Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Hari ini merehatkan jari-jemariku sebentar dari projek mengait. Di bawah ini ada beberapa contoh Cardigan dan Vest yang sempat aku tengok. Untuk panduan kawan-kawan crochet juga, mana tau ada yang berminat untuk mencuba projek terbaru.
Hari ini merehatkan jari-jemariku sebentar dari projek mengait. Di bawah ini ada beberapa contoh Cardigan dan Vest yang sempat aku tengok. Untuk panduan kawan-kawan crochet juga, mana tau ada yang berminat untuk mencuba projek terbaru.
Kalau ada yang nak tempah pun, boleh juga. Banyak masa terluang apabila berada di kg.
Ada banyak lagi sebenarnya tapi itu sahaja yang dapat aku muatkan di sini. Jika ada yang berminat untuk tempahan, boleh hubungi aku di talian 017-5516307 atau pm aku di facebook Iza Arm Crochet (Seni Mengait Jarun Satu) atau pun send email melalui contact form di menu bar di atas.
Pasti ada yang bertanyakan harganya untuk tempahan. Produk 100% buatan tangan sememangnya mahal dari pakaian biasa kerana ia mengambil masa untuk mengait mengikut pattern, saiz dan sebagainya. Untuk pengetahuan semua, ada beberapa pattern yang dijual dengan harga tinggi. Itu hanya "pattern" dan bukan hasil kaitan/crochet tersebut.
Saya bagi contoh Sweater Vintage Dyed Crochet Cardigan Burgundydi bawah ini:
Dalam Etsy.com, harga Cardigan ini ialah $42 USD atau RM131.74, belum termasuk kos penghantaran ke Malaysia lagi.
Jadi, jika ada peniaga yang meletakkan harga antara RM140 hingga RM200 untuk Cardigan dewasa, sudah dikira murah kerana harga untuk dress bayi "sahaja" di sesetengah supermarket (di Malaysia) ada yang mencecah RM200.
Akan tetapi, jika pelanggan memilih untuk menggunakan benang Alize yang diimport dari Turki, harganya memang akan melonjak lagi berbanding benang dari Indonesia kerana benang Aliza dari Turki memang berkualiti dan cantik.
Contoh benang Alize dari Turki
Manakala harga untuk pattern dalam PDF dalam lingkungan RM10 hingga RM30. Biasanya paten percuma menjadi pilihan kerana tak perlu beli dan kadang-kala mudah untuk diikuti jika ada diagramnya.
Selain pattern, penentuan harga juga ditentukan mengikut jenis benang yang digunakan. Biasanya, untuk Cardigan dewasa mahupun cardigan kanak-kanak/ baby, benang diimport dari Indonesia digunakan. Untuk keselesaan, benang cotton menjadi pilihan jika produk tersebut adalah pakaian.
Contoh benang cotton Indonesia.
Kuantiti benang juga diambil kira untuk menghasilkan sesuatu produk. Anggaran 3 hingga 6 buku benang akan digunakan untuk menghasilkan cardigan bergantung pada panjang atau lebar baju yang dikait
Benang arcylic juga digunakan untuk membuat pakaian tetapi ketebalannya itu lebih sesuai untuk produk seperti topi, cocoon bayi (sarung untuk meletakkan bayi baru lahir di dalamnya), booties (kasut bayi), sweater, headband, perlbagai jenis beg, hiasan dalaman rumah dan sebagainya.
Benang arcylic yang sering digunakan adalah benana jenama Nona, Ondori dan Minlon kerana mudah didapati di kedai-kedai kraf.
Selain benang-benang tersebut, ada juga benang yang dibeli dari luar Malaysia seperti benang jenama Venus dan Knitting dari Thailand, benang Monaco dari Filipina, benang Red Haert dan Caron dari US.
Walau bagaimanapun, rundingan harga antara pelanggan dan penjual adalah perkara terpenting sebelum menghasilkan sesuatu produk.
17 comments
Mahal...nak free bole?hehe...
p/s:tinggi rank ko dalam alexa...congrats..taknak wat tutorial ker?
@black_mel
Boleh tapi kena sponsor benang Aliza dari Turki tu 10 Lot(5x10)...
p/s: Terima kasih...dah turun la tu. masa tengah aktif dulu sempat dapat 2k je. Tak ada apa2 tutorial dah kot, malas nak fikir..
Mahal yer...tp xper...jnji puas ati..
saya nak tanya org tersyg sama ada dia nak satu ke tak?
orang perempuan mesti suka benar cardigan ni kan? kan?
@aSmiDar
Memang mahal sebab 100% handmade. Kebas habis seluruh badan dok kait benda ni.. Kalau jahit mesin lain la.
@Pudgy Daddy
hehe..
@blog popular
Mesti la..hehe..
cantik dan harga berpatutan...tapi mahal huhu...
Biar mahal asal selesa dipakai dah kira pelaburan yang baik
nice ni..jual kat mudah @ lelong..:)
Ooo mahal.tak hairanlah ia sgt cantik seiring harganya. Klu labuh lg mahal. Hurmmm berangan je la jwbnye
cantik lah u jahit.....
memang cantik, bagai2 warna dlm satu gulung dan nampak berkilat benang Alize dari Turki
cardigan coklat tu cantik..tp mahal betul la..
mana nak dapat cardigan mcm tu
@MaMa Rey
Memang mahal,
kalau nak boleh tempah.
ermm best nie rasa macam nak beli satu... nak beli cam mana caranya...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini