Bakal Mengundurkan Diri

on Khamis, Ogos 09, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Belum puas rasanya untuk aku merasai keseronokan blogging kerana itulah minatku. Baru sahaja aku menapak dengan domain sendiri (teratakusang.com) lebih kurang 7 bulan lalu dan belum pun sempat aku mengatur langkah sempurna untuk ke hadapan, kini aku terpaksa mengundurkan diri dari dunia maya.

Tak tercapai jugak hasrat aku untuk memperbaiki blog, penulisan, alexa dan segala-galanya yang berkaitan dengan blog.

Sedih rasanya untuk aku meninggalkan blog tersayang. Bagaikan terpisah nyawa dan badan atau kehilangan salah satu anggota badan. Sakit rasanya untuk aku melalui semua ini. Hubby aku tidak akan faham walaiu bagaimanapun caranya aku jelaskan padanya kerana dia tidak pernah berada atau menceburi dalam bidang ini.

Aku tidak mempunyai banyak masa lagi untuk menulis. Jika secara tiba-tiba dalam tempoh yang lama aku tidak menulis, itu tandanya aku sudah mengundurkan diri dari dunia maya sehingga....entah bila, aku pun tak pasti.

Pengunduran ini terpaksa dibuat kerana aku sekeluarga akan berpindah (semula) sekali lagi ke Kuarters TNB Teluk Intan. Sudah terbayang kepenatan, keletihan yang bakan menjelma saat berpindah nanti kerana sudah masuk 4 kali aku berpindah. Kalau dulu aku hanya berpindah rumah tapi kali ini aku sekeluarga akan berpindah rumah serta tempat kerja hubby. Mungkin ini merupakan berita gembira buat hubby tetapi tidak bagi aku. Perpindahan ini bakal mengorbankan minat dan impian aku untuk terus maju dalam dunia maya samada blogging ataupun business online.

Perpindahan ini juga menandakan akan tamatnya perkhidmatan internet. Sedihnya aku dengar...Dalam diam hatiku menangis. Hayat domain aku masih ada lagi setahun lebih. Pelbagai perancangan sedang aku susun namun semuanya terpaksa aku lupakan (harap-harap hanya untuk seketika).

Menurut hubby, kami akan berpindah pada bulan Oktober nanti tetapi oleh kerana anak sulungku masih tadika, mungkin proses pindah rumah akan dilakukan pada bulan November.

Di tempat baru, rumah baru, kerja baru dan segala-galanya baru nanti, belum pasti lagi bagaimana aliran kewangan dan perbelanjaan harian. Jika sudah stabil, kemungkinan untuk pasang internet semula adalah cerah. Itulah yang aku harapkan.

Aku akan cuba up date jika masih berkesempatan. Di sini juga aku ingin menjemput sesiapa yang berminat untuk menjadi penulis di Teratak Usang. Jika berminat, boleh isikan Contact Form di menu bar di atas. Tajuk adalah bebas dengan syarat, penulisan tidak melanggar undang-undang Negara dan Agama serta tidak menfitnah mana-mana pihak.

InsyaAllah, selagi ada internet, ruang dan waktu, aku akan terus menulis.


Ranking: 5

40 comments

9 Ogos 2012 pada 10:05 PG

salam;
sian dengar..apa boleh buatkan rezeki suami awak disana kali ini..harap2 awak dapat semula on9 atau berblog lagi bila pindah disana nanti...

9 Ogos 2012 pada 10:11 PG

Alaaaa...sedihnya. Hilanglah sorang kawan blog mcm nih. Jgn lah berhenti iza.

9 Ogos 2012 pada 10:32 PG

salam, baru mummy mampir.... macam nak nangis ku baca..... that ok mummy doakan segalanya berjalan dengan lancar... akan tetap sokong U....insyaallah akan ketemu lagi... mummy doakan amin

9 Ogos 2012 pada 10:57 PG

sabor je la kak.. teluk intan pun dah maju skang ni tak kan x de internet kan paling idak pun streamyx.. belanja kat sana pun tak mahal macam kat bandar besar..

9 Ogos 2012 pada 11:03 PG

eh..teluk intan tak line internet ke? ada kan, langgan lah broadband je..walaupun tak laju, tapi dapat hilangkan kerinduan menulis blog..rezki ada disana tu

9 Ogos 2012 pada 11:37 PG

aik..Teluk Intan pun ok jugak..Internet tak jadi masalah..nape tak subscribe je plan broadband yang ada ? ambik je yang biasa2 pun ok..

tapi mungkin ada hikmahnya tu..kita tak tahu rezeki kita ni camne tau..sabor aje la..mane la tau bila berpindah nanti rezeki semakin melimpah ruah..

9 Ogos 2012 pada 11:50 PG

salam, selagi mampu ..kemana saja langkah harus dituruti dgn pengorbanan..moga ada jalannya.

9 Ogos 2012 pada 1:24 PTG

Ada cara hendak menjadi blog ini hidup dengan penulis jemputan.

9 Ogos 2012 pada 1:47 PTG

insyaAllah. ada rezeki kita jumpa lagi dlm blogwalking
kami sentiasa jenguk tuan rumah biarpun kosong tanpa orgnya..

9 Ogos 2012 pada 2:05 PTG

Takpelah Iza, family harus diutamakan wlaupun terpaksa berkorban minat & hobi. InsyaAllah setiap pengorbanan akan ada hikmahnya nanti.

9 Ogos 2012 pada 3:18 PTG

takpe kak, fikir positif saja..blogging ni tak kemana pun, ada masa nanti akak cuba bina semula

9 Ogos 2012 pada 3:27 PTG

Settle kan semuanya dahulu. Bila dah reda, baru mula berblog semua. :D

9 Ogos 2012 pada 3:28 PTG

aik... takkan nak mengundur diri... dah melabur banyak setup domain... ala... access internet kat Teluk Intan kan ada... untuk sementara boleh guna 3G jer...

mmm... pindah kesana tu, mohon tukar atau naik pangkat...

9 Ogos 2012 pada 3:35 PTG

oo,,saya pun terfikir nak quit blogging tp rasanya tak blh sbb mmg bgantung kpd internet, klau bosan tak tau nk buat apa.

9 Ogos 2012 pada 3:44 PTG

@Izni Hafiz Abdul Rashid
Ya la, sayang kan? Dah banyak edit tetiba kena tangguhkan dulu...Tengok la macam mana nanti..
Kalau mohon tukar, pastinya akan ke utara, Kedah atau Perlis...hehe..

9 Ogos 2012 pada 3:44 PTG

@yusuflaili(Goku)
InsyaAllah

9 Ogos 2012 pada 3:46 PTG

@fiza
Memang berat nak tinggalkan dunia blogging..Kalau saya bekerja, ada pendapatan sendiri, boleh la usahakan jalan lain..

9 Ogos 2012 pada 3:47 PTG

@mummy Ayda
Terima kasih mummy Ayda, InsyaAllah..

9 Ogos 2012 pada 3:49 PTG

@fuzore
Kalau boleh bawa streamyx ni, memang nak bawak tapi semua tu macam sedikit rumit. Hubby akak nak semuanya serba mudah.

9 Ogos 2012 pada 3:51 PTG

@wandisini
Line internet atau broadband mesti la ada di sana tapi samada nak melanggan itu yang belum pasti lagi.

9 Ogos 2012 pada 3:53 PTG

@pipoq Dah pernah guna broadband di sana dulu tapi kali ni entah la. Pada orang yang tak pernah blogging, mungkin anggap internet ni tak penting.
Harap2, ada rezeki lebih di sana, dapat la saya blogging semula..Amin..

9 Ogos 2012 pada 3:53 PTG

@[PCL]
W'salam. InsyaAllah, terima kasih.

9 Ogos 2012 pada 3:54 PTG

@Nur Misnan
InsyaAllah, terima kasih.

9 Ogos 2012 pada 3:54 PTG

@shraqs
Keputusan yang sukar diterima... :(

9 Ogos 2012 pada 3:58 PTG

@norinaomar
Memang tak ke mana tapi untuk mencari trafik seperti sekarang tidak mudah sebenarnya. Perlukan waktu yang panjang. Walau apa pun, terpaksa tinggalkan semuanya..

9 Ogos 2012 pada 3:58 PTG

@Encik Anif
Ya, insyaAllah..

9 Ogos 2012 pada 4:15 PTG

Alahai sedihnya kak...

Myra harap di tempat baru akak nanti akan dapat berblog ye.. Memang pindah randah ni memenatkan tapi siapa tahu kan ada rezeki untuk akak..

9 Ogos 2012 pada 5:14 PTG

Terasa kesedihan itu, hanya yg memahami je yg faham
hilangnya bukan hilang selamanya
pasti satu hari nanti akan muncul kembali...

9 Ogos 2012 pada 10:14 PTG

masuk umah baru nanti pasang unifi terusss hahaha mantop!
err... unifi dh ada ke kat sana?

9 Ogos 2012 pada 10:25 PTG

kami berdoa supaya hanya sementara n tak hilang kawan, insyaAllah adalah jalannya nanti tu.

10 Ogos 2012 pada 12:39 PG

skrg nih akak dok mna??

10 Ogos 2012 pada 12:46 PG

isk..isk..sedih mendengarnya.. banyaklah besabar dan berdooa..moga Allah berikan jalan yang tebaik..

10 Ogos 2012 pada 12:53 PG

salam..
sedih bunyinya tu..
tapi..mentaati perintah
suami dapat pahala..
rumahtangga bahagia..
insyaallah :)

10 Ogos 2012 pada 5:52 PG

jika ade kesempatan boleh berblogging lagi.. :)

10 Ogos 2012 pada 9:18 PG

Aisehh....cari b/band la sis....

10 Ogos 2012 pada 2:45 PTG

aiseh iza, baru singgah dah baca berita tak best ni...pe2pun, moga semuanya ok =)

harap suami iza faham dan memasang broadband paling tidak...insyaAllah...(barulah tak sunyi sgtkan?).

11 Ogos 2012 pada 12:02 PG

takpe. bukan lama pun kan?

11 Ogos 2012 pada 9:53 PG

yg baru itu perlu utk jana idea yg baru

11 Ogos 2012 pada 9:53 PG

kla ada susah akan ada seng juga mugkin lbt dg cpt

13 Ogos 2012 pada 11:43 PG

xpe, rezeki ada di mana2..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved