Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Syukur, Alhamdulillah...
Tak dapat ku susun ayat melainkan aku memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya dapat aku membuka satu-satunya Website.
Dengan menggunakan domain
http://crochetproducts.com.my, secara rasminya website tersebut telahpun berfungsi sepenuhnya setelah beberapa minggu tertangguh. Puas sudah aku memikirkan nama domain yang sesuai. Harap-harap ianya berbaloi.
Dengan ini juga, aku melangkah setapak (setapak je....) lagi ke hadapan. Doakan perjalanan ini... Moga dengan usahaku yang tak seberapa ni, akan mendapat sokongan terutamanya ahli keluargaku yang terdekat. Maklum la, sebelum ni apa yang aku lakukan memang tidak dapat dorongan atau sokongan.
Oleh itu, berbekalkan semangat dan keras hati (ingin cekal...), aku teruskan juga supaya suatu hari nanti akan terbuka hati dan minda orang tersayang untuk menyokongku.
Ada lagi berita baik yang bakal menyusul tapi aku tidak berhajat untuk ceritakan sekarang... Walau bagaimanapun, terima kasih aku ucapkan pada pembaca dan juga rakan blogger yang tak jemu singgah di Teratakku...
Ranking: 5
JOM BACA LAGI
Kacang Cerdik
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Kacang Pistachio atau Kacang Cerdik.
Ramai yang suka makan kacang cerdik ni, harganya pun boleh tahan jugak. Aku tertanya-tanya jugak dul ... readmore
Fybogel Orange.
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Penulisan ini mengandungi sedikit unsur-unsur ketidaksantunan sederhana. Jika anda belum makan, sila makan dahulu sebelum membaca entri ini ker ... readmore
Program Get Malaysian Business Online
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Berita gembira ni sudah lama aku simpan sebenarnya. Baru sekarang nak kongsikannya. Dulu tak pasti lagi tapi sekarang sudah nyata lagi bersuluh.
... readmore
Uruskan Android dari Komputer.
Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Nampak gambar kat atas tu? Sebenarnya ini adalah paparan yang ada dalam smartphone aku (bukan 100%) dari screen laptop. Aku masih baru berjinak-jinak dengan an ... readmore
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Perak.
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Bagi seluruh penduduk negeri Perak yang beragama Islam, boleh rujuk file PDF ini sebagai panduan Waktu Imsak dan Berbuka Puasa.
Jadual wa ... readmore
5 comments
As Salam, Tahniah..lama dah tak singgah sini. Maklumlah tak nampak update terkini dari blog anda.
alhamdulillah dan tahniah..semoga terus maju dalam bidang yg diceburi..
Senang hendak pasarkan produk dilaman yang khusus.
Tahniah. Semoga berjaya! =)
semoga terus berjaya..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini