Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Hari Sabtu lepas, KEMAS Bagan Datoh mengadakan Mini Karnival di Padang awam Selekoh, Bagan Datoh. Kedus-dua orang puteriku telah mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan melalui Tabika KEMAS.
Bermula jam 8 pagi dan entah jam berapa berakhir, aku tak pasti kerana jam 1.30 petang aku sudah berangkat pulak. Cuaca panas, anak kecil sudah menangis mengantuk dan lapar.
Ucapan alu-aluan oleh tetamu jemputan sahaja pun sudah mengambil masa beberapa jam. Bayangkan majlis bermula jam 8 pagi, masa ni aku tak sampai lagi. Jam 9.15 pagi aku sampai di tempat tersebut dan mendengar ucapan sehingga jam 11 pagi. Acara lain belum bermula lagi. Anak-anak semua sudah bosan menunggu, kepanasan, kelaparan, kemengantukan sejak 7.15 pagi bertolak dari rumah.
Anak sulung dah main kejar-kejar tengah panas, anak kecil dah merengek-rengek minta susu dan nak buai (mengantuk) manakala beberapa orang penceramah masih ligat dan bertenaga berceramah berkempen tentang klinik kesihatan, bantuan kerajaan dan macam-macam lagi yang tidak sesuai untuk budak-budak tadika serta anak kecil. Ini merupakan ceramah paling lama pernah aku hadiri.
Pakar motivasi pernah kata, ucapan yang masuk dalam kepala otak adalah 15 minit pertama, selebihnya terbang di bawa angin. Entah apa la yang diceramahkan. Jam 12 baru acara lain bermula iaitu
- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak 5 hingga 6 tahun.
- Pertandingan Bayi Sihat
- Pertandingan Gigi Cantik
- Pertandingan Pakaian Beragam.
Bertudung putih, anakku sedang mewarna.
Pakaian Beragam.
Peserta Bayi Sihat dah jemu menunggu tok wan tu dok ceramah
Ceria apabila dapat turun padang.
Hadiah tempat ke 3 milik si kecil untuk ibu.
Paling kesian, tiada langsung disediakan makanan atau minuman untuk mak dan bapak budak. Sekadar sarapan di rumah denagn sebungkus roti krim dan seteguk air sebelum bertolak hinggalah jam 2 petang, balik masak nasi. Kalau tau awal-awal macam ni, masak siap-siap kat rumah bawa ke sana. Nak ke gerai makan pun payah jugak, aku sorang dengan anak kecil. Lain la kalau hubby ada.
Sampai je rumah, masak, mandi, makan, solat dan terus tidur keletihan.
6 comments
Anak-anak akan resah kalau duduk lama-lama. Kenapa pengajur tidak sediakan makanan?
Tahniah! :D
hahahaha.. macam tak ada kena mengena je ceramah2 pasal tu dengan karnival tadika..
@akubiomed
mungkinmahu jimat kos agknya..
seronok dpt hadiah ye..hehe... comel2nya =)
jmpt join GA cik tom kl free ye;
http://www.ciktom.com/giveaways-kedua-dari-blog-cik-tom/
budget rendah agaknya...
tapi comel sungguh anak-anak pakai pakaian beragam...heheheh
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini