Salam 1 Dunia.
Pokok Kayu Sugi
Setelah Google, inilah rupanya pokok kayu untuk bersugi. Besar juga pokoknya. Pokok ini dikenali sebagai pokok "Araa" di tanah Arab. Bersugi adalah salah satu Sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
Kayu Sugi
Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa "solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat tanpa bersugi" dan "hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah".
Kebaikan Bersugi/ Siwak adalah:
- Membersihkan mulut.
- Mendapat keredhaan Allah.
- Tidak disukai syaitan.
- Allah dan Malaikat mengasihi orang yang bersugi.
- Mengharumkan mulut.
- Menguatkan gusi.
- Menghapuskan Safra (Sejenis penyakit).
- menghilangkan kahak.
- Menguatkan pandangan mata dan
- Menghilangkan bau busuk mulut.
Baru-baru ini ada saudara yang baru pulang dari Makkah dan menghadiahkan aku kayu sugi tapi sehingga sekarang aku tidak menggunakannya kerana tidak tahu cara yang betul untuk menggunakannya. Sayang juga nak gunakannya.
Di sini aku kongsikan cara untuk menggunakan kayu sugi:
1. Batang atau cabang siwak dipotong berukuran pensil dengan panjang 15-20 cm. Stick kayu siwak ini dapat dipersiapkan dari akar, tangkai, ranting, atau batang tanamannya. Stick dengan ukuran diameter 1 cm dapat digigit dengan mudah dan dapat memberikan tekanan yang tidak merosak gusi apabila digunakan
2. Kulit dari stick siwak ini dihilangkan atau di buang hanya pada bahagian hujung stick yang akan dipakai sahaja.
3. Siwak yang kering akan merosak gusi, sebaiknya direndam dalam air segar selama 1 hari sebelum digunakan. Selain itu, air tersebut juga dapat digunakan untuk kumur-kumur.
4. Bahagian hujung stick siwak yang sudah dihilangkan kulit luarnya digigit-gigit atau dikunyah-kunyah sampai berjumbai seperti berus.
5. Bahagian siwak yang sudah seperti berus digosokkan pada gigi, dan boleh digunakan untuk membersihkan lidah.
3. Siwak yang kering akan merosak gusi, sebaiknya direndam dalam air segar selama 1 hari sebelum digunakan. Selain itu, air tersebut juga dapat digunakan untuk kumur-kumur.
4. Bahagian hujung stick siwak yang sudah dihilangkan kulit luarnya digigit-gigit atau dikunyah-kunyah sampai berjumbai seperti berus.
5. Bahagian siwak yang sudah seperti berus digosokkan pada gigi, dan boleh digunakan untuk membersihkan lidah.
Oleh kerana aku hanya ada sebatang kayu sugi, maka aku gunakan berus biasa bersama ubat gigi yang mempunyai kandungan kayu sugi seperti di bawah ini.
13 comments
salam..
mearik juga ni..
saya pun macam anda
last sekali colgate
sugi juga pilihan
gigi saya kalau pakai kayu sugi boleh tercabut semuanya..maklumlah..dah senja ni..semuanya dan nak hampir expired
Assalam..
Pernah tgk kayu sugi ni cuma belum beli lagi..org skrg nak mudah gunakan je ubat gigi yg byk dijual.
As salam,
tak pernah jugak guna kayu sugi ni..
selalu guna ubat gigi yang ada abstrak kayu sugi jep..:)
Aku ikut logik akal. Dulu lom ada ubat gigi, sekarang macam-macam jenama. Mungkin kita kena ikut kesesuaian masa dan keadaan. Kat sana naik Unta, kat sini orang tua-tua kita naik kapal berbulan-bulan. Sekarang pula naik kapalterbang. Camtula logik aku...
@zulkbo
W'salam..
Zaman moden ni semuanya sentiasa mudah kan..
@abadi romeo
hahaha...
jgn risau, gigi palsu kan ada..hehe.
@ozzy
W'salam..
Betul tu..lg pun tak berpengalaman nak gunakan kayu tu kan..
@blackrosehunter
W'salam..
Sama la tu..
@EmpayarUtama
A'a, betul kata ko. Kena ikut peredaran masa jgk ni..
Benar ikut peredaran masa,tetapi bagi yg dah mengamalkan kayu sugi sahaja yg tahu khasiatnya.Tak percaya yakin dan cuba guna selama 2 bulan..Akan nampak beza dari segi warna gigi,kalau yg rasa sakit2 gigi akan hilang dan yg membuatkan saya yakin ialah
pernah terfikir atau tak
Kayu sugi datang dari pokok secara terus
manakala kalau berus gigi diperbuat daripada plastik yg saya tak tahu sumber dan tahap bahayanya macam mana termasuk juga kandungan ubat gigi tu
terima kasih. byk khasiat.
nak share, ada ustaz pernah berkata, jikalau tak mahu guna cara sunah, tak apa. nak pakai berus gigi, terpulang lah. tapi kita tableh mengata kpd org yg guna cara sunah tu. (tiada kena mengena dgn komen di atas, just nk share)
@syahrizan: komen awk buat saya tertarik nak try. thanks kpd penulis jugak
salaam
askum,, aq skong ckp s.y,a,h,r,i,z,a.n,, aq da guna kay sugi 3bulan ,, memang ada perubahan ,, ggi aq kuat,putih mulut mcam jmban pn da hilang ,, alhamdulillah,,, yakin ja dengan sunah nabi kita,, kn org islam ,, sekurang2 nya spe yg mengamalkn kayu sugi nty kita bley bngkit dngan nabi ,, huhu ,, spe xna memang bdo ,,hem ,, guna kayu sugi lgi mudah and cepat, ubt ggi blum tentu ada yg btol2 halal,, biasa laa zaman skrg ,, bnyak bnda yg na wt kite umat islam sesat ,, so fikir2 kn yee,,
SEMPENA ZAMAN YANG MODEN DAN ORG ISLAM SUDAH MEMANDANG RENDAH SUNNAH NABI MAKA GUNAKANLAH BULU BABI DAN BAHAN KIMIA YANG MERBAHAYAKAN..
Malam ini saya baru nak cuba guna kayu sugi..terasa hasilnya...gigi terasa lebih licin terutamanya di bahagian dalam mulut...guna sbagai usaha untuk menghilang kahak yang saya hadapi sudah lama..boleh ikuti ttg ini di youtube...https://www.youtube.com/watch?v=t3w0-k84Lbs
Guna kayu sugi skrng ni
benar
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini