Kembali Ke Rumah Berhantu?

on Jumaat, September 14, 2012

Assalamualaikum, 
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Ramai yang tak percayakan hantu. Mungkin perkataan "hantu" itu sendiri membuatkan kita (di zaman moden ini) sukar untuk percaya tetapi tidak mustahil wujudnya makhluk jin dan syaitan. Bagi mereka yang pernah merasai kewujudannya atau mengalaminya pasti tahu pengalaman sebegitu.

Rumah ke tiga ku (Kuarters TNB) dulu ada bermacam-macam gangguan. Bagiku gangguan-gangguan tersebut tidak la berbahaya dan kurang menyeramkan. Kenangan di rumah flat 4 tingkat tersebut tetap dalam ingatan. Penghuni dari tingkat bawah hinggalah ke tingkat paling atas, pasti tahu apa yang berlaku. 

Ketika aku menjadi penghuni tingkat 2 di kuarters tersebut, setiap tengah malam akan kedengaran orang sedang mengubah perabot rumah di tingkat atas dan begitu juga orang yang berada di atas rumahku. Pasti mereka juga terdengar perabut rumah sedang diubah di atas rumah mereka. Pertama kali terdengar, fikir positif. Mungkin orang atas sedang mendekorasi rumah mereka tapi apabila hari-hari terdengar, sah la, bukan kerja tuan rumah di atas.

Kedengaran juga suara riuh-rendah kanak-kanak berlari menuruni tangga di tengah malam. Kalau hari-hari biasa, tak ada masalah tetapi kalau masa cuti sekolah, ramai penghuni yang balik kampung atau bercuti ke mana-mana tempat. Jadi siapakah yang menggamatkan keadaan di kawasan tersebut?

Pernah juga aku bawa mamaku untuk tinggal bersamaku beberapa minggu. Mamaku bertanya, "sapa la yang rajin dok main ping pong 2-3 pagi?" Mana mungkin ada yang bermain ping pong kerana di bawah sekali adalah ruangan parkir kereta.

Aku juga pernah terjaga di tengah malam, anak tetiba menangis dan terasa bulu roma tegak berdiri. Ternampak seperti lembaga hitam berdiri depan pintu bilik tetapi aku tak pasti samada itu hanya ilusi atau bayang-bayang atau apa saja kerana tersedar dari lena, mata pun agak kabur. Sekali pandang seperti ada sesuatu, pandangan kali ke dua, dah tak kelihatan lagi. Masa tu berdebar-debar jantungku. Hubby kerja malam. Aku berdua sahaja dengan anak sulungku (masa ni kecik lagi).

Setelah 2 tahun di rumah ke empat, aku akan berpindah semula ke Kuarters tersebut walaupun bukan rumah yang sama. Rumah yang bakal aku duduki nanti mungkin rumah sebuah-sebuah. Menurut hubby, tuan rumah yang ada sekarang ni belum lagi serahkan rumah itu walaupun sudah lama tidak duduk di situ. Gangguan di situ boleh tahan juga seramnya. Masuk sahaja di dalam rumah, akan terasa seramnya. 

Hmmm.....teringin juga nak rasa suasana baru di situ. Nasib baik aku ni bukan jenis lemah semangat. Sudah banyak kali aku alami kejadian menyeramkan bermula dari tingkatan 6 apabila tinggal di asrama sekolah yang di belakangnya mempunyai hutan tebal, pelajar selalu histeria, pernah hadiri Kem di Ulu Sepri yang kuat mengusik peserta-peserta Kem dan kini....aku bakal hadapinya lagi.

Terdetik juga dalam hati, kenapa tak cari je rumah sewa lain berdekatan tempat kerja baru? Hatiku pun jawab sendiri...mungkin tak ada rumah sewa yang murah (dalam lingkungan RM300) atau tak ada rumah yang nak disewakan atau boleh berjimat bila duduk dan sewa di kuarters lebih murah serendah RM45 sebulan....

Kalau gangguan yang ada tu tak seberapa dan tak menjejaskan kehidupan seharian, ok la. Boleh juga berikhtiar dan mengimarahkan rumah dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Tapi kalau kuat sangat mengusiknya yang boleh membahayakan nyawa, mungkin kena cari rumah lain la.

Apa-apa pun kita tunggu......
Hujung tahun atau awal tahun depan...

Ranking: 5

12 comments

13 September 2012 pada 5:07 PTG

Kuatkan semangat.. Insyallah semuanya ok. :D

13 September 2012 pada 5:26 PTG

Seram juga. Harap2 tak der apa2 lah yer.

13 September 2012 pada 7:14 PTG

jangan lupa baca doa dan ayat kursi sebelum melangkah masuk ke rumah baru..

13 September 2012 pada 8:15 PTG

kadang2 bukan tak nk percaya, kalau percaya sgt, takut dibuatnya. isyh siyh.

13 September 2012 pada 8:16 PTG

kalo saye sanggop pindah.. siyes..

13 September 2012 pada 11:25 PTG

belum pernah alami hal macam ni
harap2 tak akan alaminya

14 September 2012 pada 10:56 PG

Pernah ada pengalaman macam ni zaman bujang dulu masa bermalam di rumah kawan (kuarters guru). Bunyi budak main guli di tingkat atas start dr jam 12 mlm ke atas. Memang tak dpt tidur lena dibuatnya. Kalau ikutkan kawan, katanya rumah kat atas dah lama kosong, memang takde org yang nak duduk. Kali pertama & terakhir sy bermalam rumah beliau. :)

14 September 2012 pada 11:41 PG

Pernah mengalami usikan mahkluk halus ketika masuk rumah baru. Sekarang sudah tidak ada lagi.

15 September 2012 pada 10:16 PG

salam..
hantu ni realitinya
dia takut dengan manusia
bila kita takut dengannya
tu yang dia menyakat tu

19 September 2012 pada 10:56 PTG

usah takut..kita boleh amalkan ayat2 al-quran sbgai pendinding..

20 September 2012 pada 12:40 PTG

Eeee seram sejuk membaca entri ni..haha..pengalaman macm ni rasa tak nak ditempuhi jer...haha

21 September 2012 pada 3:05 PTG

Adik Myra pernah beberapa kali 'ternampak' makhluk ni di kuartes Navy Lumut, tp dia kuat smangat, kalau Myra tak tau ler... ;)


Kat rumah mak myra pun sebelum ni kerapkali dok dengaq 'orang' main guli, pastu direct tanya tuan rumah, last dia cakap rumah dia mana ada guli-tak penah beli pun..
Start tu tak dengaq dah..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved