Polleney Pati Ikan Haruan.

on Jumaat, September 23, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.


Sesiapa yang pernah menjalani pembedahan (walaupun bukan semua), pasti pernah merasai keenakan (keenakan???) Pati Ikan Haruan Polleney. Mana ada ubat yang sedap kan? Oleh kerana nak cepat-cepat sembuh (nak balik rumah sendiri.....) maka terpaksa ku telan jua walaupun rasanya tak sesedap namanya.

Pati Ikan Haruan Polleney ini mengandungi 6 botol, setiap botol mengandungi 70ml dan perlu ku minum dan habiskan. Masih berbaki 3 botol lagi. Tak tau pula aku berapa harganya. Kalau ditanya tentang rasanya, sukar untuk ku jawab sebab aku sendiri pun tak tahu apa rasa sebenarnya. Sengaja tidak mahu tahu apa rasanya.

Beberapa tahun lepas, selepas menjalani pembedahan buang batu dan hempedu, my hubby pun tak dapat nak habiskan Pati Ikan Haruan ini sebab rasanya yang terlalu enak. Mungkin dia minum tak ikut cara yang betul. Oleh kerana semangat aku kuat untuk cepat sembuh, maka tak ingin aku tahu apa rasanya dan bagaimana bau aromanya.

Untuk minum Pati Ikan Haruan Polleney ini, ada langkah-langkahnya:
Pertama sekali, sediakan air suam secukupnya.
Kedua, tarik nafas panjang-panjang dan tutup hidung.
Ketiga, minum Pati Ikan Haruan dengan sekali teguk hingga habis dan minum pula air suam.
Setelah selesai, barulah berhenti menutup hidung.
Kesimpulannya, anda tidak akan merasai dan membau Pati Ikan Haruan ini. Esok, boleh terus minum lagi.

Jadi, pada sesiapa yang baru sahaja menjalani pembedahan, boleh la mencuba Pati Ikan Haruan Polleney. Harapanku hanya satu, moga cepat sembuh. Proses berpantangku masih berbaki 30 hari lagi. Lama lagi tu, dalam sebulan lagi aku perlu tinggal di sini...Perlis.

p/s: Ramai yang bertanya, mengapa aku berpantang di rumah mertua. Jawapannya, Aku mengikut cakap suami. Rumahku di kampung (Kedah) dah usang, tak ada orang duduk. Tak kan aku nak berpantang sorang-sorang? Mamaku pula memilih untuk tinggal di Pondok Fauzi (Pondok sangat popular di Kedah sebagai tempat orang mendalami agama Islam). Lagipun, di rumah mertuaku banyak kemudahan, sebut sahaja nak apa, boleh dikatakan semuanya ada. Syukur Alhamdulillah, mak dan ayah mertuaku menjaga aku dan anak-anakku dengan baik.
Ranking: 5

13 comments

23 September 2011 pada 2:38 PG

rasanya terlalu enak? betulke? hehe.. pernah dengar pasal pati ni.. tapi tak tahu kebaikan dia..

23 September 2011 pada 10:46 PG

Salam;
lagi Bagus makan ikan haruan segar, dikampung senang dapat, murah lagi tu..

23 September 2011 pada 6:26 PTG

Betui kata Che Yusuf...Abi Kubang Badak tu kan banyak ikan haruan ..panggang je la cicah ayaq asam.

23 September 2011 pada 11:29 PTG

untungnya dapat mertua yang baik dan memahami..semoga cepat sembuh.

24 September 2011 pada 2:07 PG

Kata orang tua, makan anak ikan haruan hidup-hidup lagi berkesan. Rasanya macam agar-agar atau cincau. Ambil anak ikan haruan, tapis masuk ke dalam air yg ingin diminum, lalu telan macam minum air biasa.Mujarab, berkesan dan cepat sembuh, lebih2 lagi yang bersalin melalui pembedahan.

25 September 2011 pada 12:52 PG

salam..
saya ada belikan isteri pati yang sama sewaktu Mrs saya bersalin dulu..saya sendiri pun makan..he he

25 September 2011 pada 10:51 PTG

@MR.Z
Gimik je tu...kalau bau, memang tak terminum la jawabnya..Khasiatnya melegakan luka2 dalaman..

@yusuflaili
W'salam..
Betul tu..memang ada juga makan ikan haruan segar...buat sup haruan dan ada juga buat kering..

@terataksenja
A'a...memang banyak, tambah-tambah sekarang ni musim bajak sawah, boleh la merasa haruan segar.

@abadi romeo
Ya, terima kasih..

@sensasi2020.blogspot.com
Tak termakan la pulak macam tu...nanti dok berenang dalam perut pulak anak2 ikan tu...tak sanggup nak telan la...geli pun ada.

@zulkbo
W'salam.
Ya ka? lalu pulak en. Zul minum ye..?

28 Januari 2012 pada 4:28 PG

Kalu orang lepas keguguran/atau period ble mkn ke pati ikan haruan?

28 Januari 2012 pada 3:25 PTG

Boleh saja. Lagi baik makan pati atau ikan haruan segar,
untuk kesihatan dalaman.

22 Jun 2012 pada 11:55 PG

Myra lepas tebuk (endometris) Cyst tahun lepas mmg ada minum Pati Haruan Polleney ni, myra akan bagi panas dulu (Macam kukus) baru minum, lepas minum kena gigit kulit oren bagi hilang rasa tu..

Ada try brand lain,(jenama tak ingat) langsung tak boleh telan-muntah balik.. Polleney saja yang boleh nak telan.. (nak cepat sembuh punya pasal kan) hehee

Tanpa Nama
17 Julai 2012 pada 12:37 PTG

kalau pregnant.. minum pati ikan haruan boleh tak ?

18 Julai 2012 pada 10:18 PG

@Tanpa Nama
Boleh je. Tak memudaratkan pun dan tak ada pantang larang.

Tanpa Nama
30 Ogos 2012 pada 9:28 PG

saya sgt setuju dgn langkah2 tuk minum pati ikan haruan nih. tahan nafas & sekali teguk habiskan cpt2 coz bau nyer amatlah tidak enak sekali. saya makan pas operate ceasar aritu. ada laa dalam 42 botol sudah ku telan pati ikan nih :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved