Contest Anjung Streamyx

on Jumaat, Mac 04, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Anda ingin memenangi wang tunai? Reka Enterprise telah menyediakan wang tunai sebanyak RM320 dan 10 hadiah saguhati untuk blogger yang dapat menghasilkan penulisan kreatif bagi mempromosikan perkhidmatan Anjung Streamyx. Anjung Streamyx merupakan sebuah laman pendaftaran internet secara atas talian.

Untuk pengetahuan semua, Streamyx merupakan perkhidmatan terbaik di Malaysia. Aku hanya mendaftar melalui online untuk memohon BlockBuster Deal. Sehari selepas itu, aku dihubungi oleh pihak Telekom Malaysia supaya menghantar gambar kad pengenalan yang jelas melalui telefon tangan (MMS). Sungguh mudah dan cepat tanpa perlu keluar rumah. Semuanya terletak di hujung jari.

Pengalaman selama hampir setahun menggunakan perkhidmatan Streamyx, aku amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Suatu ketika, pernah terjadi gangguan talian telefon dan internet. Apabila gangguan dilaporkan, pihan Telekom Malaysia (TM) mengambil tindakan segera bagi menangani masalah yang berlaku. Beberapa hari selepas itu, pihak TM menghubungiku untuk mengetahui samada masih ada gangguan perkhidmatan. Menurut pihak TM, gangguan sementara sedang berlaku dan akan dibaikpulih secepat mungkin. Pihak TM juga memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

Berbalik pada Anjung Streamyx, perkhidmatan yang ditawarkan buat masa ini adalah pendaftaran untuk Streamyx pengguna biasa, Streamyx untuk perniagaan (SOHO), UNIFI VIP dan BIZ, dan juga Celcom Broadband. Anjung Streamyx juga sedang merancang untuk menambah khidmat pendaftaran ISP broadband lain seperti P1 Wimax, Yes, U-Broadband, Maxis Broadband dan pelbagai lagi.

Bagi anda yang berminat untuk mendaftar talian telefon dan internet melalui online, Anjung Streamyx menyediakan tutorial atau cara-cara untuk mendaftar dengan mudah. Anda juga boleh memilih pakej yang ditawarkan serta penerangan mengenai Pengiraan Bil Streamyx. Selain itu, bagi pengguna yang telah menggunakan Streamyx, anda juga boleh Upgrate Streamyx anda.

Pada blogger yang berminat untuk menyertai contest Anjung Streamyx, sila layari http://www.anjungstreamyx.com atau http://bit.ly/contestanjungstreamyx untuk maklumat lanjut. Contest Anjung Streamyx akan tamat pada 31 Mac 2011 jam 11.59 malam.


Contest Yang Sedang Berlangsung:
Ranking: 5

15 comments

4 Mac 2011 pada 2:24 PG

alahai kami pakai celcom broadband jer..huhu
good luck yer..:)

Assalaamu'alaikum...
info yang menarik Bu...
ane bisa ikutan kontesnya?...

4 Mac 2011 pada 5:19 PTG

@LiFe KaMi
Tak salah kalau nak join...jom la.
Thanks..

@Komodo Island is the NEW 7 Wonders of The World
W'salam..
Rasanya hanya untuk rakyat Malaysia sahaja.

4 Mac 2011 pada 5:43 PTG

salam Iza..
sekarang saya guna maxis BB
rasa macam best je orang guna stremyx ni..tapi tak portable..saya prefer yang boleh bawa mana-mana

4 Mac 2011 pada 5:58 PTG

@zulkbo
W'salam..
Dah pernah juga BB yang boleh di bawa ke mana2 tp bila ke mana2/bercuti, saya tak dibenarkan bawa laptop. Jadi tak ada gunanya jgk kalau ada yg boleh dibawa ke mana2. Tapi dgn Wifi ni, usung la laptop ni kat mana2 pun sekitar rumah tanpa wayar...

4 Mac 2011 pada 8:34 PTG

macam menarik jerk contest ni. hehe

4 Mac 2011 pada 10:55 PTG

@Mohd Isa
Hmm..jom la join.

6 Mac 2011 pada 2:33 PG

alamak pengguna celcom bband... bestla akak.. huhu semoga berjaya!!!

6 Mac 2011 pada 2:55 PTG

@Zik
InsyaAllah...
Amin..moga2 masin mulut Zik.

6 Mac 2011 pada 11:15 PTG

salam,
setakat ni kira streamyx mmg masih terbaik walaupun kadang ada masalah.. semoga berjaya contest tu..

7 Mac 2011 pada 9:40 PG

molek sekali contest ni, alamak sempat ke aku nak masuk ni ek

7 Mac 2011 pada 1:52 PTG

@kulanz
W'salam..
Ya, InsyaAllah..

@etomyam
Sempat je, cepat2 la mengarang...

14 Mac 2011 pada 10:36 PTG

setakat ni streamyx memang memuaskan boleh guna banyak laptop & mudah nak buat tutorial bina blog wp

18 Mac 2011 pada 7:09 PTG

salam..
lama dah x msuk contest..hehe
kena cr mood dulu utk join contest :D

19 Mac 2011 pada 8:28 PTG

@PenaDigital
Ya, streamyx terbaik setakat la ni.

@adele
W'salam.
Hmm, betul jgk tu. Kalau tak ada mood, malas jgk nak mengarang kan.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved