Toman IKU

on Rabu, April 17, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Ikan toman ni sangat istimewa bagiku kerana menurut hubby, tidak ada ikan toman yang terkena mata kail dan dinaikkan ke darat boleh hidup untuk tempoh yang lama.

 Tomy si toman

Hanya seekor sahaja...
Ikan toman ni adalah hasil hubby pergi memancing di Tasik Kenyir sebulan yang lalu ketika aku berada di Penghujung Benua di Johor.


Gambar anak-anak ikan ini adalah makanan Tomy si toman. Biasanya ikan toman makan anak itik hidup (kesian itik tu...) tapi saiz toman tu kecil lagi. Jadi anak ikan itu la makanannya setiap hari pagi dan malam.

Nak tau kenapa toman IKU?
IKU bermaksud Ikan Kurang Upaya.
Sehari selepas Tomy si toman dimasukkan ke dalam akuarium terbiar belakang rumah (akuarium baru dah wakaf kat orang, maka guna la akuarium penghuni lama), pada suatu petang, Tomy tiba-tiba hilang. Malam sebelum tu,ada binatang naik atas bumbung rumah. Ingatkan Tomy sudah di bawa pergi.

Rupa-rupanya dia lompat keluar. Entah berapa lama Tomy berada dalam longkang semak, digigit kerengga sambil mengelupur. Nasib baik aku terdengar bunyi sesuatu bergerak-gerak sebalik daunan kering, dan selamatlah Tomy. Tapi malangnya, mata hitannya yang kelihatan seperti gambar di atas tu sudah menjadi putih. Tomy sudah buta sebelah matanya akibat digigit kerengga. Walaupun IKU, selera makan Tomy tetap tidak berubah.

Pagi tadi hubbyku sudah terbang ke Bangkok untuk beberapa hari. Anak-anak ikan pun sudah habis. Terlupa pula untukku membeli makanan Tomy. Harap Tomy dapat bersabar sehingga hari esok....

Ranking: 5

9 comments

17 April 2013 pada 8:53 PTG

Pernah bela ikan toman. Rasanya matanya akan pulih cuma perlu ambil masa.

17 April 2013 pada 9:50 PTG

ganas tul bela ikan toman..hehehe

17 April 2013 pada 10:59 PTG

Ingatkan manusia jer OKU.... ikan pun ada IKU jer... anyway, kalau iza pegi zoo boleh tengok ikan cacat... ikan tu bengkok...

18 April 2013 pada 9:55 PG

@akubiomed
Ooo, nanti dia akan nampak semula ke?

18 April 2013 pada 9:56 PG

@pipoq
hehe..nasib baik tak jumpa ikan pirana. Bela pirana pulak..

18 April 2013 pada 9:56 PG

@Izni Hafiz Abdul Rashid
Tak pernah pulak dok perhatikan ikan2 di zoo...Ingatkan semuanya sihat2 belaka..

19 April 2013 pada 1:24 PG

ohw... ingatkan speses toman jenis apa lah...
toman ni jenis pemangsa...

kat tempat saya banyak - tasik bukit merah..

22 April 2013 pada 7:35 PTG

Ikan toman seeloknya bela dalam kolam. Barulah dia membesar dengan sehat. Bukan je itik, kucing pun mampu dia sambar.

19 Februari 2015 pada 5:03 PTG

Ikan toman memang kuat.hari tu saya punya ayam bertenggek kat baldi yang saya isi ikan toman sekali dia baham tercabut2 bula ayam.Syukur di tak dimakan.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved