak itu apa yang tidak kena. Jawapan anak biasanya jujur. Cuma kena banyak bersabar & timing yang tepat..

26 Jun 2012 pada 1:15 PG

Bila sebut mengenai sensitif teringatkan lagu Rahim Maarof yang bertajuk "Sensitif".

26 Jun 2012 pada 2:02 PG

Salam..
alahai kesiannya..
biasa dah tu orang dapat adik,
mak memang dah kurang perhatian
macam anak-anak saya juga

26 Jun 2012 pada 8:49 PG

@sweetkurma
Kena ambil ikhtibar atas apa yang telah berlaku supaya masa akan datang tak berulang lagi.

26 Jun 2012 pada 8:51 PG

@Encik Anif
Tanya sudah semestinya.
Jawapannya pulak agak kabur dan kadang-kala tak pasti. Tak siap buat kerja pun boleh menangis. Memang menguji kesabaran betul.

26 Jun 2012 pada 8:52 PG

@akubiomed
ya ka? tak pernah pulak dengar tajuk tu.

26 Jun 2012 pada 8:53 PG

@Zulkbo zulkboCom
W'salam.
Salah satu sebabnya jugak tu.

26 Jun 2012 pada 9:03 PG

salam;
Cadangan aku..cuba awak buat semantara waktu ni beri perhatian lebih sikit bersamanya,selami hati dan perasaannya banyakkan berbual elakan sikap terlalu menekan...Biasalah dia kan dah ada adik,budak2 akan rasa tergugat.

26 Jun 2012 pada 9:17 PG

dia cari perhatian lah tu kot.sebab dah ada adik dia rasa org tak sayang dia ke apa. semua anak tak kira sulung atau bukan semua ada perasaan begitu. aqilah yang syafiq dah 11 bulan ni pun suka lagi nak duduk atas riba ummi walau umur dia dah dkt 4 tahun tu.

selalu gak dia kata..rugi gi sek sbb tak dpt ummi suap nanti.so saya akan layan dia mcm dulu2, mandikan, pkikan baju, suap mkn..riba masa tgk tv bila dia ada kat rumah.sebab dia dah ckp rugi gi sek lama tak blh duk ngan ummi.dengki sungguh dia ngan syafiq rupanya.hihi

26 Jun 2012 pada 9:33 PG

Emosi ibu sewaktu hamil mmg memberikan kesan kepada bayi..

Mesti ada yg x kena pd anak iza nih, yg kita x nampak atau x perasan apa masalahnya. Cuba iza luangkan sedikit masa berdua2an shj dgnnya dan ajak dia berbual2 kosong atau blh jugak soh dia melukis.

Mngkin dgn lukisan dia blh luahkan perasaan dia.

26 Jun 2012 pada 10:47 PG

Biasa budak2 ni sensitif mungkin ada sebab,3 thn aku ngaja bdk2 kecik mmg kena tahan mcm2 ragam.tg baik,yg kuat tipu,yg kuat main semua ada.hehe.pujuk la anak tu ye.bese anak ni klu kt sek ok je klu jatuh sikit pn,lps tu mak dtg je terus nangis2..npk kn permainan dia :)

26 Jun 2012 pada 11:55 PG

Dia perlukan perhatian. Biasa bagi budak2 yang baru dapat adik baru, mereka cenderung untuk rasa terpinggir (hakikatnya, banyak ibubpa yang mengabaikan benda camni). Namun kejadian ni banyak melibatkan anak tengah je.

26 Jun 2012 pada 12:11 PTG

teringat kata2 mak masa kecik2 dulu,bila dah tak jalan nak pujuk kami,.. "menangislah puas2 nanti besar dah malu nak nangis"...hehe

26 Jun 2012 pada 2:11 PTG

sy takat ni gila2 lagi hee...sb nak nmgis pun mesti tgok cerita hindusatan heeee ;)

26 Jun 2012 pada 4:57 PTG

Mama cakap. Cuba baca Surah Alam Nashrah 3x pada waktu malam time anak dah tidur pada ubun2. InsyaAllah akan ok nanti :)

26 Jun 2012 pada 6:35 PTG

Selalunya kalau ingin memujuk anak untuk bercakap apa yang tersimpan
dalam hati, akan aku kauseling selepas solat jemaah bersama.. masa tuh
hati dan pemiiran dia terang dan tenang.. Bila di tanya perlahan2 dan rapat
duduk dengannya serta pegang bahunya.. dia akan bercerita apa yang tersirat.. insyaAllah..

Jangan gunakan kekerasan pada anak2 lagi2 mengugutnya.. mereka akan
semakin mogok dan tiada ingin rasa utk meluahkan...

26 Jun 2012 pada 6:58 PTG

Dia nakkan perhatian tu, kerap2 touch, peluk.. Budak2 nidia ada masa tertentu luahkan perasaan, lepas period tu insyaAllah ok

26 Jun 2012 pada 8:29 PTG

selami hati selami diri... bersama... ustaz fauzi :)

26 Jun 2012 pada 9:47 PTG

try la mkn dinner @ lunch sama2..tanya la soklan yg x berat..cam mak masak sedap x..dll..

secara psikologi masa makan tu menggembirakan.. :)

26 Jun 2012 pada 10:52 PTG

perlu banyak berborak dengan anak macam ni
nanti dia lupa apa yang dia sedihkan

26 Jun 2012 pada 11:41 PTG

emosi budak2 kot tuh.

26 Jun 2012 pada 11:43 PTG

kurang perhatian tu jugak mungkin antara sebab..

sama macam anak sulung sy tu kekadang jadi sensitif jugak secara tiba2..macam kita terlambat sikit nak tunaikan permintaan dia sebab melayan adiknya, tiba2 je masuk bilik merajuk walaupun kekadang tu ok je..

pendekatan yang sy dan isteri buat setakat ni, kitorang cuba balancekan layanan tu walaupun adik dia tu nak kena lebihkan jugak..dan kitorang cuba sedaya upaya takkan tinggikan suara atau marah bila dia kacau adik dia or ape2 la kecuali teguran yang disertakan dengan penjelasan..

anak sy baru berusia nak menjangkau 4 tahun..mungkin tahap pemikiran dia tak meluas lagi macam anak iza, tapi boleh cuba la..kekadang kita sebagai ibu bapa ni kita rasa kita dah buat tindakan yang betul walaupun sebenarnya ianya salah..

27 Jun 2012 pada 12:57 PTG

Bebudak mmg cmtu iza...layan la derang ngan baik selagi mampu...hak sulung tu mmg begitu rasanya....tanya le memana makbapak pun...anak sulung mesti selalu rasa terpinggir....btw cuba2 la bg perhatian lebih kt dia lak...

28 Jun 2012 pada 12:52 PG

Assalamualaikum,
Iza tak perlu risau sangat kalau anak dalam keadaan macam tu. Itu adalah normal sebab dalam usia macam tu, anak2 sedang melalui satu fasa perkembangan yang dipanggil pra operasi. Pada tahap tu anak2 masih tidak boleh berfikir secara logik dan mereka biasanya mudah diperdaya oleh persepsi yang berlainan berdasarkan apa yang mereka nampak. Tak hairanlah kalau mereka cepat sangat merajuk terutama kalau nampak ibu bapa beri perhatian lebih pada orang lain (adik). Pada anggapan mereka, mungkin ibu bapa/guru sudah tidak sayang pada mereka.

Kadang ada anak pada usia sebegini yang masih tidak faham apabila kita terangkan maksud sayang, beri perhatian, merajuk dan sebagainya. Cara terbaik untuk membuatkan mereka faham adalah dengan membentuk attachment behaviour atau pertalian dengan mereka melalui perlakuan. Contohnya waktu adiknya tidur, kita beri dia layanan sama macam apa yang dia nampak masa kita layan adiknya.

28 Jun 2012 pada 1:36 PTG

@yusuflaili(Goku)
W'salam..
Terima kasih atas cadangan tu. Sedang diusahakan..

28 Jun 2012 pada 1:40 PTG

@Lydia Miza(Aidyl Azim)
Memang betul la LM. Dulu ok je, dia boleh uruskan diri tapi sekarang ni makan nak ibu suapkan, nak dimandikan, semuanya la.

28 Jun 2012 pada 1:40 PTG

@Mak Lagenda
Terima kasih atas cadangan mak tu. Akan diusahakan.

28 Jun 2012 pada 1:41 PTG

@SuhairiDotCom
Betul tu..

28 Jun 2012 pada 1:42 PTG

@Apple
Nampaknya nak kena bagi perhatian lebih sikit la ni..thanks.

28 Jun 2012 pada 1:42 PTG

@Dinar
Hmmm, idea bagus jugak tu bila dah puas pujuk..

28 Jun 2012 pada 1:43 PTG

@ProfHariz
Terima kasih atas cadangan tu. Ada juga amalkan surah Toha setiap hari.

28 Jun 2012 pada 1:44 PTG

@Nur Misnan
Betul tu. Lagi dipaksa lagi la tak bercakap.

28 Jun 2012 pada 1:45 PTG

@nazri Betul la,
dua,tiga hari ni ada sedikit kegembiraan di wajahnya.

28 Jun 2012 pada 1:45 PTG

@jebengotai
Tak dapat nak makan sama2 sebab dia tak nak suap sendiri dah..hehe..

28 Jun 2012 pada 1:46 PTG

@tehr
Ingatannya cukup kuat, tak mungkin dia akan lupakan tapi InsyaAllah boleh dicuba.

28 Jun 2012 pada 1:50 PTG

@pipoq
Ya la, kadang-kala memang saya lebihkan adiknya. mungkin dah dah rasa saya tak beri perhatian lagi padanya. Terima kasih atas cadangan tu. Sedang diperbaiki..

28 Jun 2012 pada 1:50 PTG

@Yas y
Ya, InsyaAllah.

28 Jun 2012 pada 1:52 PTG

@Kulanz Salleh
W'salam..
Terima kasih atas saranan tersebut. Saya dah buat apa yang sepatutnya. Memang berjaya la. Terima kasih..

14 Julai 2012 pada 12:36 PTG

Tak pernah alamani perangai anak yg macam tu,ada pun tak teruk sgt.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved