Domain Baru.

on Sabtu, Januari 21, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Entry ini agak panjang dari selalu. Sila luangkan masa anda jika berminat untuk mengetahui apa yang berlaku dari awal hingga akhir. 

Hari ini genap seminggu aku menggunakan domain baru. Gembiranya hatiku bila dah bertukar ke domain baru. Ku pendamkan diam-diam perasaan gembira ni namun sentiasa terpancar di wajah. Tapi hubby aku langsung tak perasan aku happy saja dua tiga hari ni. Kegembiraan aku ini hanya aku kongsikan dengan rakan blogger yang singgah di teratak ini. 

Biasanya aku tak boleh simpan rahsia. Apa-apa pun, mesti nak cerita, mesti nak kongsikan dengan hubby samada dia berminat nak dengar ataupun tidak. Tapi bab domain baru ni, terpaksa aku rahsiakan dulu. Biar dia tahu sendiri nanti. 

Sebelum ni ramai juga blogger yang bertanya aku, kenapa tak gunakan domain atau hosting sendiri kerana aku rajin up date blog. Rajinnya tahun 2011 saja, tahun ni aku sibuk uruskan anak-anak. Kadang-kadang ikut mood juga. Jawapan yang sebenar aku simpan dalam-dalam di lubuk hati. Ku berikan jawapan apa yang terlintas di fikiran. 

Niat aku nak ada domain sendiri timbul sejak setahun yang lalu. Setiap hari aku bertanyakan pada hubby dan meminta pandangannya juga sokongannya untuk aku beli domain sendiri namun tak ada jawapan yang aku harapkan. Aku tak pasti kenapa dia tak membenarkan aku untuk ada domain sendiri. Akhir tahun 2011, trafik blog aku naik mencacak lebih dari biasa. Earning Nuffnang pun, jika di congak-congak boleh biayai domain selama lebih kurang 4 tahun. Aku tanya lagi dan suarakan hasrat hati aku pada hubby namun jawapannya tetap seperti dulu. Tak pernah berubah malah tak berganjak sedikit pun. Sedihnya aku dengar jawapan tu. Langsung tak ada sokongan moral. 

Aku mula berfikir dan berfikir untuk membeli domain secara senyap-senyap tanpa pengetahuan hubby. Aku tanya lagi untuk terakhir kalinya. Jawapannya tetap sama. Ku tanyakan apa alasannya, aku nak 3 alasan. Kalau alasan yang diberikan tu logik, aku boleh terima tapi alasan yang diberikan langsung tidak kukuh. Akhirnya aku tegaskan padanya bahawa blogging adalah hobiku. Jika hubby ku boleh memenuhi setiap impiannya dan juga hobinya yang pelbagai tu (main takraw, badminton, selalu buat trip memancing, berbasikal dan macam-macam lagi) tanpa mengira kos yang terpaksa di tanggung, aku pun nak buat macam tu juga untuk kepuasan diriku sendiri. Hanya satu yang ku pinta iaitu menulis blog. Kalau boleh keluarkan RM300 sebulan untuk beli rokok, tak kan RM30 setahun tak boleh kan? 

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Hubby aku tak pernah menyelami dunia blogging. Mungkin sebab itu dia tak galakkan aku untuk terus serius dalam bidang ini. Pernah ku buatkan blog khas untuknya tapi blog tu bagai "hidup segan, tapi tak mati-mati lagi". Aku buat dan aku yang taip. Akhirnya ku biarkan begitu sahaja.

Ku katakan padanya lagi, suatu hari nanti aku akan beli juga domain tu tanpa meminta pandangan dan izinnya lagi. Hubby buat tak dengar je. Aku cuba survey dari Serverfreak, Jiwahost, Exabytes, NetKL, DataKL, Onebytes, iHosterz, JomHosting, Fivio dan WebHost. Aku bandingkan harga yang ditawarkan. Kebanyakkannya dalam lingkungan RM35 hingga RM40. Ada juga yang tawarkan harga hosting yang berpatutan manakala domain percuma. Tapi aku belum bersedia nak ada hosting sendiri. 

Jam 10 malam, 14 Januari, aku cuba check nama domain serta harga di NetKL dan saja-saja try order untuk mengetahui cara-cara membeli domain, aku baca di bahagian pengumuman. Pada ketika itu harganya RM31.60. Tertarik aku dengan satu penyataan di situ. Menurutnya, mulai 15 Januari, jam 12.01 pagi secara automatik harga akan dinaikkan sebanyak 7% menjadikan bayaran domain untuk setahun berharga RM35. Aku masih ada 2 jam lagi sebelum domain ni naik harga. 

Tanpa berfikir panjang, segera ku cari kad ATM dan membuka laman maybank2u.com. Terus aku order teratakusang.com dan membayar harga lama untuk 2 tahun terus. Dalam hati nak order 5 tahun tapi nak cuba dulu dengan syarikat ni. Tiba-tiba teringat peribahasa "Orang tamak selalu rugi". Mulanya nak letak nama sendiri tapi jari aku laju je taip teratakusang.com. Rasa panjang sangat la pulak. Terlajak kereta boleh "gostan", terlajak order, dapat la domain teratakusang. 

Hari pertama, kedua dan ketiga ku miliki domain sendiri, aku masih berdiam diri. Namun perasaan dalam hati ni dah tak boleh nak tahan. Petang hari ke empat, hubby dapat gaji dan aku tengok dia happy saja sebab dapat beli sesuatu yang diidamkannya. Puas dia menayang barangan yang dibelinya padaku. Jelous? Tak ada masa aku nak jelous sebab aku ada kejutan yang baik punya.

Aku rasa inilah masa terbaik aku bagi tau dia. Sedang berehat-rehat sambil membaca sesuatu di smartphonenya, aku bertanyakan padanya bila kali terakhir dia membaca blogku? Katanya, dia selalu baca. Aku cuba menduganya lagi, apa tajuk terakhir yang dia baca. Tak ingat, katanya. Namun ku tahu, hubby jarang membaca blog aku kecuali ketika aku bertanya padanya samada sudah buka blog aku atau belum. Ketika itu mesti dia segera buka untuk membaca. 

Ketika dia membaca blog aku (entah apa la yang di bacanya sambil tersenyum-senyum), aku tanyakan padanya, "Apa yang menarik?" Katanya, "tak ada apa-apa, biasa-biasa saja". Aduhai, sungguh tak prihatin. "Cuba cari apa yang menarik..." Sengaja aku tak nak straight to the point. Akhirnya dia menyebut juga, "dot com?". Selesai sudah beban yang ku tahan selama 4 hari ini. 

Reaksinya??? 

"Ayang beli jugak??? Hmmmmm..." 
Itu sahaja yang di kata. Laa..semudah itu?
Habis ceritanya...



*Selamat Bercuti sempena hatun baru Cina.
Ranking: 5

38 comments

21 Januari 2012 pada 12:06 PG

tahniah kak :)

21 Januari 2012 pada 12:14 PG

salam..
tahniah sekali lagi..
teruskan dalam blogging
hobi yang tak perlu keluar
rumah,naik perahu kan..?

21 Januari 2012 pada 1:39 PG

Aduhhh !!! menyayat hati baca cerita tangkap felling ni .... ini barulah dikatakan cerita yang keluar dari hati yang jujur di lubuk hati yang paling dalam .... bagi Benjy ini adalah salah satu entry kisah benar terhebat Benjy pernah baca ... paling jujur dan ikhlas story mu Kak Az ... mungkin orang lain mempunyai penilaian mereka sendiri tetapi Benjy memang 'thumb up'.

21 Januari 2012 pada 1:41 PG

Tetapi ending cerita ni simple jeee ... Hubby tu slamber je .... hahahahaha biasalah lelaki memang macam tu mesti simple je soundnya .... hehehehe

21 Januari 2012 pada 1:42 PG

Benjy pun dalam rancangan nak beli [dot] com masih mengkaji apalah nama yang sesuai ni ... :D

21 Januari 2012 pada 2:12 PG

tahniah! ٩(^‿^)۶ semoga terus menerus memberi semangat utk blogger kecil seperti saya

21 Januari 2012 pada 8:05 PG

Terima kasih.

21 Januari 2012 pada 8:06 PG

W'salam..
Terima kasih. Betul tu cik, Zul, tak payah nak susah2 kayuh.

21 Januari 2012 pada 8:08 PG

Terima kasih..

21 Januari 2012 pada 8:08 PG

A'a, slamber je jawabnya.

21 Januari 2012 pada 8:09 PG

Laa, taj jumpa2 lagi ka?

21 Januari 2012 pada 8:10 PG

Terima kasih.
InsyaAllah..
Saya pun blogger kecil-kecilan juga.
Sama2 membantu..

21 Januari 2012 pada 11:10 PG

Tahniah.. semoga terus gigih & bersemangat berblog.. ;)

21 Januari 2012 pada 11:46 PG

tahniah iza... semoga terus happy berblogging ye!

cerita iza lebih kurang macam saya juga. masih takde respon positif dari en hubby pasal nak berdomain ni... nanti2 saya buat cam iza jugalah... apa agaknya jawapannya ye.

21 Januari 2012 pada 7:55 PTG

dan sempena akak pakai domain berbayar ni saya galakkan akak pakai wordpress, lagi best, hehe

22 Januari 2012 pada 4:07 PG

Bila dah dpt domain sendiri ni, perasaan seronok dan berkobar2 nak berblogging semestinya makin tinggi kan. BTW tahniah!

22 Januari 2012 pada 6:09 PTG

Salam, tahniah Iza dah ada umah sendiri...kusyuk nine baca, syok penulisan Iza hehe...Hubby Iza cool gak ek hehe...

22 Januari 2012 pada 10:36 PTG

Salam,
Cara menduga tu buat si hubby masuk perangkap.. mahu tak mahu terpaksa dia menjenguk blog juga.. :)

Tanpa Nama
23 Januari 2012 pada 9:23 PG

Tahniah Iza.

23 Januari 2012 pada 4:11 PTG

salam...
tahniah kak iza dah guna domain baru..
lelaki mmg mcm tu kot? kalau dah sayang, dia tak heran dah apa yg kita buat..asalkan sayang..hehe

24 Januari 2012 pada 12:17 PTG

tahniah sis...skrg ni da ada umah baru sendiri..so boleh la cantikkan lagi ya

25 Januari 2012 pada 6:28 PTG

Tahniah..

Sebagai lelaki & suami saya turut faham perasaannya & rasanya saya tahu apa yg ada dlm fikirannya.

26 Januari 2012 pada 2:14 PG

sabar ajelah. hehe..

26 Januari 2012 pada 10:42 PG

Beli nama domain dan masih kekal dngam blogspot?

26 Januari 2012 pada 9:50 PTG

Ya,
tak pandai nak berhosting sendiri...

26 Januari 2012 pada 9:52 PTG

Terima kasih..

Hmmm...apa ya? kongsi la di sini.
Saya tak pandai nak baca fikiran orang...

26 Januari 2012 pada 9:53 PTG

Sabar..sabar..

27 Januari 2012 pada 11:13 PTG

Tahniah, teratak usang akhirnya onair dgn hosting sendiri

28 Januari 2012 pada 3:34 PTG

Terima kasih..
InsyaAllah..

28 Januari 2012 pada 3:35 PTG

W'salam..
hehe...

28 Januari 2012 pada 3:37 PTG

Terima kasih.

28 Januari 2012 pada 3:37 PTG

W'salam..
Terima kasih.
Ya la kot, tapi bukan semua kan..

28 Januari 2012 pada 3:38 PTG

Terima kasih.
InsyaAllah..

28 Januari 2012 pada 3:39 PTG

Terima kasih. InsyaAllah.
Hati-hati nak buat tu ye, takut lain pulak yang jadi nanti..
Moga berjaya.

28 Januari 2012 pada 3:47 PTG

Tak pandai la guna WP.
Rasanya blogspot lagi best kot sebab boleh bermain dengan kod html.

28 Januari 2012 pada 3:48 PTG

Ya la, terima kasih.

28 Januari 2012 pada 3:49 PTG

W'salam..
Terima kasih.
Cool ke, hmmm, sekali-sekala boleh jadi hot tu..

28 Januari 2012 pada 3:51 PTG

Terima kasih.
domain je, belum ada hosting sendiri lagi..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved