Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Kalau sebut tentang madu, akan ada yang terbayang dengan dua maksud samada madu lebah atau madu yang Lelaki Kacak suka. Madu bukan sahaja membuatkan kita bertenaga (jika dimakan bersama telur ayam kampung) tetapi juga mengeratkan tali persaudaraan sesama ummat.
Hari ni aku nak bercerita tentang madu yang kedua iaitu madu yang Lelaki Kacak suka. Terbaca di blog Sweetkurma, berjangkit di blog Azmanisma dan merebak ke sini pulak tentang manisnya madu tapi pahit untuk di telan. Ini bukan kisah aku. Bila sebut tentang madu dan bermadu, teringat kisah yang diceritakan oleh sepupuku 5 tahun lalu tentang Madu Setaman.
Kisah Lelaki Kacak.
Ada seorang lelaki yang sudah beristeri tinggal di sebuah taman perumahan. Tak pasti pula tentang latar belakang sebenar lelaki kacak (mungkin) ini. Yang pastinya setiap petang lelaki kacak ni mesti keluar berjogging tidak kira panas, hujang atau cuaca mendung. Lokasi berjogging tak jauh pun, sekadar pusing-pusing dalam taman yang diduduki sahaja.
Esok la si suami bersenam, kata isterinya. Perut pun dah maju ke depan. Lagipun, bersenam ni baik untuk kesihatan dan meningkatkan stamina. Tapi, tak penat ke?
Lepas balik kerja, mesti dia akan keluar berjogging. Si isteri pun dah tau rutin suaminya itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Tak payah la nak ajak ke mana-mana setiap petang kerana suaminya akan keluar berjogging walaupun hari hujan. Memang aktiviti wajib la katakan.
Pada suatu malam, sedang si suami makan malam bersama isteri tersayang, tiba-tiba ada tetamu datang dalam keadaan kalam-kabut mencari lelaki kacak tersebut. Tetamu itu membawa berita mengatakan bahawa isterinya sedang sakit nak bersalin di rumah.
Apakah reaksi si isteri yang sedang berada di samping suami dan mendengar perkhabaran tersebut? Dup..dap..dup..dap..jantung berdebar kencang. Maka terpecah la tembelang si suami. Hairan juga si isteri kerana setiap malam suaminya ada bersamanya. Bila masa pulak suaminya pasang dua? Rupa-rupanya rutin harian suaminya setiap petang adalah bersama madunya. Sempat lagi dia buka cawangan baru, setaman pulak tu.
Ini merupakan kisah benar yang terjadi di kawasan Klang, Selangor. Sekadar perkongsian.
54 comments
salam;
ingatkan madu lebah tadi rupanya madu yang manis dan pahit bagi perempuan.
W'salam..
Hmmm, ada 2 jenis je madu tu..
alamak cerita kita hampir sama lah hehehe...wahhh berjangkit dah cerita madu dan kurma ni....huhu - siti @ sweetkurma
ya la..hehe..
Dekat je.. Tak perlu jauh-jauh! :D
Hmm..jimat minyak kereta..
salam..
ha ha..nak belajar la trick nih
lepas nih :)
tapi trick ni dah diketahui bro..kang senang kantoi sebab hari hari nak berjoging..
A'a, betul..betul..
trick ni dah bocor la,
Ala, jangan risau, banyak lagi trick lain...
macam macam kisah masyarakat negara kita ni..tak berapa nak kacak la kalo camtu..nak bermadu tapi sorok2..silap haribulan, muka kacak pun leh pecah kena tempeleng dengan kuali pemanggang cap ikan tu..hehehe
hahaha..jangan buat main-main, pemanggang tu berat tu..silap2 lekat cap ikan kat muka.
parah tektik ni, hari hujan pun jogging juga, memang ada yg tak kena. berapa lamalah sangat boleh sorok kalau dah setaman.
Hmm...lagi satu, firasat wanita tu kuat, lebih baik bagitau sebelum apa2 terjadi...
hehehe...dekat aje madunya..kira bagus lah tu senang sikit nak jaga
A'a..ya la tu..
Adeh..berjangkit pulak kesini..kita ambil yang baik2 jer kan Iza...nak kawin lagi kena jujur,jgn tipu2 yer...kalau kantoi susah..
Betul tu..dah menipu satu hal, sakit hati lagi, cemburu lagi, berperang la jawabnya kalau terkantoi.
takut nak komen kerna aku seorang suami yang sudah maju kehadapan
Opppsss....Ya ka ni?
hmmm..no komen...hehe..
Sangat bijak lelaki kacak itu.
Tapi terkantoi jugak akhirnya..
hohoho... ini benar2 tragedis.. rupa2nya ada udang disebalik kulit udang..
hmmm.. nak buat camner.. sudah suratan.. semoga si suami berlaku adil
dan bertanggungjawab kpd kedua2 isteri.. insyaAllah...
Harap2 begitu lah...nasi sudah menjadi bubur tapi masih boleh di makan..
ingatkan madu apa, orang pun boleh tertipu.. hehe
Tiada lain selain bermadu..
Baru tau rupanya ada juga nama "madu setaman" ni hehe
Ya, siapa sangka kan?
aduhai..sampai mcm tu skali..kan bagus kalau berterus terang...mana tau..madu tu .kwn borak2..kan kan :)
Ni kes takut nak bagitau la kot..
uik...kisah benar...tak sangka ea...agresif betul lelaki kacak ni....
Itulah yang dinamakan lelaki..
Patutla madu setaman :)
hmm..
macam betul kisah org bermadu ni...
Memang kisah benar.
Kantoi sudah nasib baik tidak dibalun oleh isteri pertama. :-)
Suasana selepas tu Wallahu'alam..
Hahaha..rahsia lama mana sangat boleh simpan..last2 kantio jugak...baik terus terang lalu..senang..
Betul tu...kesian isteri pertama, ditipu hidup2
Tak ada perang setaman ke lepas tembelang pecah?
Hehe
Wallahu'alam..
Aduhhh!! buat apa la nak sorok2 kan, bila dah terkantoi kan haru..
Macam kata kak siti, berani buat berani tanggung :)
betul tu, kalau takut, tak kacak la kan..
janagn bri percaya pd pasangan 100% patut lain tu serha pd Tuhan heee..
seng kata klu ada pasagan bt tak baik blkg kita jgn risau satu hari nnti mesti akan terjerat diri sndri juga..percayalah..sb Tuhan itu Maha Adil..
Ya, setiap perbuatan, pasti ada balasannya..
Ini mmg benar2 madu setaman.
Apa2pun, setakat pengalaman saye yg cetek ni, firasat isteri amatlah kuat. Betul tak?
p/s-moralnya ialah kalau suami tiba2 ada hobi pelik...silalah lakukan siasatan sikit...hehehhehe
Yup..betul tu. Isteri akan rasa sesuatu jika ada kelainan. Siasat, jangan tak siasat.
Hehehe....lelaki kacak yg kantoi nih...adoilaaa zaman skg ni jgn percaya sgt kt suami...nak2 yg jeis selalu blk lewat tu...hahaha
Memang tak boleh percaya 100%. yang penting buat yang terbaik untuk pasangan moga2 kita akan jadi yang terbaik di matanya..
yela..kalo madu lain taman x ekonomik lak..hehe
Pandai la..hehe..
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ?
Pandai lagi Kangaru lompat...hehe..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini