Hanya Dua Hari

on Sabtu, Mac 23, 2013

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Keterujaan untuk up date blog terbantut lagi. Baru saja kontraktor TM datang pasang talian telefon dan internet, wifi sudah tidak boleh digunakan. Dalam 2 hari sahaja aku guna wifi dan up date blog serta sediakan beberapa schadule auto publish sampaikan tak sempat nak letak tajuk, dah tak boleh guna. Call TM buat laporan kerosakan, rupa-rupanya Modem sudah rosak. 

Kesimpulannya, aku beli modem baru selepas lebih seminggu. Ya la, nak beri segera, tak ada bajet untuk modem. Duit keluar lebih laju dari air...

Apabila sudah guna modem baru dari Aztech, ada pulak masalah lain. Tiap kali on modem, lappy, iPad atau handphone, tiap kali itu la nak kena setup semula username. Wah..letih la macam ni. Semangan nak online boleh terbantut ni kalau asyik nak setting semula dan tak boleh guna username sama.

Ada tak yang sedang atau pernah guna modem jenama Aztech? Memang macam tu ke perangai modem tu? Ke aku yang tak tau cara terbaik sekali setup boleh guna selamanya tanpa pertu setup setiap kali selepas on?

Kalau tak ada notebook untuk setup bermakna nak online guna iPad atau handphone pun tak boleh la... Nampak canggih modem ni tapi menyusahkan. Ada sesiapa yang boleh tolong? Malas dah nak call TM banyak-banyak kali,jawapan yang selalu dapat "bukan bidang mereka"...
Ranking: 5

11 comments

23 Mac 2013 6:59 PTG

pakai unifi di jamin puas hati

23 Mac 2013 11:44 PTG

Pelik perlu setup username setiap kali hendak online. Sepatutnya tidak perlu.

24 Mac 2013 7:19 PG

Elok unifi, beli yg disaran Tm, atau dia yg bekal..ini soal bisnes,,,semua boleh jadi Alasan

24 Mac 2013 4:44 PTG

wa punyer wifi pon sama juga. Dah sampai 3 kali call TM set up balik tapi x bleh nk sambung ngan hp. asyik2 minta password bila nk online. Bila dah masuk password, x bleh nk sambung.

24 Mac 2013 6:56 PTG

modem saya pun buat hal.. plan nak tubar barulah nanti

26 Mac 2013 1:09 PG

setting tu ada saving button tak?

6 April 2013 12:37 PG

Mungkin manufacturer default.

6 April 2013 1:29 PTG

@Izzat Eshak
Tak ada.

6 April 2013 1:30 PTG

@Lynn Munir
Entah la...

7 April 2013 3:56 PTG

Takkan sampai nak kena tukar lain pulak. Dulu saya guna Aztech tapi lepas upgrade, kontraktor TM tukar modem Zyxel (ada logo TM). Dua-dua ok tak ada masalah cuma line telekom kat luar je yang selalu bermasalah. Setup username tu sekali je masa tukar modem dan yang bagusnya kontraktor TM talipon semula selepas 3 hari pemasangan untuk pastikan tiada masalah dengan modem.

Cadangan saya, cuba panggil semula kontraktor TM dan minta bantuan mereka untuk buat setting dan online test; dan minta jasa baik beliau untuk follow up 'after servis' selepas tiga atau tujuh hari. Jika boleh orang yang sama sebab dia yang handle dari awal proses.

8 April 2013 5:02 PTG

nak puas hati beli dlink je ta payah tukar banyak kali
http://www.suterablogger.com

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved