Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia,
Sejak anak aku mula belajar, macam-macam perkataan baru yang dia bawa balik. Aku pun tak pasti apa yang disebutkannya.
Pada suatu hari, dia balik dari sekolah. Biasanya apabila dia pulang dari sekolah, dia akan meminta aku sapukan susu di atas 2 atau 3 keping roti. Oleh kerana susu pekat sudah habis, makan dia meminta aku untuk sapukan "kampis" pada roti tersebut.
"Kampis?"
Aku tak dapat nak menahan ketawa, pecah perut aku gelakkan dia. Apa benda la "kampis" tu? Selesai sahaja aku gelakkan dia, aku katakan padanya, "kampis tak ada, peanut butter ada la". Dia jawab, "Ni la kampis? Aku sambung gelak lagi.....
Kampis pun kampis la. Selesai sahaja aku memasak, aku buka laptop dan google apa sebenarnya maksud "kampis" yang disebutkan itu. Yang aku temui hanya nama orang iaitu George Kampis. Entah bahasa apa ya kampis tu? Ada ke perkataan "kampis" dalam bahasa jawa, banjar atau apa-apa bahasa lain? Aku cuba tanya pada hubby tapi dia pun tak tahu.
Tak tau la pula kalau-kalau orang Perak sebut "kampis". Ada tak pembaca di sini yang tau makna "kampis"? Kalau tak ada yang tahu, nak kena tanya cikgu Tabika la nampaknya.
12 comments
salam..
ermm..nak tahu juga kalau
ada yang sudi bagi jawapan
saya pun tak biasa dengar
kampis nih..
kampis tu dekat-dekat dengan kempis .. kalau perut kempis salah satu sebabnya adalah lapar.
entah saya pun tak tahu makna kampis.
tak pernah dengar... mungkin boleh tanya kat DBP
assalam iza
Mungkin jenama baru kaya kot ... kekekek
memula pandang..chii ingtkan kempis..terpikir gak..iza nak cerita pasal cara nak kempiskan perut ke..tp bila da baca,.okeh..word baru dari adik kecik utk peanut butter..ehe..comel je :p
kalau kempis tu tahu la,,,kampis nie la baru pertama kali dengar,,,
yang aku tahu mario kempes pemain bola argentina je
Salam,
kami selalu juga guna perkataan kampis tu.. macam kampis parut (kempis perut), tayar kampis.. hehe..
kalau ada istilah lain tak tau pula :D
mengikut kamus lelaki kacak..tak ada perkataan kampis. hehe..
hahaha...
nama orang tu kan..
Kalau kat Semenanjung ni, kempis je yang selalu dengar.
Kampis untuk benda makan belum pernah dengar lagi..
Ya ka? hoho...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini