Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Jika disebut tentang SUMPIT, apakah yang terbayang di minda anda? Kalau sebut sumpit, aku akan terbayang tentang senjata yang digunakan oleh orang asli di Malaysia seperti contoh di bawah ini.
Gambar sumpit ni aku ambil semasa percutianku ke Taman Negara Pahang Darul Makmur pada tahun lepas. Sumpit ini digunakan oleh Suku Kaum Batek untuk mendapatkan sumber makanan iaitu dengan menyumpit binatang.
Menurut salah seorang kaum asli yang kami kunjungi berkata, sumpit tersebut akan diletakkan Getah Ipoh sebelum menyumpit binatang. Pokok Ipoh mempunyai getah beracun. Racun ini bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan. Untuk mengelakkan keracunan kepada pemburu, bahagian daging pada mangsa perburuan akan dipotong dan dibuang.
Sebatang sumpit beserta peluru sumpitan berharga antara RM15 hingga RM30 bergantung pada kepanjangan, kelebaran dan kecantikan sumpit tersebut.
Setelah aku google "sumpit", benda lain yang keluar iaitu sejenis peralatan yang digunakan untuk makan atau lebih dikenali sebagai chopstick. Rupa-rupanya benda ini juga dipanggil sumpit.
Walaupun di rumahku ada kedua-dua jenis sumpit seperti di atas, namun aku tidak pandai menggunakan sumpit yang satu ini (Chopstick). Mungkin tidak diajar dan dilatih sejak kecil.
Itu sahaja yang ingin aku kongsikan bersama.

13 comments
pernah sekali menggunakan sumpit ni, tapi tak menyumpit apa2, cuma test berapa jauh "bulert" sumpit tu boleh pegi...
selepas ditiup sekuat hati terasa sakit kat bawah pipi...
ini klo aumpit kene kat buntot ni sakit ni..
Keputusan Pemenang Anugerah Sukan Negara 2010. Olahragawan Kebangsaan : Azizulhasni Awang, Olahragawati Kebangsaan : Nicol David
sumpit memang tak pernag guna tapi chopstick tu memang biasa pakai..makan mee atau maggee memang practical..
tersilap sumpit masuk dalam mulut sendiri peluru tu...
boleh ke jadi mcm tu?maklum la x pernah pegang benda tu...ngee
@PenaDigital
Ya ka? ok la tu pernah mencuba.
Kiranya org Asli kuat la kan menyumpit ni sbb ini sahaja senjata utama mereka.
@velasrizal
hehe...buat apa nk sumpit buntot?
Cuba sumpit Harimau ke, agak2 kena tak?
@abadi romeo
Hmm..tak pernah mencuba pulak mkn dgn chopstick..
@Belalang Hijau
Ishh..tak de la. Hujung sumpit tu ada macam kapas yg sama2 muat dgn lubang utama. Peluru tu tak akan terkeluar semula la..kecuali lubang khas utk keluar..
oo kita baru tahu chopstick pun dipanggil sumpit hehe
salam,
dulu-dulu popular senjata ni.. sekarang ni ada juga.. tapi kebanyakannya cuma jadi hiasan..
salam..
singgah menyumpit sini..
opsss..moga ceria selalu
empunya blog..saya sendiri
tak pernah cuba menyumpit
dan jumpa real sumpit..
entahlah tak berminat kut
menyumpit..he he
@etomyam
A'a..Kalau nak makan dengan chopstick, try minta sumpit, agak2 ada orang faham tak.
@kulanz
W'salam..
Ya la, skrg ni dah jadi perhiasan kat rumah.
@zulkbo
W'salam.
Kalau nak tgk sumpit sebenar, boleh la melawat perkampungan orang asli. Tapi kalau orang asli moden yg ada kat lereng jln Cameron Highland, rasanya dah tak guna sumpit kot.
Saya pon tak pandai pakai Sumpit(Chopstick) nih, terkial-kial ^_^
Assalam..
Pernah mencuba gunakan sumpit ni masa pergi ke Sarawak dulu.
Biasanya chopstick tu org melayu panggil sepit.
salam kak Iza..
kalau barang2 mcm ni dijual mahal,
sy btul2 tak kisah sbb nilai seni barang tu sendiri mmg bernilai..
bijak mereka ni buat senjata sendiri je..
@fiza
hehe..Kalau nak pandai kena praktis selalu la..
@ozzy
W'salam.
Owh..ya ka? Hmmm, jgn tafsir sudah la..
@adele
W'salam.
Ya la, kalau nak beli sesuatu, kadang2 terfikir jgk, kita boleh buat tak benda tu.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini