Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Apabila ter"publish"nya entri ini, bermakna aku sudah bertolak balik ke kampung. Sengaja autopublish awal-awal kerana aku tak pasti samada line internet akan diteruskan atau sebaliknya. Kalau tiada lagi up date selepas entri ini, mungkin inilah entri terakhir dariku. Dan kalau ada up date pun, mungkin ketika aku berada di kampung.
Hari ni genap usiaku 30 tahun. Dah semakin tua, apabila angka bertambah maka umur pun semakin pendek. Teringat masa aku di bangku sekolah dulu, pasti ada ada masakan istimewa dari mama dan sebiji kek dari kakak untuk meraikan hari kelahiranku. Jemput kawan-kawan rapat datang ke rumah menjamu selera. Masa tu seronok sangat apabila dapat hadiah. Kenangan lalu...
Masa pantas berlalu. Kini aku sudah punya keluarga sendiri dan punya 2 orang puteri.
Dengan bertambahnya usia, aku berdoa agar diteguhkan imanku, jauhkan diriku dari sifat-sifat mazmumah dan tanamkan sifat mahmudah, jadikan suamiku, anak-anakku dan keturunanku sebagai keturunan yang soleh dan solehah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapaku, moga Allah pelihara imanku hingga akhir hayatku, Aminn..
10 comments
Selamat menyambut hari ulang tahun :D
Selamat menyambut hari lahir. :-)
Wah... Selamat Hari Lahir.. ^_^
Selamat Hari Lahir...^_^
hepi besday.. :)
Happy birthday, Iza! :)
Terima kasih semua...
Selamat ulang tahun. Semoga dilimpahi kejayaan dan berbahagia dunia dan akhirat.
tumpang laluu
Happy Belated Birthday... :)
Myra pun lagi 2 thn akan menginjak ke angka 30... :D
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini