Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Setelah seminggu merehatkan diri, aku rasakan keadaan kesihatanku beransur pulih. Alhamdulillah. Baby pun tak ada banyak masalah. Kuning tu biasa la, setakat 10.1 pada hari ke 4 dan hari ke 6, turun ke 9.1. Nama masih belum didaftarkan kerana segala dokumen yang diperlukan ada di Perak.
Pengalaman bersalin secara pembedahan.
Kesinambungan dari kisah Permintaan Terakhir Sebelum Esok, 6 September 2011, jam 2 petang bertolak dari Perlis ke Kedah, dihantar oleh ibu dan bapa mertuaku. Jam 3 petang, aku berjumpa dengan Doktor dan menyatakan hasratku untuk bersalin (walaupun tak terasa sakit) dan jam 5 petang aku daftarkan diri untuk masuk wad. Tinggallah aku keseorangan menanti hari esok (tak ada sesiapa yang menunggu sebab tak ada rasa sakit yang memerlukan pertolongan orang lain) Menurut Doktor, pagi esok jam 8 pagi aku akan dibawa ke bilik bersalin dan akan di induce. My hubby dalam perjalanan pulang dari Perak dan dijangka sampai di sebelah malam.
Tanggal 7 September 2011, aku di bawa ke bilik bersalin dan di pasang alat stethoscope untuk memeriksa jantung bayi, di induce dan melihat kontraksi yang berlaku. Ketika dimasukkan ubat, sakitnya hanya Allah yang tahu. Walaupun ada kontraksi, namun tiada tanda-tanda untuk bersalin. Aku disarankan untuk mengambil ubat tahan sakit supaya dapat aku tidur. 2 jam setengah menahan sakit, barulah aku bersetuju untuk mengambil suntikan tersebut. Namun rasa sakit tidak hilang begitu sahaja walaupun mataku mengantuk.
Bukaan rahim hanya 3cm dan dalam masa 2 jam hanya terbuka 6cm. Air mentuban dipecahkan. Aku menangis kesakitan tapi tiada air mata yang terkeluar. Kata-kata semangat dari my hubby hanya perkataan "SABAR". Kali ini my hubby menarik diri dari berada bersamaku kerana keletihan memandu kereta, pening dan masalah darah rendah. Dikhuatiri dia pulak yang akan pengsan. Dari jam 8 pagi hingga jam 12 tengahari, tiada tanda-tanda untuk aku bersalin secara normal. Aku sudah mulai keletihan dan tidak berdaya lagi menahan kesakitan. Pintu rahim hanya terbuka setakat 6cm.
Tiada cara lain lagi untuk aku bersalin selain pembedahan. Doktor menyuruh staf nurse menyiapkan dokumen untuk ditandatangani dan memanggil my hubby untuk meminta persetujuan bagi menjalankan pembedahan. Jantungku mula berdebar-debar. Sudah la aku takut jarum, inikan pula hendak di bedah. Kalau aku masih bertenaga, ingin rasanya aku cabut lari dari situ. Sebelum aku diminta tandatangani surat keizinan, sempat aku pohon kemaafan dari my hubby kiranya terjadi apa-apa padaku.
Setelah ku turunkan tandatangan (walaupun takut, ku relakan jua), aku ditolak ke bilik pembedahan dan diberi tempoh selama 1 jam untuk operasi pembedahan. Dewan bedah itu terlalu sejuk. Aku dibius oleh pakar bius separuh badan melalui tulang belakang. Aku rasakan seluruh badanku menjadi lemah. Hanya mata dan fikiranku sahaja yang masih berfungsi. Suaraku juga tidak kedengaran, hanya gerakan mulut dapat ku lakukan jika ditanyakan sesuatu padaku.
Aku mula dibedah. Langsung tidak terasa sakit. Hanya kesejukan yang aku alami hinggakan badan dan kedua-dua belah tanganku menggigil seperti stroke. Mataku tertumpu hanya pada jam dinding yang kebetulan ada di sebelah kiri. 1.30 petang...1.40 petang dan 1.41 petang...terdengar tangisan bayi dan serentak itu ada sorakan dari pakar-pakar bedah dan semua staf yang terlibat mengatakan perasaan seronok, terkejut dan gembira. Syukur Alhamdulillah...
Aku diminta untuk mengesahkan jantina bayi, nombor yang bakal diikat di tangan bayi dan diminta untuk mencium pipi bayiku beberapa kali sebelum dihantar ke nuseri. Sempat juga aku bertanyakan berat bayi walaupun keadaanku yang lemah dan mengantuk kesan ubat bius. Hanya anggaran 4 kilo yang aku dapat kerana bayiku akan ditimbang dan diikhomahkan di nuseri.
Terasa badanku hampir beku. Aku diletakkan seketika di bawah alat pemanas bagi mengurangkan gigilan kesejukan sebelum ditolak masuk semula ke wad. Beberapa kali aku muntah selepas pembedahan. Ketika ini aku rasakan sakit di perut. Mataku mulai terlelap dan terjaga apabila terasa hendah muntah.
Selepas pembedahan, ramai saudara mara yang datang melawatku namun hanya suara sayup-sayup kedengaran kerana aku lali dengan ubat yang diberikan. Memang tidak berdaya langsung untuk mengeluarkan suara. Aku diberitahu oleh my hubby bahawa bayi kami adalah yang terbesar dan terberat di KMC pada ketika itu.
Sehari selepas pembedahan, terasa lenguh seluruh badan kerana aku langsung tidak menggerakkan badan ke kiri mahupun ke kanan. Doktor menasihatkan aku untuk bergerak perlahan-lahan ke kiri dan ke kanan jika mahu lekas pulang kerana soalan pertama yang aku ajukan ialah "Bila boleh balik Doktor?" Jawapan Doktor, "Kalau buleh bejalan, la ni pun buleh jalan balik"
Aku terpaksa tidur di wad selama 3 malam bagi memastikan aku betul-betul mampu berjalan. 9 September jam 4 petang, aku dibenarkan pulang. Satu lagi kesakitan yang terpaksa aku hadapi iaitu jalan yang tidak rata dan sekata sepanjang perjalanan dari Kedah Medical Centre (KMC) ke Perlis. Aku asyik marahkan my hubby jika terasa hentakan dan jawapannya, kita bukannya naik kapal terbang....
Sabar je la...
p/s: Dijemput semua blogger yang membaca entry ini hadir ke 505, Abi Kubang Badak, Kangar, Perlis pada 17hb September 2011 ini kerana diadakan sedikit kenduri sempena kelahiran, cukur jambul dan bertahnik.

9 comments
salam..
alahai..comelnya baby tu
geramm..tengok pipi yang cubby
putehh..macam mak dia pulak..
he he..apa pun alhamdulillah..semuanya dah selesai dan selamat..
duduk wad dekat 4 hari..ermm..jenuh bayar bil nanti tu kan..?
memang besar baby tu..
teringat masa saya bersalin anak sulung. Macam pengalaman iza lah. Di induce tapi tak sakit. Saya cuba juga untuk teran dan akhirnya terpaksa divacuum kerana bahu bayi sangkut. Masa tu baby 3.9kg. Dan dek pengalaman Along juga salah satu sebab saya tidak dibenarkan bersalin normal lagi bila berat baby terlebih..
Berpantang.. jangan tak pantang tau..
betullah pepatah mengatakan.."syurga di bawah tapak kaki ibu...."
tahniah...mudah-mudahan sakit yang ditanggung terbalas dengan kesolehan anak yang dilahirkan..amin
alhamdulillah..selamat lahirkan baby..saya ni berdebar lagi utk first baby..lagi sebulan.. =D
Salam. Tahniah. Nk tanya, kos rawatan czer di kmc berapa ya?tq.
Assalam...
Terima kasih semua...
@mimai manic
Keseluruhan kos lebih kurang RM8 ribu. Ini termasuk ubat-ubatan, penginapan, mkn minum dan segala-galanya selama 4 hari di situ...
salam..takutnye dengar pengalaman bersalin cser ni....sy pon probably kene undergo czer...Ya Allah..ni 1st child,takutnye hanye Allah yg tau...
W'salam..
Banyakkan bersabar. Yang penting mohon pada Allah agar permudahkan segala urusan. Tahniah.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini