Memaparkan catatan dengan label Nuffnang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nuffnang. Papar semua catatan

Bufferet Earning Sebelas Ketul.

on Khamis, Oktober 09, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Alhamdulillah rezeki dari Nuffnang belum putus. Macam tu la apabila blog sudah lama bersawang, BE pun mula bertandang. 

Ni buktinya...
Malas aku nak kira..
Cuba korang tolong kirakan, cukup ke tidak...?


Pada yang nak tau tips untuk mendapatkan buffered earning, rasanya dah ada aku kongsikan dalam post lama. Dah malas nak ulang banyak kali sebab tips tu kadang-kala tak berjaya. hehe...

Tips terbaru yang mungkin berkesan tapi jangan ikut tau...
Ada penyakit "M", memang BE akan bertandang.



Cukupkan Empat

on Jumaat, Februari 28, 2014

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Dah lama BE menyepi dari teratak yang bersawang ni. Terlalu banyak sawangnya hinggakan tiada sambutan tahun baru. Tetapi....

Ini bukan kes hubby nak tambah cawangan baru ye...

Haaa...ada tapinya pulak. Minggu lepas kot.. Aku pun baru check hari ni kalau-kalau ada rezeki. Alhamdulillah, dia bagi sebijik. Rezeki juga tu. Dah lama juga tak cash out. Rasanya sejak tahun lepas lagi. Nak kumpul dulu. Mudah-mudahan boleh dijadikan modal dalam berniaga, InsyaAllah.

Sikit lagi ni haa...Dah lama bujang tiga. 
Bila agaknya nak cukupkan empat?

Ini je la cerita untuk hari ini...


Akibat Tidur Lewat

on Ahad, Mac 21, 2010



Dua tiga hari yang lepas aku tak dapat nak update blog dan blogwalking kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Kalau tak silap aku, hari Rabu lepas (17 Mac 2010) Iklan Nuffnang muncul dari awal pagi hingga menjelang subuh. Seperti biasa aku klik la iklan tu dan tanpa disedari , jam dah menunjukkan ke angka 4 pagi........Alamak, terlebih sudah. Siapla kena marah kalau my hubby tau aku masih online hingga menjelang subuh. Nasib baik dia dah tidur nyenyak.

Tapi teramat malang bagi diriku.......Betul kata orang, kesihatan harus di jaga. Keesokkannya, bila aku terjaga.....masih ok lagi. Tapi lepas saja aku siap sediakan lunch, kepalaku dah mula tunjukkan tanduknya......tanduk ke? Kepala aku dah berdenyut-denyut semacam je. Sakit sangat-sangat, kesakitan yang tak pernah aku rasa sebelum ini. Lebih kurang macam migrain kot, aku pun tak pernah kena migrain lagi jadi aku agak-agak je la.

Aku yang sebelum ni malas nak makan ubat, malas nak jumpa Doktor akhirnya terpaksa akur juga untuk ke klinik kerana kesakitan yang tak sanggup aku tanggung. My hubby pun hairan, sebelum ni bukan main liat lagi nak ke klinik kalau selsema, batuk atau demam. Tapi kali ni, sekali suruh siap, cepat je aku siap tanpa banyak tanya dan tanpa banyak alasan. Nak gerak kepala sikit pun dah terasa sakit. Dan yang paling menyakitkan apabila aku bersin. Terasa macam nak tercabut otak. Tak sanggup lagi rasanya aku nak melalui saat-saat macam tu lagi. Disebabkan kesakitan tersebut, segala pinggan mangkuk, periuk belanga, kain baju yang bertimbun-timbun tidak di basuh terus bertimbun-timbun.

Sebagai pengajaran (padan muka aku, tak nak dengar cakap suami) kerana tidur lewat dan mungkin tidak cukup tidur, aku sudah serik untuk berjaga hingga jam 3-4 pagi. Aku dah tak sanggup lagi untuk menggadaikan masa tidurku demi Nuffnang semata-mata. Biarlah secara ala kadar sahaja. Alhamdulillah, sekarang keadaanku dah beransur pulih.

Apa Maknanya ni, Buffered ke?

on Selasa, Mac 16, 2010

Assalamualaikum...

Pagi ini aku kembali bersemangat untuk melangkah dan meninggalkan jejak dari satu blog ke blog yang lain kerana terasa terlalu lama tidak menjengah dan membaca perkembangan terbaru blog kawan-kawan walaupun hanya 3 hari tidak buat blogwalking.

Betapa jelousnya hatiku (tumpang gembira juga untuk kawan-kawan dan terus bersemangat serta berdoa moga-moga aku akan dapat juga suatu hari nanti, InsyaAllah) bila ramai kawan-kawan yang dah dapat buffered earning. Antara yang sempat aku senaraikan, blog black_mel, Bluedianthus, Razis dan beberapa blog yang aku dah terlupa urlnya. Bila lah agaknya aku dapat merasa buffered earning di blog sendiri?

Memandangkan entry Nuffnang memang gempaq, tak ada seorang pun yang tak baca kalau sebut pasal Nuffnang (sekadar teori aku je ni). Mesti kebanyakkannya akan baca walaupun secara rawak (Ada ke istilah baca secara rawak?). Aku pun baca la kot-kot terjumpa tips-tips yang diselitkan oleh blogger untuk mendapatkan buffered tersebut.

Oleh kerana ramai kawan-kawan yang dah dapat buffered earning, aku pun dengan sedihnya (sebab belum dapat apa-apa lagi), buka akaun Nuffnang dan update la survey. Mana lah tau kalau-kalau ada rezeki aku pulak lepas ni. Kemudian aku pun check la earning pagi ni (semalam pun check jugak, tiap-tiap hari la aku check kalau aku online).........

Tiba-tiba ada satu benda pelik kat screen ruangan earning. Apa benda ni? Tak pernah pun aku tengok sebelum ni. Terkejut juga. Pada semua kawan-kawan dan tetamu Teratak Usang, tolong la aku untuk menafsir benda pelik ini. Aku kurang arif walaupun dah hampir 5 bulan teratakku bertapak di alam maya ini.

Ni la benda pelik yang aku maksudkan.


3 Hari Tanpa Internet.

on Selasa, Mac 02, 2010

Assalamualaikum...

Dah dua hari aku balik ke Teluk Intan. Masa di Kampung, sempat juga guna stremyx. Bila balik mai sini, broadband pula masuk ayaq....(dah 2 bulan tertangguh). Selama tu juga hatiku tak tenang memikirkan encik Nuff. Ya la, aku bercuti dari blogwalking dan secara tak langsung, graf pun menurun.

Malu aku nak tunjuk tapi ni la hasilnya selama aku bercuti....



Nampak gayanya tak berpeluang aku nak dapat buffered earning kalau selalu saja bercuti kan. Walau apa pun, ribuan terima kasih pada sesiapa yang sudi klik. InsyaAllah, aku akan jejak kembali.

Hari ini baru aku berkesempatan untuk menyelesaikan segala urusan. Letih juga bekejar ke sana ke mari. Mula-mula, cari ikan dan bahan mentah di market. Lepas tu ke bank, sebelum tu sempat juga tawaf 3 kali pusing pekan Teluk Intan untuk cari tempat parking. Selesai urusan di bank baru la aku ke celcom. Selama ni apa-apa urusan bil, aku online je tapi kali ni kena juga keluar rumah. Alhamdulillah, semuanya dah selesai.

Apa dah jadi ni? Tolong!!!

on Selasa, Februari 02, 2010


Assalamualaikum...

Semenjak dua senjak ni aku dah mula give up. Blog aku dah mula memberat. Kenapa dan mengapa?

Segala widget yang tak berkenaan telah aku buang. Tapi masih berat jugak. Dulu ada lagu, widget widgeo, feed traffik dan segala macam kaum kerabat widget yang aku letak untuk mencantikkan blog. Tetapi tanpa aku sedari, aku macam syok sendiri bak kata Pak Dogol. Adakah blog aku ni blog syok sendiri? Entah lah, sukar untuk aku tafsirkan. Terima kasih Pak Dogol, kerana telah menyedarkan aku yang dah hanyut sendirian.

Iklan nuffnang pun dah tak mau dok bertapak lama-lama di sini. Tetamu teratakku pun dah semakin berkurangan.
Ramai yang dah merungut bila berkunjung ke Teratak ni. Aku sendiri pun dah mula jemu bila buka saja, nak kena tunggu berjam-jam kerana lambat loading.

Aku amat memerlukan sokongan, bimbingan, kritikan dan tunjuk ajar dalam usahaku untuk bertapak lebih lama dalam dunia blog. Pada semua blogger yang otai atau tidak dan arif serta prihatin dengan rakan blogger kalian, tolonglah rakanmu ini.

Komen dan kritik lah apa sahaja dari segala isi perabut dalam teratak usang ni supaya blog aku lebih mesra Pakcik dan Makcik google, yahoo dan segala macam enjin pencarian kerana aku sudah mula sesak nafas memikirkan teratakku yang serba kekurangan.

Terima kasih kepada Nescafe Ais yang banyak membantu aku mempelajari selok-belok html, pada arieDRifke yang banyak bagi tips Nuffnang dan tak lupa juga pada teman-teman blogger yang tak jemu menyapa aku setiap hari. Tanpa teman-teman blogger, siapalah aku?

Tolong la wahai kawan-kawanku....
Jika tidak, Teratak Usang hanya tinggal kenangan.
Di kesempatan ini, ingin aku memohon maaf andainya aku terkasar bahasa dan ada yang terluka. Aku tidak dapat menjangkakan hayat Teratak Usang, adakah hanya sampai di sini?

Promosi Hebat Untuk Link Exchange.

on Isnin, Januari 18, 2010



Senarai blog yang sempat aku listkan. Sila semak kembali jika ada kesalahan ejaan atau tersilap url.

A
Adiella | Aimi | Aimy | Aina | Ajaa | Acap | a1zudd1n | Arieza | Arip | Along Arman | Al-Faizal | Ajie | Aku X-PO | Albertmacho | Alynn | Amat | Amersh | Apih | Arang | arieDRifke | Aslindaa | Asmahani | Azizan4444

B
BaNs Abd. Aziz | Bibi | Best Of Me 321 | black_mel | BlackRoseFan | Bluedianthus | Bolloq | b4ns

C
Cik Peanut | Cik Purple | Cik Dara | Cikgu Yiee | Cinta Lea Ixora | Cute World | cybernetic88

D
Daddy Zuki | Dahlia | Deeja | deep purple inside | Delour | diea | dilot | din3187 | Diqda D|D

E
Ekopelancongan | Ezany-kun | ezzan | El

F
Faiz | Farra-eng | Farenova | FirdHaiKal | Fitria | Fizranier | Flo Alfera | Fmina08

G
Gagakhitam

H
Hamba | Hamiza | Hani Fareza | Haneem | Hanida | Hanil | Huda | HBZ | h4ni3

I
Ibnu_maulub | ieyza | Isja | izan | Intan Izani | IxoR@ | Izza | Izzah Farhana

J
Jantan Terhangat | Jijie | JMR | Juhairah | j-QAF Sk Sulaiman

K
Kaseh | KayZ | Kulanzsalleh | Khoniliouskulleh

L
Laila | Lisa | Lukisan Pena

M
Mario | Mama Balqis | mAr@ZiEy | mcsue | MiLOFLoat | Miss Light | Miss Q | Mello | Mka | Mr_A | Mojam | Mr&Mrs Mikko | msanissyahirah | m2g | MuhD NoR AzyM

N

NaNaJoe | Nietanozie | Neon | Nescafe Ais | Nuffnang | nn | noname_26 | Nur Fazlyna Marlyssa

O
Oppers

P
Pakcik Mamau | Pak Dogol | PCH | ƤĚŖ€ҜÃ ϛễƦ¡ŦÂ | posh76

R
Raider150 | Rousli | Roy | RuGGers

S
Sah90 | Sakakun | Siggplus | Shazika | Shukrinorton |
myxxppxx | Suffian | sukiprattle

T
Terkini dan Sensasi | Tie | Tempoyak | Touya Karuma

U
ultraman_88 | umminabilah | Uncle | Usop

V
violetless

W
Wachak | Wazy

Y
Yana | Yanmie | Yasmin | Yunchun |

Z
ZahirZ | Zaid | Z@ck | Zikr | Zalia | Zimy | Zoul | Zulhilmi | z|lh@n | Zures

Jom exchange link. Sapa-sapa yang berminat untuk bertukar link dengan Teratak Usang, boleh tinggalkan link anda di ruangan komen. Nyatakan juga kategori blog dan nama manja anda. Sebelum tu, kena tau dulu apa maksud EXCHANGE LINK. Boleh baca coretan SUKIMINNA

Kalau nak tukar link, biarlah secara dua hala. Jangan aku je yg ada link blog korang....ini tidak adil namanya.
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved