Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin andai ada salah silap dan terkasar bahasa.
Balik kampung seminggu sebelum raya dan pulang semula ke rumah pada hari raya ke 2. Memang tak sempat nak beraya puas-puas di kampung. Singgah beraya di kampung sendiri dalam beberapa jam sahaja.
Terasa masa begitu cepat berlalu tapi kini apabila sudah berada di rumah sendiri, rasa macam sudah seminggu beraya. Ingatkan esok sudah hari merdeka, rupanya aku yang tersilap tarikh. Salahkan pula hubbyku kerana beli roti yang sudah tamat tempoh, rupanya fikiran aku bertarikh seminggu ke depan.
Mood nak up date blog memang langsung tak ada. Dekat facebook dan blog, ramai yang up load gambar keluarga tapi aku hanya sempat bawa balik DSLR sahaja ke kampung dan simpan dalam bilik. Langsung tak ambil gambar walaupun sekeping. Hanya menyemak ruang kereta saja bawa balik kamera tu. Ketika hari raya, sibuk memaksimumkan pengisian dengan mengunjungi saudara-mara terdekat dan mengejar masa yang singkat. Maklum la, raya ke dua akan berangkat pulang.
Kesimpulannya, tiada gambar tanda kenangan untuk tahun 2012. Selamat Hari Raya dari aku sekeluarga.
10 comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir & Batin.
slmt hr rya
maaf zahir batin
Salam aidilfitri buat kak iza sekuarga, maaf zahir & batin.
Salam aidilfitri buat kak iza sekuarga, maaf zahir & batin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.:-)
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.
Samalah kita. sekeping gambar raya pun tak dak. Tahun ni dapatlah duit raya RM5 dari mak cik..hehe..tua2 gini masih ada gak yg bg duit raya...hahaha...
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir dan Batin andai ada
salah silap dan terkasar bahasa
dah jadi macam acara wajib pulak bergambar masa raya sekarang ni..kat mana mana pun mesti nak bergambar..
selamat hari raya :)
Selamat hari Raya Aidilfitri....
Inilah post pertama pasal raya yang takde gambar saya jumpa... [",]
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini