Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Kisah ni berlaku beberapa hari selepas Tahun Baru Cina lepas. Masa ni aku belum berpindah lagi jadi terpaksa berulang-alik dari Hutan Melintang ke Teluk Intan setiap hari kerana anakku telah didaftarkan di sana (Pra- Sekolah).
Kalau dah berpindah, sekolahnya tu dekat dengan rumah baru. Setiap pagi anakku akan pergi ke sekolah dengan abahnya. Waktu balik, aku yang akan menjemputnya.
Kalau nak memandu secara santai, boleh la keluar rumah seawall jam 10.30 pagi. Paling lewat boleh keluar dari rumah sekitar jam 11.15 minit pagi. Kalau keluar lewat, terpaksala merempit laju sikit supaya dapat sampai sebelum atau tepat jam 11.40 pagi.
Satu hari tu, aku keluar jam 11 pagi, tak terlalu awal dan tak terlalu lewat. Perjalanan secara sederhana ambil masa lebih kurang 20 minit. Rasa berat je bila tekan minyak kereta. Handbreak pun dah lepas tapi kenapa masih terasa berat. Tak dapat la nak merempit bila kereta terasa berat. Untuk menyedapkan hati, mungkin aku bawak barang banyak kot. Kebetulan masa tu memang aku isi barang penuh kereta untuk hantar ke rumah baru.
Bila dah ambil anak dan terus ke rumah baru, baru aku check tayar kereta. Rupanya salah satu dari tayar belakang sudah kekurangan angin. Tak pandai nak pastikan samada tayar tu sengaja kekurangan angin atau sudah bocor.
Waktu rehat, sms hubby bagitau hal tersebut. Dia pun sibuk dan sempat singgah beberapa minit (tak sempat nak masuk rumah pun) untuk pastikan tayar tu bocor atau tidak. Dia hulurkan duit RM100 dan suruh aku cari kedai tayar berdekatan. Terkebil-kebil mataku.
Mungkin bagi orang lain, sudah biasa perkara sebegini terjadi tapi bagi aku, ni la kali pertama aku kena pergi ke kedai tayar. Berdebar-debar pun ada. Selama ni asyik harapkan orang lelaki je yang uruskan hal berkaitan kereta. Kalau setakat nak isi minyak kereta tu. Memang selalu la aku buat.
Kedai tayar kereta Dunlop (betul ke ejaannya?) tutup. Belakangnya tu ada buka tapi khas untuk tayar lori je. Boleh ke? Aku teruskan perjalanan secara perlahan lagi ke hadapan. Jumpa kedai tayar Michelin, pun tutup juga. Raya sakan juga Cina-cina tayar ni. Maju lagi ke hadapan, Alhamdulillah, ada kedai tayar yang sudah buka. Aku pun terus ke kedai tersebut.
Tunggu lebih kurang 15 minit, taukey kedai pelawa makan hidangan kuih raya, pelbagai jenis kuaci dan seraga buah limau mandarin, kereta pun siap. Ingatkan mahal kos untuk tampung tayar kereta rupanya hanya RM8. Setelah semuanya selesai, aku pun bertolak balik ke rumah lama.
Pengajaran: Bejalar berdikari dalam apa jua lapangan. Sekian.
5 comments
saya pun tak reti bab nih.
Peristiwa yang sama dialami oleh isteri. Saya minta isteri pergi sendiri ke kedai tayar untuk tampal tayar bocor. Nampaknya berhasil.
Pengalaman yang berharga tu =)
Sesekali seronok bila boleh selesaikan masaalah sendiri tanpa bantuan suami. Tapi kalau hubby yang tolong settlekan untuk kita laagiii ..lah seronok :-)
Hehehe saya suka komen Lynn Munir
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini