Sebatang Tebu.

on Ahad, Februari 27, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Petang semalam aku menyaksikan jiran cina yang membersihkan halaman padang permainan di depan rumahnya yang ditanam dengan pelbagai jenis pokok. Antara yang menarik perhatianku adalah pokok tebu hijau. Setelah ditebas @ dicantas, dikerat-keratnya tebu tersebut dan dibuang. Sayangnya, bisik hatiku. Sedap juga kalau di makan.

Malam tu, aku ceritakan pada my hubby tentang batang-batang tebu tersebut.
"Mengidam air tebu ke? Ok, esok abang cari."
"Bukan mengidam air tebu, tapi nak batang tebu, nak kupas dan nak gigit sendiri."

Petang esoknya, my hubby pun membeli sebatang tebu dengan harga RM1.50. Dengan segera, aku pun kupas kulitnya, buang buku-bukunya dan dibelah ke beberapa bahagian agar mudah untuk menggigitnya. Hanya aku seorang yang pulun makan.

Segera teringat zaman dulu-dulu. Dulu, tebu atau buah-buahan tempatan lain tak perlu dibeli seperti sekarang kerana Wan aku di kampung rajin menanam pelbagai jenis pokok ubat-ubatan, pokok bunga dan pokok buah-buahan yang boleh di makan. Nak buah sawa, mempelam, kuinin, belimbing, jambu, rambutan, koko, betik, cempedak, nangka, tongkat ali, sireh, serai, telaga bunuh, mambu, kacip fatimah, halia bara, lengkuas, pandan, pokok pisang, pelbagai jenis ulam, semuanya ada.

Tebu yang ditanam pula adalah jenis tebu hitam, keras dan manis rasanya berbanding tebu hijau. Tak ramai antara kita yang pernah merasai pengalaman menggigit batang tebu kerana hari ini segalanya serba mudah, beli sahaja air tebu yang dijual. Tetapi awas, kalau terasa gigi anda tidak kuat, jangan dicuba untuk menggigit batang tebu kerana gigi anda mungkin akan longgar atau terus patah.

Manfaat tebu:
Justify Full
1. Meredakan Jantung Berdebar: 3 genggam akar tebu hitam, dicuci dan direbus dengan 2 gelas air hingga mendidih dan tinggal 1 gelas. Minum 2 kali sehari.

2. Panas: Tebu hitam secukupnya, diperah dan diminum airnya.

3. Batuk: 3 hingga 5 ruas tebu hitam, digigit dan diminum airnya. Atau boleh juga dibakar, kemudian dikupas dan diperah untuk diambil airnya.
Sumber: sehat-secara-alami.blogspot.com

Selain itu, tebu juga dapat membersihkan gigi.
Ranking: 5

10 comments

Tanpa Nama
27 Februari 2011 pada 12:15 PG

tul tu,tebu itam syokkk,manisss

27 Februari 2011 pada 12:32 PG

salam..
sayang nya hubby kat dia
cepat je carikkan ye..ermm
gigi saya fail dah gigit tebu
ni berbanding zaman remaja dulu

27 Februari 2011 pada 3:00 PG

as salam iza.
pernah juga merasa menggigit tebu hitam ni. dulu abah ada tanam dekat tepi rumah dua tiga perdu. sejak abah dah pindah rumah bertingkat ni x merasa lagi lar mcam dulu.

27 Februari 2011 pada 8:33 PG

salam kak Iza..
org kata kalau mengandung tak boleh minum air tebu? sbb airnya tajam..yeke kak?

27 Februari 2011 pada 9:18 PG

Dari dulu sampai sekarang orang selalu tanam tebu di tepi bibir....

27 Februari 2011 pada 3:36 PTG

Salam..
Banyak rupanya khasiat tebu ni. Apa yg saya tahu... tebu ni utk ubat sakit tekak.. ye la tekak yg haus.. :)

Nice!

27 Februari 2011 pada 3:59 PTG

@bukankosong
Yup..

@zulkbo
W'salam..
hehe...kalau tak carikan nanti, kempunan pulak. Hmmm, kalau dah tau tahap kuat gigi, baik jgn cuba gigit.

@wachak
W'salam..
Ya ka? Laa, syg kan bila pindah umah, dah tak dpt nak merasa lagi. Kalau dok umah bertingkat, boleh tanam pokok kecil dlm pasu je la..

@adele
W'salam..
Ishh, tak de la. Nenas lagi la tajam. Selalunya org tak bagi makan nenas mentah melainkan di masak. Kalau air tebu tu, ok je kot. Tak la tajam macam nenas.

@muss
hehe..biasa la tu..

@fikryn
W'salam..
Itu memang betul, tambah-tambah bila cuaca panas...

27 Februari 2011 pada 4:10 PTG

salam..
tebu itam ni murah sikit rega pada tebu kuning...
nanti nak try la rawatan pakai akar tu..

27 Februari 2011 pada 8:53 PTG

aduhhh...rindu gilerr nk mkn tebu ngn gigi sendiri...hehehe

28 Februari 2011 pada 2:36 PTG

@pak long
W'salam..
Owh..ya ka?
tak pernah pun nampak orang jual tebu itam ni.

@♥ Ana Joe ♥
Haaa...pastikan gigi tu masih kuat.haha..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved