Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Sebulan atau dua bulan sekali pasti aku (dan my hubby) akan pergi ke pasaraya TF untuk membeli barang-barang keperluan harian daripada bahan mentah basah dan kering. Lazimnya perbelanjaan di pasaraya tersebut dianggarkan antara RM200 hingga RM300. Selalunya dah penuh satu troli, baru teringat nak balik rumah. Setiap kali selepas bayar, pasti my hubby akan berkata "Tak boleh mai dah jenis-jenis macam ni. Ambil barang tak ingat-ingat". Tapi setiap kali dapat gaji di kala barang-barang keperluan habis langsung, pasaraya tu juga yang dituju.
Sedang aku meneliti barang keperluang di bahagian basah, tiba-tiba aku terlihat sejenis buah yang sukar ditemui melainkan di kampung-kampung di utara tanah air iaitu buah keriang (buah gheyang). Dah lama terasa nak makan buah ni sejak dulu-dulu lagi. Bukan aku sahaja, my hubby pun mengidam sama nak makan buah keriang ni. Kali terakhir aku makan buah keriang ni adalah sehari selepas aku bertunang pada tahun 2006.
Apabila ternampak sahaja rupa buah tersebut, dengan gembiranya aku segera panggil my hubby. Lihat dari rupanya yang sedikit kesat (tidak licin seperti buah anggur), tangkainya yang besar seperti tangkai buah keriang dan isinya yang sedikit unggu menyakinkan aku dan my hubby bahawa itu adalah buah keriang. Dengan gembiranya, sepantas kilat my hubby mengambil plastik dan mengisi sebanyak mungkin buah tersebut walaupun harganya mahal. Cepat-cepat nak pulang ke rumah untuk merasai kenikmatan buah keriang yang dibeli.
Sesudah sampai di rumah, buah keriang yang dicari dahulu untuk dibasuh dan dimakan. Alangkah hampanya apabila buah yang di sangka buah keriang rupa-rupanya buah anggur hitan tanpa biji. Aku pun turut kecewa.
Kekecewaan jelas terbayang. My hubby segera memujuk hati...."Balik kampung nanti kita cari. Mungkin rumah Ndak ada kot buat keriang."
Ada ke? Dah lama aku tak tengok pokoknya, apatah lagi buahnya.

13 comments
salam..
saya pun dah lama tak jumpa
dan makan buah keriang..dalam
puluhan tahun juga tak jumpa..
ada lagi ke..?macam dah pupus
rasanya..he he
Mana ada org juai buah keriang dot kat pasarraya....pi...la ..cari kat nat Balai Baru ka. ada la depa juai buah2 kampung.
Kalau kat Utara diorang Panggil Keriang Dot.... Tapi yang pasti saya tak penah makan..Sedap ke? Rasa macam buah apa?
Saya ada juga dengar nama buah keriang disebut, Tapi tak pernah makan lagi. Apa rasanya ya? Masam ke, kelat ke atau manis ke?
aduhh..baru dengar buah keriang..ada nama lain kut..lain padang lain belalang..sedap ke...?
kesiannya .. tak apa ! tambah huruf "an" kat hujung ejaan buah tu .. maka jadilah dia buah
"keriangan" ...
saya pun belum pernah makan .. dengar pun inilah kali pertama.
@zulkbo
W'salam..
Itu la, rasanya macam dah pupus la buah keriang ni..
@terataksenja
Memang la buah keriang dot ni tak ada jual kat pasaraya tp bila tgk sebijik macam buah keriang dot, terkejut jugak. Hmmm, nanti balik kampung nak try cari kot2 ada jual.
@Qaseeh Tolia
Ruginya tak pernah rasa. Sedap rasanya tp tak ada buah lain untuk dibuat contoh. Kalau nak tau sedap ke tak, try la cari kot2 ada jual.
@fikryn
Rasanya masam + manis + kelat,semua cukup, memang sedap.
@abadi romeo
Kat negeri lain tak tau la pulak. Selalunya ada di utara je. Sedap buahnya.
@al-lavendari
Pandai je ek namakan buah "keriangan." hehe..Ramai yang belum peernah dengar rupanya. Tapi buah ni susah nak jumpa, pokoknya pun dah pupus.
saya pun pertama kali dengar.. makan apatah lagi..
ada apa2 ke?
:)
@cikgu isza
Tgh mengidam la ni...
Pasaraya mana jual buah keriang tu.langsung aku tak pernah dengar la.
# # Imageshack lawak katak !# #
@Ali ridha
Jangankan pasaraya, gerai buah pun tak jual buah keriang ni...
Saya pon 1st time dgr buah keriang nih ^_^
Harap² iza jumpalah buah ni bila balik kampung nnt yer, sian...org ngidam.
@fiza
Ya ka? Hmmm...
InsyaAllah, kalau ada rezeki, jumpa la nanti. Kalau sebaliknya pun, tak kisah la, mmg susah nak jumpa..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini