Telefon dan Wifi

on Selasa, November 23, 2010

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia...

Sejak beberapa bulan lepas telefon rumahku bermasalah tetapi aku tak terasa ianya penting kerana aku masih punya alternatif lain untuk menghubungi orang di kala kecemasan. Itulah gunanya ada handphone. Boleh dikira dengan jari berapa kerap aku menggunakan telefon rumah kerana aku jarang menyentuh telefon itu melainkan ada panggilan masuk. Telefon rumah juga jarang aku sentuh kerana sejak dari dulu lagi aku adalah orang yang paling malas untuk membuat panggilan telefon pada orang lain melainkan saat kecemasan. Itu sebabnya prepaid handphone ku tahan lama dan bil telefon tak melambung tinggi.

Telefon rumahku pula kadang kala boleh guna dan kadang kala sepi seribu bunyi...Wifi masih boleh digunakan seperti biasa. Maka aku tak kisah akan hal tersebut asalkan aku boleh online seperti biasa.
Oleh kerana aku dah malas nak top up handphone, telefon rumah menjadi alat perhubungan utama Namun begitu, masalah lama masih belum diselesaikan. Hari ini telefon rumahku boleh digunakan. Dengan segera aku mendail 100 untuk melaporkan masalah tersebut.

Sedang aku bercakap dengan operator Telekom Malaysia (TM) dan dalam proses mengesan masalah yang berlaku, tiba-tiba talian menjadi sunyi sepi. Telefon rumahku sudah meragam seperti selalu. Nasib baik TM ada menyimpan rekod nombor telefon alternatif untuk dihubungi iaitu handphone ku. Pihak TM telah menerima laporan kerosakan tersebut dan meminta keizinanku untuk datang ke rumah bagi meneliti kerosakan tersebut.
Tidak sampai 30 minit panggilan dibuat, 2 orang staf TM telah sampai ke rumahku. Alhamdulillah, cepatnya. Terima kasih pada pihak TM kerana memandang serius dan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah tersebut.

Setelah diteliti ternyata kerosakan sebenar adalah telefon itu sendiri dan alat penyambungan antara telefon dan wifi. Dengan itu telefon rumahku ditukar ke telefon yang baru. Telefon baru ini lebih cantik dari telefon lama. Tetapi alat penyambungan perlu ditukar sendiri oleh pemilik rumah. Menurut kata staf TM, jika tidak ditukar, kemungkinan terdapat gangguan kabel ketika dihubungi atau menghubungi sesiapa.

Walaubagaimanapun, syukur Alhamdulillah, internet masih dapat digunakan. Sekian untuk kali ini...
Ranking: 5

5 comments

23 November 2010 pada 6:54 PTG

salam..
alhamdulillah..
bolehlah terus berblogging
dengan selesa..he he

23 November 2010 pada 10:19 PTG

nasib baik ada alternative kan

24 November 2010 pada 12:19 PG

@zulkbo
W'salam..
InsyaAllah...

@Sharinginfoz
Yup!!

24 November 2010 pada 10:57 PTG

internet masih guna lagi... okla.. kan kak??

24 November 2010 pada 11:57 PTG

@Zikri Husaini
ok la tu..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved